Friday, July 10, 2009

Congrates Hananiey~

Salam...

Entry ini di tujukan khas buat gadis A Place Called Here, yang kini berada di Meru, Klang.

Hari ini, kerja tak banyak sangat. Kerja sampingan ada, tapi jap lagi la buat. HAHAHA~ Rasa tibe2 jek nak update blog. Angau kat blog neh.

Tadik tengah burim2, YM-ing makcik neh. Makcik cekeding neh. Hihi~ Then, tibe2 rasa nak meng-entry-kan perasaan yang berlaku pada petang ini. Sebab bukan setiap petang dapat perasaan ini ockey. Harus lah peristiwa perasaan ini di abadikan dalam entry Gadis Nalza a.k.a Kak Lageee kan? =)

First of all,
Congratulation Hananiey. U did it Girl. Just go with the flow. Gadis ini sangat banyak cabaran dan sangat banyak usaha untuk berjuang sebab nak konvo pada tahun ini jugak. I am happy for you dear. Permata ayah bonda.

Ha, minah neh sukeee tau cakap, Just Go with the flow. Just go. Go! Yeahhh! Hope that the flow is always smooth like smoothie.

Hananiey pernah buat hati saya tenang setenangnya di saat saya menangis kerana subject killer itu. Pada sape yg tahu, tahu lah. Yang tak tahu, sila diam. Menangis 12 hari kot, tapi alhamdullilah. Segalanya berjalan lancar. Suwitt ockey minah neh, datang bilik ai bawak Big Apple. Nak calm kan ai. Apa lagi, melantak lar sambil dilimpahi air mata. Hanan, u ingat tak? Ingat? HEHE~

Paling tersentuh hati, entri ini. Sila klik. Sila baca. Ini arahan. Aku paksa neh. HAHAHA~

Memetik ayat dari blog beliau,

saye akan terus berjuang dan berjuang, meredah onak dan duri, menongkah arus,
menyimpan harapan yg bukan sedikit ..

for this two important person in my life ;)

i keep on praying, n i tell to myself. "its" not 4 me, but "its" 4 them...

Baca entry ni jek, siyes menitik air mata aku. Sebab aku dapat rasa apa yang dia rasa. Hanan, u buat ai touching ockey. Sila bayar air mata ai yang menitik tik tik neh. Hihihi~

Erm sebenarnya tengah terfikir nak pergi tengok dorang konvo ke tak. Pergi? Taknak pergi? Pergi? Taknak pergi? Pergi? Hadeyh! Tapi dah janji dengan Qilah, harusslah datang. Kalau tak nanti, Qilah terkilan lagi. Hiks Ockey. Ockey. Jika usia di beri panjang, jika kesihatan di beri wonderfull, maka saya akan hadiri konvo rakan-rakan. Yuhuuuuuuuuu! Tarikh Konvo Graduan FSKTM, UM adalah pada hari Jumaat, 14hb Ogos 2009. Sila datang memeriahkan majlis. Sila. Sila. HEHEHE~

Aku bukan apa, kalau korang kenal aku ni macam mane, aku ni cepat touching orang kata, mudah tersentuh hati. Even badan saya bersize besar tapi hati sangattt kecik. HAHAHA~ Ockey, ayat tanak kalah kan. Even last year, Cda and Linda konvo pun, memula aku taknak la nangis kan. Tapi bila tengok Alisa nangis, semua orang pun macam sebak. Sebak ockey. Sebak yang sampai kuar air mata bebanyak. Nanges jugak akhirnya. Air mata kegembiraan untuk teman yang meraikan hari kebesaran mereka.
=)

Buat rakan-rakan yang lain, akan tiba saat dan ketika itu untuk kita.

Again, A BIG CONGRATES TO U HANAN!!!!!!!!!!

p/s: Saat menaip entry neh, aku tengah menahan sebak sebenarnya. Haishh apesal aku ni emo sangat entah :(

Thursday, July 9, 2009

Pengalaman menaiki bus di pagi hari

Salam...


Lately, mood happy banyak da pergi merantau ke negara lain. Honeymoon mungkin. Sekarang, mood masyam jek yang ada. Rasa nak belasah-belasah and tendang orang jek. Padahal orang tak salah pun. Nak tendang bus pun ada, nak terajang train pun ada. Haisssh, bunyi macam ganas kan, tapi saya ni baekkk, sopan santun, berbudi-bahasa. HAHAHAHAHA~ Takkan mungkin la aku akan berbuat demikian kan.

