Saturday, June 20, 2009

Hari sabtu saya berada di ofis

Salam...

Sabtu.

Hari ini adalah hari Sabtu. Maka dengan rasminya, saya menyatakan bahawa saya berada di ofis :( Macam pekerja contoh betul kan? Hari ini kerja half day. Orang laen terbongkang tidur, kita sorang sibuk-sibuk bersiap pergi kerja. Rasa nak pijak2 jek Wane ngan Dayu sebab tidur dengan nyenyaknya. HAHAHA~ Mati lar Lion cute pijak hamster ngan lizard. Lion: Aku. Hamster: Wane. Lizard: Dayu.

Bersiap-siap diri. Pergi kerja dengan tabah hati. Berjalan kaki. Menaiki bus rapid menuju ke Stesen Lrt Universiti. Kemudian, ke Mid Valley. Seterusnya, Komuter BTS, dan menaiki taxi. Sampai ofis, makan megi. HAHAHA~ Sebab bos tengah breakfast kat gerai tuh, takkan nak pergi duduk sebelah dia. Kantoi la datang lewat kan.

Sedang menyiapkan entry. Mata asek melirik ke kanan dan ke kiri. Resah di hati. Kerana perut meronta-ronta minta di isi. Arghhh laparnya. Lalan. Kita lapar. Eyh terpanggil dia plak. HEHEHE~


Masak.

Hari ini akan memasak Nasi Ayam bersama housemate terchenta, Wane dan Dayu. Yeahhh! Nama Nasi Ayam tuh, Nasi Ayam 3 Dara Pingitan. Sebab nak kalahkan Nasi Ayam Cap Dieyla.KAHKAHKAH~ Wane da pergi beli ayam dan bahan-bahan. Nanti hari Isnin, aku update masakan kami yek. Siap da plan nak letak gambar. Sebab da berapa entry da takda gambar kan. Dayu masak nasi, Wane masak ayam, aku masak sup! Muahahhaa giler senang kekentangan.

Tak sabarnya nak balik rumah. :(


Rakan-rakan matriks.

Plan nak jumpa rakan-rakan matriks pada hari Ahad ini. Bermaksud esok harilah. Yuhuuuuuuu! Atirah dan Aisyatul yang ada kat Terengganu tuh, sila jangan jeleshh. Muahahhahaa Da lama kot tak jumpa dorang. Nanti nak bergediks-gediks la ngan dorang.

Ala jumpa biasa-biasa jek. Sekadar melepaskan rendu di hati dan sambut birthday Lin. Lin, nak hadiah. Idah, nak hadiah. Muka tak malu mintak hadiah dengan dorang. =)

Tapi takley meroggeng lama sangat. Sebab Isnin kerja. Uhh, bila pikir kerja jek, mesti pikir lamanya. Penatnya. Penat bukan penat apa. tapi penat tunggu KTM ngan bus rapid KL. Banyak membuang masa menuggu jek. Kan best kalau dapat pergi Cheras naek flight jek. Fuyooo, angan-angan mesti kena lebey! Haisshhh:(


Selamat berhujung minggu rakan-rakan. Hayati hujung minggu anda dengan sepenuhnya. Kerana tidak semestinya kita akan hidup dan dapat menikmati udara segar lagi pada hujung minggu seterusnya. Wallahualam~

p/s: Tidak sabar mahu ketemu rakan-rakan. =)

Friday, June 19, 2009

Salam...

Sorry guys. Lama kan tak update? HEHEHE~ Bukan apa. Gambar macam tak banyak sangat. Lepas tuh, macam tak tahu nak cerita apa. Hari-hari pergi kerja, balik kerja. Lepas tuh, esok ulang rutin yang sama jugak. Patut lah orang kata, bila da kerja ni, macam takda life sangat. Stresss wooo :(

Tapi inilah lumrah alam kan? Cda kata, kalau tak kerja, takkan nak makan pasir kan? HAHAHA~ Harusss la kerja. Kalau dulu, terbangun lambat ke, sakit perut ke, malas nak jalan g class ke, boley lah ponteng class kan? Tapi sekarang? Nak tak nak, memang kena pergi kerja jugak. Sebab bos kata, kalau sehari you missing in action, boleh di maafkan. Tapi masuk hari ke-2, get lost! Hamek ko. Baru ingat nak ponteng bagai kan. Hiks

Setakat ni praktikal o.k jek lar. Takda apa yang menarik pon. Tapi duit banyak habis sebab minggu ni Juden outstation. So, kena pergi sendiri naik taxi dari Stesen Komuter Bandar Tasik Selatan. Train ni kadang-kadang awal, kadang-kadang lambat. Boleh tak dia konsisten macam LRT. Senang sikit. Ceyh! yang penting, diri sendiri senang kan. Selfish betul.

