Thursday, November 6, 2008

sgt tensiioonn.... =(

Salam...

got problem with someone. never mind. let her happy with her life. Tuhan Maha Kaya. 1 hari nanti kamu akan melihat pembalasannya. mungkin bukan di dunia, tp di akhirat kelak.
n dun ever disturb my life!!

Kedukaan si dia membuat ku sengsara.


Tatkala sedih, ada seorang sahabat menguatkan semangat ku.dia kata, what frens 4 rite?
Thanx Amalina...


anda melihat saya tertawa,
tp sebenarnya hati saya terluka
di sebabkan seorang kawan yg telah merobek jiwa,
membuatkan aku dan dia berduka


=(


Doa untuk aku, dia , dia dan dia,

SEMOGA DIKURNIAKAN KEFAHAMAN NABI, DAYA INGATAN PARA PENYAMPAI RISALAH, ILHAM PARA MALAIKAT YG MENDAMPINGI ALLAH & KESIHATAN YG BAIK. SELAMAT BERJUANG. SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN CEMERLANG DUNIA AKHIRAT. SEMOGA ALLAH MEMBERKATIMU.



p/s: Gud luck buat mu sahabat!

Tuesday, November 4, 2008

~Saya di tag lagi~

Salam...

Saya di tag oley Fara-D dimana semasa open house di rumahnya, saya telah memakan cheese makaroni bakar yg sgt sedap. sehingga hari ini, beliau belum lagi memberi resepi tersebut kepada saya..ahaks...


State 15 weird things/ habits/ little known facts about yourself.- The 10 people I tag are to then to follow my footsteps and write their own 15 weird things/habits and little known facts.


(1) Saya sangat suka makan ayam

Jika anda bawa saya ke KFC jam 10 pagi, jam 2 ptg itu, saya masih boleh di ajak untuk ke kFC lagi. Pendek kata, saya sangat gila akan ayam. sbb tu badan saya macam Ibu ayam.erk..hiks

Teringat situasi di cafe 8th college, setiap kali makanan yang saya order ada ayam, setiap kali ucapan tersebut terpacul dari mulut saya. kami akan rotate supaya setiap seorang merasa makanan rakan yang laen. itu cara kami berkasih-sayang. Point utama disini adalah, saya akan berkata begini "ayam x boley!" setiap kali makanan kepunyaan saya smpai di tangan rakan saya. sesungguhnya mereka sangat memahami rakan mereka ini. tq rakan2



(2) Saya sgt suka tgk jam ketika study

setiap saat, setiap minit, setiap jam, saya akan tgk jam. baca sikit, tgk jam. cuakkan diri sendiri. ada lagi 2 jam. bace lagi, tgk jam lagi. ada lagi 30 minit. bace lagi. tgk jam, ada lagi 2 minit. hadeyh! x sempat khatam. tgk jek la nota2 ni. hahaha point di sini, jgn study laz minit.




(3) Saya suka warna pink

Secara jujurnya, saya semakin suka kan warna pink. Biar mereka berkata, tiada warna laen kah di dunia ni yg saya nk minat, saya pedulik hape. saya suke, saya nyusahkan anda ke?tidak bukan?huhu saya di pengaruhi oleh kak VP.salahkan dia.hahhaa setiap hari saya bukak blog dia. blog minah pink okey. mgkin di sebab kan itu saya makin suka kaler pink!




(4) Saya anak ke-2 dari 3 orang adei-beradik

Kebanyakkan mereka menganggap saya anak sulung di sebabkan panggilan gedik manja saya di kalangan kawan2 adalah Mc Long. oh, nama itu terhasil dari rakan2 sewaktu sekolah menengah o.k. Saya punya abg. Saya punya adik perempuan. Klo nk sedapkan ati gk,mungkin anda boleh assume saya anak sulung perempuan. Pendek kata, saya anak no 2. tetap Angah!



(5) Saya x tau nk jawab saya berasal dari mana


Abah saya berasal dari Sabah, ibu saya berasal dari Pasir Puteh, Kelantan. Di dalam surat beranak, saya di lahirkan di Hospital Besut, Terengganu. Selepas emak kesayangan saya habis pantang, beliau pon terpaksa pulang ke Mersing, Johor untuk meneruskan khidmat nya kepada negara. Maka, saya di besarkan di Mersing, Johor. Semasa Form 1, ibu bapa saya terpaksa berpindah ke Kota Bharu, Kelantan ekoran bapa saya di naikkan pangkat sebagai Chief Inspektor. Jadi point di sini, saya berasal dari mana?




