Saturday, September 19, 2009

Salam Aidilfitri

Salam...


Di kesempatan ini, ingin saya ucapkan


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

kepada semua readers ilyanie86.blogspot.com. Eceyhhh bajet ramai readers lah neh. AHAHAHA~


Mintak maaf ockey. 0-0 eyh? Maafkan segala salah silap saya. Semoga di ampunkan. Jika ada terkasar bahasa dan tersilap kata, mohon di ampunkan segalanya. Maaf di pinta dari hujung rambut sampai hujung kaki.

Selamat pulang ke kampung.

BERHATI-HATI DI JALAN RAYA. INGATLAH ORANG TERSAYANG

p/s: Doakan perjalanan saya pulang ke kampung halaman dengan selamat. Aminnn =)

And macam biasa, if saya balik kampung, maka blog pun bercutilah. Eheeeeee.

Daa~

Friday, September 18, 2009

Kepulangan di hari raya ini

Salam...

Tak sabar nak balik kampung malam neh. Hati da takda kat sini. Hati ku sudah di Kota Bharu. Family ku, nantikan kepulangan ku. Eceyhhh~

This year, even tak balik Sabah, hopefully raya kat Kelantan tetap maintain besttt. Sebab abang sulungku ada di rumah untuk beraya bersama. Wehiiiiiiii~ Cukup 3 beradik. Suke sebab dapat mintak tadah tangan duit raya dengan dia.

Sangat tak sabar. Sabar tak sangat. Sabar sangat tak. Sudah-sudahlah merepek.

Kalau jalan jam, kena redha.
Kalau ada hal, kena sabar.
Kalau penat, berenti minum Nescafe dekat Stesen Petronas.
Kalau mengantuk, tidur sekejapan.

Semoga perjalanan malam ini selamat.

Aminnnnnnn...


Hapy Hari Raya guyssss. Teruskan memblog. Membanyakkan entry. Nanti naek raya, saya qada' semua entry keyh?

With love,
ilyanie

=)

Hanis Zalikha dan biskut raya

Salam...

Last Sunday, pergi rumah Hanis Zalikha. Ockey, kalau sape yang tak kenal dia nih, sila klik link yang tersebut. Dia famous kot, takkan la tak kenal. Belog dia best. Macam bila korang tension kan, korang g baca blog dia kan, mesti tergelak terbahak-bahak. Chumel sungguh.Hihihi~

Mula2 macam tkada harapan nak merasa biskut mama Hanis. Tapi Monday before tuh, Auntie Nani call, dia kata ada biskut lebih. Memang buat extra. Sukeeeeeee sgt. Terus tanya kawan2 yang laen, nak order jugak tak. Lepas tuh, deal ngan auntie lar nak brape jenis semua. Of course la I pilih yang Hanis suggest kat blog dia. HIHIHI~

Biskut yang tersebut:


Biskut pertama, Peanut Butter Sandwich



Biskut ke dua, Chocolate crumpy

Owh ya. Gambar kredit to Blog Hanis Zalikha and Auntie Nani.

Hanis ni macam pemalu. tapi chumel. Kalau korang tengok depan-depan kan, siyes Hanis ni cantekkkkkkk giler. Memang layak lah jadi model. Hanis, I tgh puji u neh. Hihihi~

O.k. Letak sebijik gambar ngan dia. Kawan-kawan semua macam pemalu jugak. So that, I sorang jek la bergambar ngan dia HEHEHE~


Hanis chumel giler time nak amek gambar neh. Dia cakap, jom amek gambar kat luar lar. Lighting kat luar lagi best. Lepas tuh, nak angle belah kiri. Kelakar tau Hanis ni. Sebab I lagi tinggi dari dia kan, Hanis pun cakap, "Eyh ni sape yang model ni. U lagi tinggi lar pulak." Wehihihiiii~

Thanx Auntie Nani, Thanx Hanis. Biskut auntie akan saya hidangkan di hari raya nanti. Kawan-kawan semua puji. Espc cokolat crumpy tuh, sangat sedap best amat. =) Memang tak sia-sia lar mencarik jalan ke rumah auntie tuh. Berbaloi-baloi.

Owh ya. Pada sape2 yang nak rasa biskut neh, jemput lah datang ke rumah. Eceyhhh padahal dalam hati nak telan biskut neh sorang2. Muahahahaaha

O.k. Itu saja cerita biskut raya dan Hanis Zalikha.

Tamat.

=)

Thursday, September 17, 2009

Cerita Minggu ini

Salam...

Rendu tak? Rendu? Tak? Owh kecik hati ah camneh. T____________T Wehiiiiii~

Macam da lama tak update belog. Da 3 days pergi site, follow Juden. Dan 3 days itu jugak lah ada kawan yang memberitahu berita yang tidak enak di dengar di telingaku. Owh tidak mengapa. Ko berkata tidak elok di bulan puasa ini, kau dapat dosa. Dan kadang2 kita kena sentiasa ingat, tak semua orang sukeeee kita. Kan?

Abaikan. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Tapi kan, dalam bulan Ramadhan neh, macam banyak orang meninggal. Sedih. Sebab aku kenal orang yg tersebut. Al-fatihah untuk arwah =(

Diari pergi site.