Pagi tadi.

Pagi tadi naik taxi uncle India. Naek2 jek, cakap nak g mane, lepas tuh, terus dia suruh pakai seat belt. HAHAHAHA~ Terpinga-pinga aku dengan Sue. Lepas tuh, dia ulang lagi sekali suruh pakai. Dengan skema-ramanya, kami pun pakai sambil tersenyum2 tahan gelak. First time kot naik taxi Uncle suruh pakai belt. Pengajaran: Sentiasa berhati-hati di jalan raya di mana jua tempat duduk anda berada. =)

Eyh baru aku perasan, blog aku takda function Follower lagi kan? Nanti jap g aku letak eyh? Nanti korang jadi follower aku tau. Baru lar rasa cam glamss sikit. Aku paksa ni tau. Kalau tak, kena pok kang. Nak kena babab? Muahahahaa Bak kata AJ, "Kalau ramai follower, rasa macam best sikit. Macam jek lar. Hik3 =)"

O.k. Nak sambung buat kerja neh. Hari ni kerja bertambah lar. Nex week, lagi mati. Kak Ayu nak cuti. Mati lar aku kena angkat call semua. Buat-buat tabah jek lar. Padahal dalam hati, Tuhan jek la yang tahu. HUHUHU~ Doakan saya yek kawan-kawan. Ceyhh time ni barulah nak ngaku kawan kan.

Kawan tuh bukan macam PELANGI, Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

p/s: Next week, elaun masuk kot? Hiks

Thursday, June 11, 2009

Happy Birthday Emak =)

Salam...

Happy Birthday buat Emak yang tersayang, Raimah bt. Omar.

Happy Birthday to you
Happy Birthday to you
Happy Birthday to Emak
Happy Birthday to you


Terima kasih kerana melahirkan anak yg chumel ini.
Terima kasih kerana tidak pernah membiarkan saya kelaparan
Terima kasih kerana sering melayan karenah mengada-ngada saya
Terima kasih kerana sentiasa melindungi dan menjaga saya di saat susah senang saya.
(owh tetibe jek sebak =(... )

Emak,

Semoga panjang umur dan sentiasa di murahkan rezeki.
Semoga sihat dan ceria sentiasa
Kite janji kita akan balas jasa emak suatu hari nanti.

I luv u so much Emak.! Mmuuahhhh

Saya sayang emak sangat2.
Emak yang bertakhta di hati saya.
Sampai bila-bila.

Pagi tadi, emak reply messsage saya. Emak cakap, I Love u too. Ahaks

Aidina Kahwen.

Owh, ya. Selamat Pengantin Baru untuk Aidinal Faezin. Classmate time skolah dulu. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Lepas ni, setialah kepada suami yang satu ea. Cepat-cepat buat anak. HAHAHA~

Sory Dyna, Mc Long tak dapat datang. Mc Long keje yang. Sory eyh?

=)

p/s: Ofis hour da habes. Nak balik da ni. Daa~

Wednesday, June 10, 2009

Kerja hari Ini

Salam...

Hari ini, kerja. Hari ini rasa tension. Hari ini part banyak problem. Even bukan aku punya problem pun, tapi aku kena call engineer and kena call dealer. Call engineer takpe lagi. Kalau call dealer, mati lar kena marah-marah. Dorang bukan boley. Nak engineer sampai cepat jek. kalau nak cepat, betulkan la sendiri. Senang. HAHAHA~

Alhamdullilah. Before call, bace ayat-ayat bagai, ayat kursi sikit, lepas tuh baru call. Dealer pon takda la marah ke ape. Tapi... Jap lagi hantar email complain yg engineer tak datang lagi. Haisshhh nak suruh dtg ngan flight kot?

Patut lar orang-orang muda sekarang cepat nampak kedut di muka. Cepat nampak tua. Sekarang aku da paham. HAHAHA~ Bila kena marah ke ape ke, kita kena senyum jek. Baru la nampak muda sentiasa. Ehemss senyum!