(6) Sangat suka makan keropok lekor

Abah saya kata, saya ni dulu tersangkot kat sampan kat tepi laut kat Besut nun, then, abah saya kutip saya. Cis! dia xnk ngaku saya anak kandung. ada plak kata anak kutip. xnk kawan abah. mueehhehee..jahat ooo.. Besut adalah tempat terkenal penghasilan keropok lekor. mgkin itu merupakan salah satu faktor saya sgt gila akan keropok lekor. Cerita abah saya ini mgkin boleh di percayai..hiks



(7) Ibu bapa saya seorang polis


Ya! saya anak polis. Kami adik beradik di besarkan dengan suasana polis lar. Sangat tegas! Selama hampir 19 tahun saya di besarkan di Berek Polis, Mersing dan di Flat Polis, Kota Bharu, Kelantan. saya agak kekok ketika pertama kali tinggal dan hidup di kawasan kejiranan yang di panggil taman. setelah agak lama, saya sudah terbiasa.



(8) Saya telah dan sedang menimba ilmu di kawasan Utara, Selatan, Timur dan Barat


Sekolah rendah-SRK Sri Mersing, Johor (Selatan)
Sekolah Menengah- SMK Kota Bharu, Kelantan (Timur)
Matrikulasi- Kolej MARA Kulim, Kedah (Utara)
Universiti- Universiti Malaya, KL (Barat)



(9) Saya sangat sayang akan usyuk saya

Usyuk a.k.a bantal usyuk. ia berwarna kuning, ada bunga2 pink. sgt chumel. sgt usyuk. dia peneman saya di kala tidur.



(10) Saya sayang adik saya

Even kalau balik rumah pon, selalu jek gaduh2 manja, tp bila alek KL jek, sure dia org yg paling saya rindu. dan saya tau dia jua begitu. Sebab klo dia xley tido or tension study, dia mesti akan telefon saya. oh, dia sayang saya!



(11) Saya sering x tunaikan azam saya

Azam yg paling x tertunai smpai ke hari ini adalah azam saya nk menguruskan badan. Biasanya,azam ini akan di postpone ke tahun baru.hahaha.. setiap tahun azam yg sama. tp tiada usaha untuk ke arah tersebut. Oh, sape ada tips? leh kongsi ngan saya x? =) plzzzzzzzzzz...


(12) Saya penari semasa zaman sekolah rendah

Jangan x tau, saya adalah penari mewakili darjah 6 pada masa tersebut. membuat persembahan sempena Hari Guru. mendapat pujian dari guru2 dan rakan2 kerana sangat pandai menari. Ewah!

bangga x hengat!

tp kalau nk suruh menari sekarang, mgkin x secantek dan selembut dulu..haha tetap nk membangga diri



(13) Saya adalah darah Jenis A

Motif nk cakap, saya tau saya berdarah jenis A ekoran menderma darah semasa 2nd year ditemani dan dipaksa rela oleh Aqilah.saya da pernah derma darah sebanyak 4 kali. bangga siot...
hehu

Perasaan semasa menderma darah adalah sangat takot, sgt ikhlas dan sangat terharu!


(14) rummate saya budak API dan Sc COmp

Saya sering mendapat rakan sebilik dari 2 Faculty yg berkenaan. maka, otak saya tidak berkembang..hahaha

1st year - Kak yah (API) dan Kak Mus (Sc Comp)
2nd year - Kak Yana (API) dan Ceq Ros (Sc Comp)
3rd year - Jaineh (API) dan Lea Fareesya (Sc COmp)


Kesimpulan, saya rasa culture shock apabila di tahun ke-4 saya di kolej,saya mendapat rummate budak Sains Biologi dan API. sangat tidak serasi. rasanya anda memahami.

(15) Hobi saya adalah makan!

STOP! dalam proses mendiet diri

Tamat!..penat seyh..jahat ko Fara-D..banyak gile..

skang aku nk tag:


Hananiey
Syarq
Alisa
Madey
Kak VP
Zack-U
Dieyla
Miz Purple Boxes
Lia fareesya
Wawa


p/s: sesiapa yg terasa nk wat, sila kan yek!