Sunday, March 29, 2009

~Kejadian Sabtu dan Earth Hour~

Salam...

Semalam hari Sabtu kan? 28hb kan? Apa aktiviti anda semalam? HEHE~ Poyo la pulak tetiba.HAHAHA~ Saja tanya apa anda buat semalam. Meh saya cerita apa saya buat semalam. Saya me-lagha-kan diri, padahal thesis x siap lagi. Astagfirullah~

Aktiviti pagi


Bangun pukul 8 pagi, konon nak pergi breakfast. Msg Kak Yana, dia x reply. Oleh kerana mengantuk yang amat lagi, sambung tido semula. Hiks Lepas tuh, pukul 10 bangun, mandi-mandi,bersiap2, pukul 11 lebih baru kuar bilik. Da la semalam macam panas gile kot? Sampai Mid Valley dalam pukul 1 jugak lar. Macam rindu gila dekat Mid. Pusing2 mencuci mata.

Aku da lama x keluar tengok dunia weyh. Asek dok terperap dalam bilik jek. Aku perlukan terapi! terapi! Window shopping la weyh. Aku kan , kalau tak dapat beli pape pon macam x kesah. Sebab window shopping adalah sangat heaven.

Paling best, masuk Carrefour, kan biasa weken jek akan ada promoter promote and bagi makanan free sume kan? Perut kosong, pergi la makan and test semua makanan and minuman. HAHA~ Minum Cokolat Malt Carrefour, Quaker Oat, makan PopCorn ciken, Minum Vitagen, Yakult, Air Jus Oren, Sup Campbell! Perghh kenyang. HAHA~

Dalam hati da berjanji, akan window shopping saja hari ni. Janji hati? Janji! Janji! Tapi kan, dengan tidak sengaja kan, aku telah terbeli dan terembat bedsheet Aussino. Murah giler weyh. Dalam hati, xpelah. Bukan selalu.HAHA~ Dan telah grab 2 hadiah for them. One for you, (Yes, You!) and 1 for my Adik.

After that, pulang dengan senyuman yang terukir di bibir tanda puas hati. Tapi badan lenguh yang amat, dan perut ada rama-rama. x suke! =(


Aktiviti Malam


Perut mengidam Sup Juara dekat Pantai Dalam. Msg Eqi, ajak pergi makan2. HEHE~ Eqi okey jek. Luv u la Eqi. Dan2 sayang kan? Pukul 7 lebih mandi, lepas tuh dengar annoucement suruh tutup lampu pukul 8.30 nanti sebagai tanda sokongan kepada Earth Hour. So, okey jek la kan. Get ready tunggu Eqi sampai semua.

Pukul 8.30. Earth Hour pon bermula. Ada pengumuman countdown untuk Earth Hour. Bermula sekarang! Semua bilik dekat Floor C200 tutup lampu. Bilik aku pon bergelap. Flooer Rep kitorang macam semangat gila kot. Lampu koridor and lampu toilet semua tutup. Semangat weyh! Seronok gila duduk dalam gelap. HAHA~ Macam besh jek kalau ber-candle light dinner. Even aku tengah bersiap nak pakai tudung pun, gila gigih tanak bukak lampu. Pakai tudung dalam gelap. Hebat siot. HUHU~

Nak keluar tu, lalu depan DTC sebab nak pergi bank ape semua kan.Area DTC semua gelap. Bank CIMB pon turut bergelap. x boley nak amek duit kat situ, kena pergi Bank Islam. UM semangat giler la dalam kempen2 macam ni. Terlupa plak nak snap2 gambar. Amek gambar dalam gelap, x nampak ape pon kot eyh?

Ada aktiviti kan dekat DTC semalam tapi aku x join pon. Siap pasang lilin bagai. HUHU~ Keluar UM, tengok la kegelapan kotaraya. X semua tempat pon bergelap kot. Macam rumah dekat Vista Angkasa, ada yang menyokong. Sesetengah rumah tuh nampak la ada yang bergelap. Menara TM pon gelap jek. Bagus betul kan? Owh saya pon nampak rumah orang yang dekat tingkat 15, Flat PKNS tuh gelap. HAHA~

Then,aktiviti kami seterusnya adalah pergi makan. Hiks Makan Sup Juara dekat Pantai Dalam. Sup dia sedap yang amat weyh! Tapi kan, dekat PD semalam, terang-benderang. Macam berpesta lampu pulak dekat sini. Sedih betul tengok. Kalau tutup lampu, bukan kena bayar pun. Tak apalah. Hak masing-masing. Mungkin sebab area kedai makan, agak logik la kalau taknak tutup lampu pon. Kang kalau tercekik tulang ke hape,sape nak tanggung kan?



Btw, Sup Juara dekat Pantai Dalam tuh memang sedap giler la. Makan tanpa ingat dunia. Slurrppp slurppp hirup kuah sup. Even pedas sampai kuar hingus pon, tetap gigih nak habis kan sup sampai ke titisan terakhir. Erk~ Kenyang suda. Tengok jam da pukul 9.30, mesti Earth Hour da habis. Semua da terang-benderang ni.

On da way nak balik tuh, KLCC pon da menyala semuala, Menara TM pon. Semua la da terang-benderang. Macam sekejap sangat je sejam kan? Takpelah. Hanya dengan sejam sahaja, diharapkan ia dapatlah menyelamatkan dunia.

Sekian, ilyanie melaporkan.

Daa~

p/s: Semalam adalah hari yang sangat penat sampai naik mata panda dekat sekeliling mataku. uh!

p/s lagi: Malam ni nak pergi DTC tengok Boria Festival Seni Universiti Malaya. Jom pergi tengok!

12 comments:

Lea Isnawi said...

alahai keciannya terpaksa pakai tudung dlm gelap..
eheheee...

Lady Dyla said...

sgt mls nk g Mid ituw.. gym dh ke mn dah...

Sup Juara???? kt aneeeeeee??

I.L.Y.A.N.I.E said...

lea

HAHAHA~
sengaja pakai.
Padahal boley jek bukak lampu kejap,
tapi semangat punya pasal, bergolap la jawabnya.

I.L.Y.A.N.I.E said...

shweet Byatch

Sup Juara dekat Pantai Dalam yang.
Betol2 depan perumahan Pantai Permai tuh.
u pergi jek pantai dalam.
mesti akan nampak Sup Juara.
Betul2 Juara.
HUHU~

madey said...

eh sup juara katne?

yg gerai die penuh ngan waiter gadis2 ke?

mane satu?

madey said...

eh byak giler ko makan kt carrefour? kagum giler aku

nieja said...

sup juara?
best ke babe?
i bace u u taip ni
pon cm dapat byg2 kan da sket..
psal xde pic

I.L.Y.A.N.I.E said...

Madey

Yup.
yang waiter dia semua pompuan.
PAs tuh,ada akak tuh yg buat sup penjuru belah kiri.
kedai tepi jalan.
betol2 dekat ngan perumahan bukit angkasa

I.L.Y.A.N.I.E said...

Madey

Ala tester jek mar.
cikit sajork
hahaha

I.L.Y.A.N.I.E said...

Nieja

Ala lupa nak snap sebab da kelaparan.
Sume dok terkam sup tuh
ahaks
x sempat!
nanti bila2 pergi lagik, ai snap k?
hehe

=)

madey said...

eh ade tulis sup juara ke? kitorg panggil kedai kelantan jek, ade yg panggil kedai gadis..kalo x silap tulis kt menu name kdai tue AIMAN kan?

I.L.Y.A.N.I.E said...

MadeyNtah. nanti aku cek alek k. hehehe