Monday

Pergi site dekat Ampang n TTDI. Dekat TTDI lar buat kerja paling lama. Tapi takpe. Sebab company tuh arkitek punya, so macam syokkk cuci mata. HAHAHA~ Tak sempat balik rumah, berbuka dekat IKEA. Kitorang terjah jek IKEA tuh. Bapak ramai orang tapi selamat sempat que n amek makanan. Buffet kat IKEA dalam RM15++ kan? Makanan tuh ala-ala jek la. Kira kalau korang lepas makan, akan cakap camneh, "Owhhh harga bayaran setanding dengan makanannya. No wonder lar." Nak kata sedap tuh, takda lah sedap sangat. Biasa2 jek.

Tapi kalau nak try berbuka dekat IKEA, apalah salahnya. Best ada banyak makanan. Nasi, Mee goreng, kari kambing, ayam masak rendang, ayam masak kari, ikan tongkol, kerabu sotong, kuih kasui, kuih tepung talam, keropok, air soya bandung and tebu, pisang, aiskrim cokolat and stoberi.

Tu semua menu time aku pergi hari Isnin tuh lar. Hari laen, tak tahu lar.


Tuesday

Pergi site dekat Mines Waterfront Business Park dan Sri Kembangan. Owh melayan customer yang dekat Mines ini, sangat lah sabar. Tapi takpe. Kita simpan dalam hati. Jangan cerita dekat orang. Tapi bestttt sebab balik tuh dapat singgah The Mines kejap. Window shopping HAHAHA~

Juden siap tolong belikan abang dia CROCS. Eyh CROCS dekat The Mines kan, murah giler weyh. Sila terjah.

Wednesday

Pergi area Jalan Pudu, and TTDI again. Siapkan kerja yang belum siap. Lepas tuh, sambil buat kerja, sambil borak dengan pakcik2 and abang2 dekat situ. Arkitek mostly lelaki kat level tuh. Pompuan yang ada pun, account department. Balik petang tuh, hujan lebat gilerrr. Lencun kot. Juden drop kan dekat Mid Valley. Hujan memang lebat giler ah. hahaha~ Lepas tuh, pergi Bazar Ramadhan dekat Kerinchi, beli roti john yang sedap itu. Sampi rumah, terus makan. Wehihiiiiiiiiiii~

Ockey. Enrty tamat

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09

Salam...


09-09-09 at 09:09 PM

Saje nak buat entry tarikh hari nih sebab tarikh hari neh cantek kan? So, macam semua orang pun buat entry pasal tarikh neh, aku pun nak menyibuk jugak la. Hiks

Duit raya.

Yeayyyyyyy. Hari ni bos panggil masuk bilik dia. Dia cakap,you nak good news ke, nak ai marah you? Tercengang la aku. Bila masa lak aku buat salah kan? Dia senyum jek. Gurau rupanya. Actually, nak bagi duit raya. Wehuuuuuuu~ Suke ah bos neh, siap bagi duit raya. Sukeee sangat!

=)

Thanx boss.


Takziah

Salam takziah di ucapkan buat Nadiah serta keluarga di atas pemergian ayahanda yang tercinta. Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi arwah. Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah~


Setiap kali teringat dia, mesti aku sedih. Sebab aku tahu, dia tengah sedih. Macam tak dapat teman dia. Dari kejauhan, aku berdoa semoga dia tabah sentiasa.
Terkejut dengar berita kematian tersebut. Sebab arwah tak sakit. Heart attack mungkin. Semoga kau tabah mengharungi dugaanNya. If you need me, just let me know k dear?


Latihan Industri

Praktikal da nak habes. Tapi report pun belum siap. Lecturer da nak datang next week. Wish me luck k? Thanx.

Kerja? Kerja? Kerja. Datanglah kepada saya. HAHAHA~
Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnn

Itu jek. Kalau ada masa, ai update lagi keyh. Ai kan bz kalah CEO. Muahahahaha~

Tamat.

Tuesday, September 1, 2009

Cuti dah tamat :(

Salam...

O.k. Update secara pendek. Sebab kejap lagi nak balik.

Pagi tadi, terpisat2 bangun pukul 4.50 A.M. Anak bertuah ni tak tolong mak dia sediakan sahur langsung. Well, saya kan anak mak. HAHAHA~ Bangun2 jek, basuh muka, terus ngadap meja makan. Makan lauk sahur yang mak masak adalah nikmat. Sangat nikmat lah tak terkira. Lepas tuh, mandi2. Mandi selepas makan akan menyebabkan perut buncit. Betol ke weyh? T_______T Abes la boncit perot I.

Since rumah adalah hanya 5 minit ke Airport, maka 5.45 da gerak dari rumah, check-in, n solat subuh. Flight terbang di angkasaraya, dan selamat mendarat di KLIA tepat jam 7.45 A.M

Naek ERL transit pukul 8.22 gerak, n turun dekat Bandar Tasik Selatan. Hujan dengan rakusnya. Amek cab, sampai ofis pukul 9.05 A.M. Fuh, sampai sama ngan bos besar. Big boss itu tolong bukkan pintu. Lepas say thanx, terus pergi punch card. Theheheehehhee

Weyh kalau macam neh, nak ulang-alek dari KB ke KL hari-hari boleyh tak agak-agak? HAHAHA~

Omaigod, saya masih rendu rumah. Macam mane neh? Cuti 3 hari masih belum memadai. =(

Nanti la. Esok kalau free, saya update lagi k?

Madey: Sila tuntut barang anda hari ni ea

=)

p/s: Selamat hari lahir Kolej kediaman Kinabalu (8th College) , UM on 1st September 2009