Saturday, February 28, 2009

~ Beli weyh, jangan x beli! ~

***This is sticky mode entry,please scroll down for the latest entry. Thank u!!




Salam...

Uoolsss...Hari ni entry pasal jual beli. Saya hanya menolong kawan saya promote2 barang yg di jual di online boutiquenya.

Gambar2 jersi dalam entry ni, hanyalah sebahagian dari pics yg ada. So, nk tau lebey lanjut sila la tanya kepada owner butik tersebut yek.


Petikan dari londonsale.blogspot.com :


We bring you the most convenient way of shopping good quality, branded
merchandise from the UK without breaking the bank to fly there yourself
or being extra nice to your cousin, "Nurul', who is studying there. :D





There are some hot stuff all the way from the UK will be yours today!

Authentic and brand new ManUtd stuff for adults and kids.

Boley juga di hadiahkan kepada rakan2 as a birthday present. Nak beli utk diri sendiri pon boley. Jangan lupa klik2 yek. Jangan malu, jangan segan. Klik2 ea. No doubt! yuhuuu

Kalau bf anda, husband anda fanatik football, sila lar cepat2 browsing londonsale ni k. Kencang seyhh bisnes dia. i loikkeee!

Some of the designs are NOT AVAILABLE in Malaysia. What?? Ye ke? Wowoowowo

Teruja weyh. So, apa lagi? Sila Klik di link tersebut: =)




For your additional information, boutique ini adalah hasil perkongsian adik-beradik. So, barang memang original from UK la kan. Saya bagi jaminan 100%.

If nak tau lebih lanjut, sila klik sini.

http://emiralisa.wordpress.com/




Aiseyh.Hensem siot mamat ni pakai t-shirt ManU. tergoda ai..ahaks

Enjoy browsing and happy shopping!

Oppsss. Beli, jangan x beli okey.

p/s: If nak order, sila klik link di atas. Happy shopping guys! =)

LONDONSALE! GO! GO! GO!



Friday, February 27, 2009

~ Chop n Steak Kg. Baru~

Salam...

Kisah hari Jumaat yg lepas. Hampir basi sudah cerita ini. Oley kerana ramai sgt yg nak mengenali siapakah Judeng yg berjaya menambat hati dengan cara membawa ke tempat makan yg sedap2, maka aku publishkan juga entry ini. =)



Antara yang terlibat, Suelaiey. Memula nak ajak Che'Pa, tp dia homesick giler, teros alek Penang. Then, text Wan Rai ajak makan2, dia keje shift malam pulak. Nak ajak org laen, sume cam alek kg. Aku pon tatau nape mgu lepas ramai gile org alek uma. Semua homesick beramai2 ke? Xpe. xpe. Abaikan. Erk! Aku alek uma bulan 3 nanti. Yuhuuuuuuuuu!

Sampai2 jek, tempat penuh. So, kena cari tempat yg kosong la kan. Siap nk berebut ngan pakcik tuh lagi. Last2, kitorang duduk kat meja yg dalam ship tuh. Gile romantik la dalam tuh. Kitorang duduk2,waiter dtg amek order, pastuh tibe2 cam Judeng tergelak. Hik3... Sebabnya dia kata, "Er, apahal romantik gila tmpat kita duduk ni eyh?" ..HAHA~ Nak wat camne, u yg pilih tmpat ni yang. Kata ngedate ngan skandalss. Kan? kan?


Mula2, Susah jugak nk carik parking, sbb cam da ramai gila org dtg kan.Perot memasing da lapar. Er Pengakuan di sini. Sebenarnya, perut kenyang lagi sbb pukul 7 tuh sempat makan Laksa beli kat Pasar Malam Kerinchi. HEHE~ Sedap weyh. Laksa kuah pekat. nyum nyum nyum


Air Laici (banyak gila buah laici) + Tembikai + Apple jus

Da order semua, snap2 pics. Kata blogger tegar. Tegar x tegar la kan.Gambar blur2 ckit sbb nite mode kan. Tiba2, dekat atas kapal tuh, kat tgh2, ada org sorang mamat ni nyanyi2. Dia sorang jek la, nyanyi smbil main gitar. Sedap gila weyh suara dia. Aku teringin nak tanya, dia ada pergi ujibakat AF7 x? Suara dia lagi sedappp dari penyanyi asal lagu tersebut. Aku da lupa dia nyanyi lagu apa lar. =( Tapi siyes, suara memang sedap.Tip top. Harmoni jek dengar.