Dalam minggu ni, da masuk hari ke-3 di tinggalkan bus yang penuh sarat-marat itu. O.k. For your information, rumah aku area Hillpark. So, dari puncak bukit tuh, menapak la ke bawah sampai lah ke bus stop yang depan Restoran Riang-riang tuh kan. Setiap hari, begitulah aktiviti aku. Aku akan tunggu bus Rapid KL 632 Bukit Angkasa-UM.

Hari Isnin yang lalu, aku kuar umah dalam 7.10 gtu lar. First bus yang sampai depan mata aku, penuh. Pakcik bus tuh angkat tangan jek lar. O.k, fine. Then,15 minit kemudian, second bus lalu, penuh jugak!! Takpe lagi. 15 minit lagi, penuh jugak??!! What the F lar kan. Da 3 bus penuh. Baek aku tunggu bus pukul 8. Takyah aku terkocoh-kacah bangun awal sebab nak kejar bus kan. Sape tak sakit hati dowh. Ko tunggu bus dari 7.10, tapi pkul 8 belum tentu lagi bus tuh akan berhenti nak amek ko. Time tengah taip entry ni pon aku sakit hati lagi. Rasa bengkak jek dada aku menahan geram neh tau. Korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa. Nak rasa? Jom join aku tunggu bus esok. Baru lah ko tahu betapa peritnya melihat bus berlalu depan mata.

Yang minggu2 lepas, takda ah jadik benda camnih kan. Cuma sejak UM da bukak semester neh, maybe ramai la budak UM yang naek bus Rapid KL ni kan. Penuh dia, bukan penuh yang maen2. Penuh yang sarat-marat sampai ko kena ciyum pintu gtu. Echewah. Eyh aku cakap betul ni weyh. Berhimpit-himpit sampai tersentuh bukan muhrim bagai da lar. Risiko naek bus.

Sape yang tak sakit hati beb. Sampai 3 bus penuh kan. Kalau aku kederat sikit, nak jek aku jalan kaki dari Hillpark ke Stesen U. Kang sampai ofis, da berpeluh2 masam. Tak selesa la plak aku nak kerja kan. Dalam beberapa hari neh, aku asek fikir strategi yang terbaek. Camne nak sampai ofis tepat pada waktunya. Bukan hari Isnin saja, hari selasa pun camtuh, hari ini pon camtuh. Arghhh! Tak tahan la aku. Tekanan perasaan la camnih. :( Asek-asek kena tinggal bus jek tau. Geram betul.

Apa harus aku buat sekarang?? Mood aku hari nih swing lar. Kejap O.k. Kejap tak.

Bila aku sampai Stesen U lambat, maka akan lambat lar aku sampai Mid Valley. Bila aku sampai Mid valley lambat, maka akan lambat lah jugak aku naek Komuter kat Mid tuh. Cerita pasal Komuter takyah cakap ah. Lagi hebat. Bila da sampai kat Bandar Tasik Selatan lambat, maka kami bertiga tak sempat breakfast. Rasa bersalah lar kat Juden kan, sebab dia kena g site. Kalo tak breakfast pagi, memang flat ah kan. Sory juden, my bad. Again, sory :( Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sory lah kalau Rapid KL nak terasa ke ape. tapi ni luahan hati aku lar kan. Tolong lah tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Kalau setiap hari macam ni, saya pun tak tahan. Bukan saya sahaja, malah berduyun-duyun pengguna laen yang nak naek bus anda terpaksa senyum kecewa kelat saat pakcik bus bagi lampu tinggi. Maknanya, sila tunggu bus yang seterusnya.
Oh, alangkah indahnya kalau ada LRT kat Hillpark. Takyah nak berebut bus bagai da. =)

p/s: Esok macam malas nak pergi kerja. Sebab malas nak tunggu bus. Macam orang bodoh tunggu bus penuh lalu depan mata.

Monday, July 6, 2009

~Happy Birthday Chenta Hati =)~

Salam...


Ockey. Bersedia untuk entry tak ley blah berciri kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dari ilyanie buat insan yang tersayang. Bila lama tak update, tetiba update entry kasih sayang secara manis berciri lori gula terbalik.

Ehemsss ehemsss


Sayang,

Untuk mencicip kemanisan, perlu bermula dengan mengupas kepahitan.