Eyh minggu ni nak kena pergi fac,nak kena update pasal LI. Agak2 Miss low kesayangan Juden tuh bagi tak? wakakakakaka lepas tuh nak pergi CITRA la bagai. Hari apa eyh yang sesuai? HUHUHU~ Rindu sangat dengan masakan melayu. Rindu makanan dekat 12th. Uwaaaaaaaaa

p/s: Banyak entry ada dalam draft, tapi mood nak bercerita tiada. Sory =(

Monday, June 8, 2009

Ceq Sue and her baby


Salam...
Owh ya. Since petang ni tak banyak sangat kerja, maka kerja tambahan adalah update belog. Hanya Tuhan saja tahu betapa aku rendu gilerrr dekat belog ni. Sekarang baru ada masa nak update Hiks =)


O.k. Sepanjang balik rumah kat KB ritu, banyak sangat tempat aku pergi. Takda lar pergi mana pon. tapi arrange reunion yang tetibe itu. HAHAHA~ Tapi sempat pergi rumah Ceq Sue yang baru sahaja melahirkan anaknya yang pada waktu itu baru jek 8 hari weyh. Pergi majlis cukur jambul anak dia. Ceq Sue tuh siapa? Gambar di atas la orangnya =)


Memula aku cam takot2 nak pegang baby tuh weyh. Aku mana biasa pegang baby. Da la baby tuh lembik lagi kan. Buatnya terpatah leher ke ape kan, Haisshhh.. Tapi bila lagi nak merasa pegang baby kan? Owh sila abaikan muka aku yang tak berapa nak siap tuh. Kena bangun pagi weyh. Lepas tuh, pakai shawl merempit ke rumah Mc Ja.

Call Dealer jap.

Hold On kejap. Tangan aku gigil2 ni. Sebab aku salah order part, lepas tuh kena inform dealer. Sesetengah dealer ni, baik dan dia boleh terima alasan kita. Sesetengah dealer lagi, belum aku sempat nak bagi alasan, da bising-bising. Macam tuh lar adat resam di dunia kan. O.k. Da tak gigil da. Sebelum call dealer tuh tadik, bace Ya latif. ya latif. Fuh, alhamdullilah.

Sambung cerita.

Ehemss ada gaya seorang ibu tak? Walau nampak agak kekok sikit, tapi maintain beb. Maintain. Ceq Sue cerita la pengalaman dia beranakkan baby ni. Sangat senang. Kira sekali teran jek, da keluar. Anak yang baik betul tau baby ni. Aku tak ingat nama penuh. Yang aku ingat, nama last baby ni Amjad. Amjad sangat chumel giler amat.


Rasa nak geget jek pipi budak ni tau. Kulit baby kan, sangat lembuttttttttt. Tapi Amjad ni suke tidur. Auntie Yanie datang 2 kali da, asek tidur jek tau. Last2, aku korek2 mata baby ni, dia bangun jugak. Takde la korek bebetol weyh. Cuba goyangkan dia, dodoi sikit. Hiks


Last pose from the mother and Auntie Na. Auntie Na koya. HAHAHA~

Na and Ja, aku rendu kamu. rendu nak hang out same2. Cepat2 lar alek KL weyh. =( Kata nak join aku and wanie swimming kat Hilpark ni? Hiks

Sekian.

p/s: Dugaan kerja ada bermacam-macam.

Thursday, June 4, 2009

X sukeee!

Kenapa KTM lembap pagi2? lepas tuh, jarak masa lambat plak tuh. 20 minit kot?

Kenapa Bus Rapid KL dari Stesen U ke Mid Valley pon sikit jek? Lepas tuh, kena tunggu lama2?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Cepat tua la aku macam ni.

Cepat mati pon ada.

Hari-hari mengomel, mau berbakul dosa.

DAMN!!!

p/s: kesian Juden kena tgu lama. Motif utama =) HAHAHAHAHAHAHA~

Wednesday, June 3, 2009

~ Cerita praktikal~

Salam...

Hari ke-3 menjalani Latihan Industri.

Di mana: Cheras
Berapa lama: 4 months
Dengan siapa: dengan Sue kutu dan Judeng
Makan apa: Makan kedai mamak hari2! =(
Perasaan: Penat giler namampos. letih. tired! Exhausted!

Erk x ley gtau nama company. Nanti kang company ni google kang, kuar belog aku, mampos kena sound ngan bos kang Hiks harusss la diam2 kan update belog dekat ofis =)) Jom gelak guling2.

Memulakan hari pertama bekerja pada ulang tahun kelahiran yang ke-23. Umur hanya sekadar umur sahaja. Hati jiwa raga semuanya maintain muda. Ahaks Pengalaman di tempat kerja yang takkan di lupakan sampai bila-bila.