Garlic Bread. Rasanya biasa2 aja. x segarlic mana lar.

Then, makanan pon smpai. Muka semua macam da x sabar nk makan. Tunggu x lama pon. Kejap jek.



Fries. Sedap! Time makan x hengat dunia.Gemuk la makan benda alah ni. =(


Ni Judeng yang order.Chicken Chop. Besar gila ayam. Kenyang makan weyh. Harga RM 9.90.


Black Paper Steak Sizzling. Sue yang order. Berasap2 lagi time amek gambar ni. Time org tuh antar kat meja kan,semua org cam tgk kot meja kitorang sbb berasap semacam sizzling dia. HEHE! Sedapppppp! Harga da lupa lar brapa.


Owh ini saya yang order. Chicken Goldon Blue. Sedap weyh. Dalam ayam ni, macam ada cheese. Bila ko potong2 ayam tu pakai pisau kan, cheese dia meleleh2 melted gila. Aku makan dengan penuh nikmat. Memang kenyang gile la! Sedap! Sila la try ea. Harga RM10.90.

Owh lupa plak tujuan utama publish entry ini. Nak berkenalan? Wuwuwuuwwu. Balik dari makan2 tuh, terus aku on YM n tukar status. Dear Judeng! i luv u la sayang..Next time, Murni plak okey. Walalalaa =) . Harap tiada sesiapa yg menyerang saya. HAHA~

Mau lihat skandal itu? Jeng jeng jeng! sila lihat! =)


Owh, ini lah Judeng yg tersayangggggg! Nama sebenar Mohd.Izzuddin Ismail. Study Sains Computer, majoring in networking, classmate saya. Umur 23 tahun. Lahir bulan 10. bape hb x hengat. Thank u yang sbb bawak kitorang makan. HAHA~ Gedik di situ. Sape2 yg x kenal, n tertanya2 malam tuh, sekarang sila lihat gmbar ini.

Dieyla, Hananiey, ni la Judeng. HEHE~ Dia single lagi tp skandal da 4 okey. Saya no 2!

Sangat sporting okey mamat ni. Dia suka bawak kitorang makan2. Dia suke lanje org. Pujian penuh makna. Harap maklum.Sue nk amek gambar ni, dia siap control macho lagi. Cheyyy, ada hati nk pasang skandal lagi la tuh. Yang, kuota u da cukup 4 da key. Wakkakakaaa...

Okey. Time da abes makan sume, lepak2 la kejap kan, sambil nak menghabiskan saki-baki fries. Tibe2, mamat yg nyanyi tadik dtg kat meja couple selang 2 buah meja dari kitorang. Dia nyanyi smbil main gitar la kan. Befday bf dia, dia request abg tuh nyanyikan 3 buah lagu. "Happy Befday to u" , "Selamat Ulang Tahun, Sayang", dan "Kenangan Terindah".

Owh sangat sweet. Judeng teruja gila nk tgk aweks budak tuh. Not bad lar. Cuma yg sedih sbb dorang x share kek pon ngan kitorang.Teringin jugak kan. HEHE~ Aku kan, memang terharu gila kalo ada org request2 surprise ke hapa. Nasib baik bukan aku, kalo x, mesti aku da menangis keterharuan. Malu jek nanti. hiks



Time nak bayar. COmot da muka ku. hihi. Kena bayar kat dalam ship ni. Tertunduk2 aku masuk sbb nk amek gambar punya pasal. Total RM48++. Agak murah kan?