6 July 1986 yang lalu, lahirlah seorang putera ke-2 dalam keluarganya. Sedari kecil, sudah chumel dan petah berkata-kata, malah sudah bijak pandai tak terkira. Eyh, tetiba plak. HEHEHE~


Hari ini sayang, genaplah umur dikau 23 tahun. Setelah banyak onak dan duri engkau redahi. Dah besar panjang da anak mak ayah neh. Da boley kahwen da neh. Jom kahwennnnn~ Muehhehehehehe


Hadeyh, apesal gambar you kat bawah neh chumel sangat neh. Geram . Geram. Rasa nak geget-geget jek.



HAPPY BIRTHDAY TO YOU SAYANG


MOHAMAD AZLAN BIN ABAS


SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI


SWEET-23


Semoga Allah mempermudahkan segala urusanmu sayang

Hidup ini sememangnya penuh onak dan duri

Semoga dikau tabah mengharungi segalanya



Sayang,

Cintaku takkan berakhir di sini, selamanya kau tetap di hati. *Wink~




Owh, abaikan perempuan cute yang dekat sebelah Azlan neh. Sape ntah. Dia memang sukee jek nak bergediks. Sukee jek nyebok2. Eyh, kata tuan punya blog, harussslah ada gambar saya ockey. HAHAHA~


Sayang,


For all those times you stood by me

For all the truth that you made me see

For all the joy you brought to my life

For all the wrong that you made right

For every dream you made come true

For all the love I found in you

I'll be forever thankful baby

You're the one who held me up

Never let me fall

You're the one who saw me through

through it all



You were my strength when I was weak

You were my voice when I couldn't speak

You were my eyes when I couldn't see

You saw the best there was in me

Lifted me up when I couldn't reach

You gave me faith 'coz you believed

I'm everything I am Because you loved me



You gave me wings and made me fly

You touched my hand I could touch the

sky

I lost my faith, you gave it back to me

You said no star was out of reach

You stood by me and I stood tall

I had your love I had it all

I'm grateful for each day you gave me

Maybe I don't know that much

But I know this much is true

I was blessed because I was loved by

you


Thank you sayang.
For everything.

Again, Happy Birthday to u sayang.
This week dating eyh? HEHE~

Rendu u la sayang =)

MMuuahhhhhhhhhhhhhhhhhh~


*************************************************************************************
Next...

Happy Birthday to Atirah bt. Salim

Sweet-23 beb


Semoga mung berjaya dalam hidup dan sentiasa di berkati olehNya. Aminnn

Kini, beliau seorang pengusaha Cupcakes yang terhebat sampai tak menang tangan. Whoaaa~ Congrates beb. Sesiapa yang dok area Terengganu, boleyhlar order cupcakes ngan dia. Gerenti sedap weyh!! =)

A, aku promote doh neh, komisen takdop ke? HEHEHE~

Entry tamat.

p/s: Minggu ke-6 berlatihan industri.

Thursday, July 2, 2009

~Ilyanie masih wujud~

Salam...

HAHAHAHAHAAHA~ Ockey. Stop gelak. Ilyanie masih wujud. Iye, masih hidup. Cuma kadang-kadang terlupa yang dia ada blog. Hadeyh. Banyak betol komitmen sampai terlupa ada blog. Bukan. Bukan maksud saya begitu. Tapi kan sekarang tengah praktikal. So, time ada idea nak update blog tuh, taip la sikit2 kan. Then, kerja pun datang bertimbun-timbun. Tak menang tangan nak buat semua kerja. Echewah! Ayat tetap tanak kalah. Kalah CEO punya busy la pendek kata.

Ockey. Stop merepek lar. Pagi ini, hujan turun terus membasahi bumi, tetap ku redah demi kerja yang terchenta dan ibu pertiwi. Status tak ley blah kat facebook. HIHIHI~ Biasalah. Executive kena la poyo-poyo sikit dekat facebook kan.

Sedar tak sedar, da sebulan saya dan rakan-rakan menjalani Latihan Industri dekat Cheras ni. Macam mana perasaan? Biasalah, kalau kerja ockey, rasa seronok jek lar. Cuba kalau kerja bertimbun2, lepas tuh lari sana, lari sini, rasa stress pun ada. Tapi bila pikir alek, inilah hidup yang perlu dijalani. Sebab masing-masing da matang. Da boleyh berfikir secara lebih jauh dan produktif. Lepas ni, da kena pikir tentang masa depan.