Siyesly, setelah 3 hari bekerja, sangat x sabar tunggu hari minggu. Kerana? Nak tido lama2 di awal pagi. Setiap pagi, pergi keja dengan muka sembab. Wanie dan Dayu, ke dua-duanya merangkap rummate ku di rumah Pantai Hillpark ni, terpaksa la mengadap muka ku yang sembap super chumel ni ahaks Nak buat camne, terpaksa lah.

Me and Sue, duduk ofis sahaja. Juden pergi site. Juden kata, pergi site memang seronokkk tapi penat lar kan. Kata praktikal, kena la ikot kan. Cari pengalaman. Duduk ofis sometimes banyak kerja, sometimes takda sangat. Depends lar.

Pagi.

Bangun seawal 6.30 pagi. Mandi, solat dan bersiap-siap ala-ala tak siap mane.Kemudian, tumpang kereta Wanie pergi stesen U. Then, naik bus pergi Midvalley. Dekat Mid, naek komuter menuju ke Bandar Tasik Selatan. Dekat Stesen Bandar Tasik Selatan, Juden datang amek dan kami bersama-sama menuju ke company di Cheras yang berhadapan dengan Leissure Mall ini. Turun kereta, breakfast dekat gerai mamak depan company, company bayar RM2. Kalau lebey, tambah duit sendiri. HAHAHA~

Da makan, punch card, masuk ofis. Buat la kerja apa yang patut. Rahsia syarikat haruss di jaga. Takley cerita dalam belog. Ah, ilyanie poyo-poyo.

Tengah hari.

Lunch hour? Oley kerana dekat sini area company Cina, nak carik makanan halal agak susah lar. Hanya ada 2 buah kedai yang terdekat. Kedai ape? Kedai mamak! Damn! hari-hari kena makan kari. Semua lauk ada daun kari. Erk! mampos kena bertahan selama 4 bulan makan kari-kari. Cukup 4 bulan, habis kolesterol darah tinggi naik semua. Mati la camni. Tapi what-to-do? Owhhh T_______________T


Petang.

Juden hantar pergi KTM. Naik train, sampai Mid Valley. Then, naik bus menuju ke stesen U. Begitulah rutin sepanjang hampir 3 hari ini. Penat memang penat. Duduk Hillpark, kerja dekat Cheras. Hamek ko. HAHAHAHA~ Gelakkan diri sendiri. Menangis dalam hati.

Malam.

Penat. Letih. Tired. X larat. Tido awalllll.

Pagi esoknya.

Rutin di atas bermula kembali. Insyaallah, rutin ini akan di lalui selama 4 bulan sepanjang menjalani praktikal di sini.

Doakan kami mampu bertahan dan tidak tertekan. Setakat ini, macam semuanya still o.k lar kan. Enjoy jek. HEHEHE~

Faiz, cepat la datang praktikal dekat sini. Boley meramaikan suasana bangsa Melayu di sini. Asek ngadap mata speet jek sume Hiks

Sebab tuh la belog jarang berupdate. Bukan malas, tapi busy dan buat-buat busy HAHAHA~ If takda case and tak busy, aku update belog k korang? Ada ke yang nak bace? HAHA~

p/s: Belajar lah selagi mampu. Kerja penat weyh.

Monday, June 1, 2009

Selamat Hari Tua buat Diriku

Salam...

Tanggal 1 Jun 1986 yang lalu, lahirlah seorang bayi perempuan yang di beri nama Norilyani Bt. Hassim. Kanak-kanak riang yang chumel lagi menawan hati. HAHAHA~ Ayat tak ley blah. Kini, hari ini dan saat ini, maka genaplah umurnya 23 tahun. Umur hanya sekadar umur tapi rupa dan jiwa tetap awet muda. Walllaa~ =)


Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat
Hari Jadi Ilyanie

Selamat Hari Jadi


Allah selamatkan daku
Allah selamatkan daku

Allah Selamatkan ilyanie chumel
Allah selamatkan daku

Happy Birthday to me
Happy Birthday to me

Happy Birthday to ilyanie

Happy Birthday to me


Gila kesian aku kena nyanyi lagu ni sendiri sob sob sob

Harapan di hari jadi:

Semoga diriku sentiasa panjang umur dan murah rezeki
Semoga apa yang di impikan selama ini akan tercapai

Semoga lebih kurus lagi dan kurus dan kurus Aminnnn
Semoga apa yg di lakukan mendapat keberkatan dariNya

Semoga cepat-cepat dipertemukan jodoh Muahahahahaa~
Owh Tuhan kirimkanlah aku, kekasih yang baik hati, yang mencintai aku apa adanya. =)

p/s: Rindu rumah =(