Cantek jek view kat blakang tuh. Boley nmpak KLCC, nmpak KL Tower. Nice kan? Kalau org tanya, pergi makan kat mane, kena la jawab, makan kat belakang KLCC jek. Wah, gtu! Kelasss...

p/s: Dalam mgu tuh, da 3 kali makan western food. Natijahnya, berat aku naik 2 kg!! What?? =(


Thursday, February 26, 2009

~ Sambungan PGL The Musical~

Suasana di Istana Budaya


Salam.
Cerita PGL x abes lagi. HEHE~ sambung ckit jek lagi k.


Dalam kereta, bincang2 nk turukan Pizol kat mane, Laz2 dia macam x jadik nk pergi tgk movie kan. Siottt.. Perut memasing da lapar. So makannnnnn!

Macam tatau nk makan kat mane. Pas tuh Cda ajak makan kat The Ship, kg. Baru. Aku da gelak2 da. HAHAHA~ Gelak guling2. sebab malam sebelumnya aku da makan kat The Ship tuh ngan Sue n Judeng. Tp sebab Qilah x penah pergi lagi, layan kan jek la. Mintak2 pakcik tuh x kenal aku. Kalau x, mesti dia kata, "Eh, smalam awk da dtg, arini datang lagi ke?" HAHA...Ntah pape. Agaknya pakcik tuh lagi suke aku datang ari2 makan kat kedai dia.

Kawasan parking kat Istana Budaya. Mendamaikan kan. =)

Da smpai tuh, macam x ramai org lagi. So mestilah cepat ciap menu kitorang order nanti. Ada la dalam 3, 4 ketul meja jek yg ada org. So, boley pilih kat mane2 jek yg anda nk duduk. Pilih punya pilih, duduk dekat area balakang. Dekat ngan air terjun.

Pastuh, order2 la sume smbil bergossip lagi. Non-stop! Macam lama x jumpa jek.

Then, x lama pastuh, makanan pon smpai. Ni Cda punya makanan. Cda makan Spaghetti. Dia kata biasa2 jek rasanya. Xdak la sedap mana. Pelik kan, cheese tuh macam x melted. Dia bubuh seketul2 macam tuh. Err, No Komen.



Lamb Chop! Pizol makan. Lama gila nk tgu dia abeskan benda alah ni. Bercakap x berenti2. Ada jek cerita dia hiks

Black Paper Chicken Sizzling. Ini saya punya ea. Sedap jugak. Kenyang giler makan. Time aku amek gambar ni, time tgh berasap2 lagi dia anta kat aku. Tertelan ailio tgk. HEHE~ tapi mashed potato dia macam pelik la jugak.


Ini Qilah punya. Lamb Chop. Sama macam Phyzol.



Air Tembikai Laici dan Carrot susu. Sedap! Harga air buah = RM2.50. Agak murah la kan.


Ni air honeydew +susu

Suasana tempat kami duduk, dekat ngan toilet. Sebab arituh da aim nk duduk cni. Suasana dia cam cantek. Ada air terjun bagai. Tp hazab la kan, dekat ngan laluan toilet. Xnk dok stu da lar.


Pizol yg bakal menjadik jejans sejati dalam masa 2 tahun lagi. 2 bulan adalah proses percubaan. =)


Pizol x suke gmbar ni. Dia kata, menyampah tgk Cda buat muncung. HAHA~ Kan da kata,Cda ratu muncung! hohoho Cda rampas takhta tuh dari ku.


See. Gambar kenangan. Pizol amekkan. Paling lawak, da nk balik tuh, g bayar sume, tibe2 Fara-D ngan kawan2 MRSM dia pon makan kat ctu jugak. Wah! Sehati sejiwa gtu. Ehehe time ni la,Pizol menggelabah cari beg dia. HAHA~ Nak amek gmbar punya pasal, smpai tertinggal beg kesayangan. Nasib baek ingat. Kalo tertinggal kat IB ke, kitorang tgalkan jek Phyzol. Tanak bawak dia.