Ah, dah lar. Tak perlu merepek dekat sini. Sebab saya pun tak tahu apa yang akan saya merepak nanti. Nampak sangat otak tak centre lagi neh. Sebab pergi kerja pagi-pagi, dalam keadaan mengantuk, lepas tuh tiba-tiba hujan. Dalam kepala otak, pikir katil tilam bantal empuk jek neh. Wakakkakaakaka~

O.k. Saya janji, jika ada masa terluang, saya akan update la cerita-cerita basi yang saya pun da terlupa bila kah perkara itu terjadi. Entah kenapa sekarang asek short term memory jek. Hadeyh =( Mungkin suke makan meggi kot. Eyh, ada kaitan ke?

Saya janji kepada orang Meru, Klang untuk update blog. Janji saya kepada gadis itu telah di tunaikan hari ini. Cuma tunggu la ea. Ada masa free, saya akan update beround-round. HAHAHA~ Budak tuh suke jek men-capub dekat chatbox. Asek nama dia jek penuh. Tapi takpe. Saya sukeeeee. Sebab dia suke memeriahkan hidup saya. Muehehehheee.

Hidup anda macam mana sekarang? Da nak bukak sem baru kan? Da prepare semuanya kah? Sabun basuh da beli? Makanan ringan? Buku-buku?

Eyh dah lar. Nak bergediks kat fesbuk jap.

2 July 2009.

Happy birthday Noor Matin B. Ramli, Sweet-23. Semoga panjang umur dan murah rezeki. Semoga di permudahkan segalanya. Aminnn.

p/s: Owh, apesal mengantuk sangat neh~



Saturday, June 20, 2009

Hari sabtu saya berada di ofis

Salam...

Sabtu.

Hari ini adalah hari Sabtu. Maka dengan rasminya, saya menyatakan bahawa saya berada di ofis :( Macam pekerja contoh betul kan? Hari ini kerja half day. Orang laen terbongkang tidur, kita sorang sibuk-sibuk bersiap pergi kerja. Rasa nak pijak2 jek Wane ngan Dayu sebab tidur dengan nyenyaknya. HAHAHA~ Mati lar Lion cute pijak hamster ngan lizard. Lion: Aku. Hamster: Wane. Lizard: Dayu.

Bersiap-siap diri. Pergi kerja dengan tabah hati. Berjalan kaki. Menaiki bus rapid menuju ke Stesen Lrt Universiti. Kemudian, ke Mid Valley. Seterusnya, Komuter BTS, dan menaiki taxi. Sampai ofis, makan megi. HAHAHA~ Sebab bos tengah breakfast kat gerai tuh, takkan nak pergi duduk sebelah dia. Kantoi la datang lewat kan.

Sedang menyiapkan entry. Mata asek melirik ke kanan dan ke kiri. Resah di hati. Kerana perut meronta-ronta minta di isi. Arghhh laparnya. Lalan. Kita lapar. Eyh terpanggil dia plak. HEHEHE~


Masak.

Hari ini akan memasak Nasi Ayam bersama housemate terchenta, Wane dan Dayu. Yeahhh! Nama Nasi Ayam tuh, Nasi Ayam 3 Dara Pingitan. Sebab nak kalahkan Nasi Ayam Cap Dieyla.KAHKAHKAH~ Wane da pergi beli ayam dan bahan-bahan. Nanti hari Isnin, aku update masakan kami yek. Siap da plan nak letak gambar. Sebab da berapa entry da takda gambar kan. Dayu masak nasi, Wane masak ayam, aku masak sup! Muahahhaa giler senang kekentangan.

Tak sabarnya nak balik rumah. :(


Rakan-rakan matriks.

Plan nak jumpa rakan-rakan matriks pada hari Ahad ini. Bermaksud esok harilah. Yuhuuuuuuu! Atirah dan Aisyatul yang ada kat Terengganu tuh, sila jangan jeleshh. Muahahhahaa Da lama kot tak jumpa dorang. Nanti nak bergediks-gediks la ngan dorang.

Ala jumpa biasa-biasa jek. Sekadar melepaskan rendu di hati dan sambut birthday Lin. Lin, nak hadiah. Idah, nak hadiah. Muka tak malu mintak hadiah dengan dorang. =)

Tapi takley meroggeng lama sangat. Sebab Isnin kerja. Uhh, bila pikir kerja jek, mesti pikir lamanya. Penatnya. Penat bukan penat apa. tapi penat tunggu KTM ngan bus rapid KL. Banyak membuang masa menuggu jek. Kan best kalau dapat pergi Cheras naek flight jek. Fuyooo, angan-angan mesti kena lebey! Haisshhh:(


Selamat berhujung minggu rakan-rakan. Hayati hujung minggu anda dengan sepenuhnya. Kerana tidak semestinya kita akan hidup dan dapat menikmati udara segar lagi pada hujung minggu seterusnya. Wallahualam~

p/s: Tidak sabar mahu ketemu rakan-rakan. =)

Friday, June 19, 2009

Salam...