Okey, tamat.
Da mantok. Nak tido lar.
Daa~

p/s: Teringin nak makan western food. William jommm. Tp tatau jalan. HAHA~



Monday, February 23, 2009

~PGL The Musical Terbaekkkkk!!~

Salam...

Hari kejadian : Sabtu , 3 p.m
Tarikh kejadian : 21 Februari 2009
Tempat kejadian : Istana Budaya
Misi: Menonton Puteri Gunung Ledang The Musical


Bertolak dari kolej pukul 12 lebih, naek bus sume smpai kat Stesen U pukul 1 p.m. Before nk pergi PGL ni, nak singgah rumah Yat dekat ngan Setapak kot eyh? hehe sebab rumah dia ada kenduri doa selamat. Mula2 macam segan nak pergi sbb aku ngan Qilah pakai jeans bagai kan, nk pergi kenduri. Macam x sopan la plak. Tp di sebabkan xdak wakil dari geng kami yg pergi, so nak xnk, da janji ngan Yat pon, kena la pergi walau hanya singgah sesaat cuma. Ewaahh!

Sampai kat rumah Yat da pukul 2. PGL show pukul 3. gila lar. sempatkan aje.hiks Makanan kat rumah dia sedapppp! Ada nasi, ayam masak merah, daging kurma, sayur kacang, cendol, rojak, dll. Aku makan tanpa kunyah. Masuk mulut, telan, masuk, telan. Erk! sebab da lewat punya pasal. Tumpang solat kejap, salam2 , terus tahan taxi ke Istana Budaya. Sangat x sopan. Jangan tiru eyh.Sory Yat, kami alek dengan tergesa2. hehe Thank you again. Aku admire gila ngan ayam masak merah tuh. Sape masak eyh?



Dalam taxi Cda da tefon2 da, bila nk sampai. Kita kena masuk 15 minit before show tuh start, kalo x nanti dorang akan seatkan kita bila ada break ke ape. x besh la kan. Dalam taxi, hati berdebar2 n asek tgk jam jek. Berdoa dalam hati mintak2 la sempat..wuuhuu Sampai Istana Budaya tepat pukul 2.59 !! Ramai jek lagi still berlegar2 kat lobi tuh. Erm jumpa Cda,n lari2 masuk. g kat pintu tuh, staff tuh tgk tiket n cakap, bukan level ni dik, adik turun, belah kiri ni, naik lif, tgkat 3, KAHKAHKAH~ Berangan nak masuk ikut pintu VIP.


From left: Fara-d, Cda, ilyanie, n Qilah

Dalam lif tuh, ada annoucement kuar, persembahan akan dimulakan dalam masa 3 minit. Sila matikan henfon anda supaya tidak mengganggu audio kelak. Bla bla bla... Cuak giler. 3 minit lagi? rasa nak terkencing jek. Then, smpai tuh, terus g kat staff dia n dorang tunjukkan kat mana seat kitorang. Tinggi gila wey. Macam nak menjunam jatuh ke bawah. tp view dia besh. Nampak sume! tq Fara-d sebab belikan tiket untuk kitorang eyh. HEHE~ Mmmuaahhh. sayang Fara!

Phyzol n Cda gediks. HAHAHA~ Sangat skandal, bukan lesbo eyh! Dorang amek gmbar ni time aku ngan Qilah g toilet. Show start pukul 3.10, then rest pukul 4.30 selama 20 minit. Pukul 4.50 sambung balik smpai pukul 6 p.m.


Our seat, G8-G11. Sebelum show tuh start lepas break 20 minit tuh,sempat la snap2 gambar sume.

Pas tuh, show start la kan. The ending part sume. Besh!! Cerah jek mata aku. Props kat Majapahit laen, pas tuh smpai Melaka , tukar pulak props, cantekkk gila. Sampai Gunung Ledang, tukar props lagi. Ada air terjun bagai. Cantekkkk! =)

Paling sedih part Mbok mati, dia bunuh diri sebab dia hidup hanya untuk mengabdikan diri kepada Gusti Puteri Radeng Dumilah. Lagi satu, part yg Tuanku Sultan sanggup nak bunuh putera mahkotanya sendiri. Tanda cintanya kepada Gusti Puteri. Sedihhh sangat. =(

Korang mesti x brape nk paham apa aku cakap kan? Ha, sila la pergi tgk. Erk ! Tiket ada lagi ke? Wakakkakaka. Kalau tiada, tahun depan kita tgk same2 ea.