Sorry guys. Lama kan tak update? HEHEHE~ Bukan apa. Gambar macam tak banyak sangat. Lepas tuh, macam tak tahu nak cerita apa. Hari-hari pergi kerja, balik kerja. Lepas tuh, esok ulang rutin yang sama jugak. Patut lah orang kata, bila da kerja ni, macam takda life sangat. Stresss wooo :(

Tapi inilah lumrah alam kan? Cda kata, kalau tak kerja, takkan nak makan pasir kan? HAHAHA~ Harusss la kerja. Kalau dulu, terbangun lambat ke, sakit perut ke, malas nak jalan g class ke, boley lah ponteng class kan? Tapi sekarang? Nak tak nak, memang kena pergi kerja jugak. Sebab bos kata, kalau sehari you missing in action, boleh di maafkan. Tapi masuk hari ke-2, get lost! Hamek ko. Baru ingat nak ponteng bagai kan. Hiks

Setakat ni praktikal o.k jek lar. Takda apa yang menarik pon. Tapi duit banyak habis sebab minggu ni Juden outstation. So, kena pergi sendiri naik taxi dari Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Train ni kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat. Boleh tak dia konsisten macam LRT. Senang sikit. Ceyh! yang penting, diri sendiri senang kan. Selfish betul.

Pagi tadi.

Pagi tadi naik taxi uncle India. Naek2 jek, cakap nak g mane, lepas tuh, terus dia suruh pakai seat belt. HAHAHAHA~ Terpinga-pinga aku dengan Sue. Lepas tuh, dia ulang lagi sekali suruh pakai. Dengan skema-ramanya, kami pun pakai sambil tersenyum2 tahan gelak. First time kot naik taxi Uncle suruh pakai belt. Pengajaran: Sentiasa berhati-hati di jalan raya di mana jua tempat duduk anda berada. =)

Eyh baru aku perasan, blog aku takda function Follower lagi kan? Nanti jap g aku letak eyh? Nanti korang jadi follower aku tau. Baru lar rasa cam glamss sikit. Aku paksa ni tau. Kalau tak, kena pok kang. Nak kena babab? Muahahahaa Bak kata AJ, "Kalau ramai follower, rasa macam best sikit. Macam jek lar. Hik3 =)"

O.k. Nak sambung buat kerja neh. Hari ni kerja bertambah lar. Nex week, lagi mati. Kak Ayu nak cuti. Mati lar aku kena angkat call semua. Buat-buat tabah jek lar. Padahal dalam hati, Tuhan jek la yang tahu. HUHUHU~ Doakan saya yek kawan-kawan. Ceyhh time ni barulah nak ngaku kawan kan.

Kawan tuh bukan macam PELANGI, Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

p/s: Next week, elaun masuk kot? Hiks

Thursday, June 11, 2009

Happy Birthday Emak =)

Salam...

Happy Birthday buat Emak yang tersayang, Raimah bt. Omar.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Emak
Happy Birthday to you


Terima kasih kerana melahirkan anak yg chumel ini.
Terima kasih kerana tidak pernah membiarkan saya kelaparan
Terima kasih kerana sering melayan karenah mengada-ngada saya
Terima kasih kerana sentiasa melindungi dan menjaga saya di saat susah senang saya.
(owh tetibe jek sebak =(... )

Emak,

Semoga panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki.
Semoga sihat dan ceria sentiasa
Kite janji kita akan balas jasa emak suatu hari nanti.

I luv u so much Emak.! Mmuuahhhh

Saya sayang emak sangat2.
Emak yang bertakhta di hati saya.
Sampai bila-bila.

Pagi tadi, emak reply messsage saya. Emak cakap, I Love u too. Ahaks

Aidina Kahwen.

Owh, ya. Selamat Pengantin Baru untuk Aidinal Faezin. Classmate time skolah dulu. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Lepas ni, setialah kepada suami yang satu ea. Cepat-cepat buat anak. HAHAHA~

Sory Dyna, Mc Long tak dapat datang. Mc Long keje yang. Sory eyh?

=)

p/s: Ofis hour da habes. Nak balik da ni. Daa~