Pas tuh kan, ada 1 scene tuh, Putera Mahkota. Budak lelaki kecil yg amat chumel.Petah berkata2. Scene budak kecik tuh dalam 2 scene jek, tp semua org macam suke gila kat budak tuh.Chumel giler.


Kami mengambil kesempatan mengambil gambar di board ini. HAHA~ semua masuk. Kenangan weyh. Nak jumpa salam2 ciyum Tiara semua, kena beli merchandise, bayar RM10.
From left: Fara-d, Qilah, Cda, Me, n Phyzol.


Nak jugak gambar ini. Sangat beratur yek nk amek gambar ni. Sebab masa ni tgh tunggu pelakon2 teater tuh keluar, so sume membuang masa di lobi mambaca artikel pape yg patot n amek2 gambar. Muka da berkilat, malas nk edit2. hiks


Time amek gambar ni, ramai gila weyh tgk. Malu! Senyum pon cam kelakar...hiks
Konon Qilah nak amek sign AC Mizal, tibe2 Phyzol nak alek sebab kakak dia da belikan tiket nak tgk movie Upin n Ipin. Boley x? wuuwuuwuu Kitorang nak amek gambar pelakon tuh wey, tp apakan daya, demi Phyzol, kami ikot kan aja. Balik tumpang kereta Cda.

Tiba2 dalam kereta, Phyzol macam gedik x gedik, macam x jadik plak nak tgk movie. Dia cam burnkan aje tiket movie tuh. Siiot la ko Phyzol eyh. Hancur punah harapan ku nk jumpa Tiara. =( Ko dapat gaji nanti, haruss blanje weyh!


Ni pintu gerbang nak keluar. Istana Budaya sangat cantek. Nanti nk pergi lagi lah. Saya sudah jatuh cinta kepada teater! Walaweyh.. Besh gila. Aku bagi 15 bintang. X rugi habiskan duit tgk PGL The Musical Sebab jalan cerita dia besh,props dia menarik,cantek giloo

p/s: Entry ini di tulis berlatarbelakangkan lagu Suatu Hari Nanti from PGL the Musical!

p/s lagi: Aku dan Cda tengah angau lagu2 dalam PGL The Musical ni. Tapi lagu tuh hanya boleh play kat imeem jek, nak download x boley. Sape tau lagu PGLtM ley download kat mane lagi eyh? Nak weyh. Nak...


Selamatkan lah Majapahitku
kisah dua jiwa di kemuncak yg teragung

cinta dan setia
pengorbanan kayangan menggunung


Duhai Maha
Siramilah jiwaku yg dlam kekosongan
Penantian bahagia
Di tanganmu aku telah berdoa
Tiap helah nafas hayatku

~Derma darah Di Audi, KPS UM~


Annoucement!!

Saya mewakili warga2 yg bermurah hati ingin membuat annoucement di sini.

Kepada sesiapa yg berasa terpanggil untuk menderma barang sepeket dua darah yg mengalir di badan anda, maka bace lah notis ini dengan hati yang terbuka. HEHE~


National Blood Donation(NBD) dari Fifth College, Universiti Malaya akan mengadakan satu kempen derma darah selama 3 hari.

Butir-butir kempen adalah seperti berikut:


Tempat: Auditorium, KPS, UM

Tarikh: 23-25 Feb 2009


Hari: Isnin hingga Rabu

Masa: 10a.m - 5p.m


Di harapkan anda boleh datang menderma darah.

A drop of blood,an ocean of hope!

Setitis darah, sejuta harapan...


tq =)

Owh menderma darah adalah salah satu hobi kegemaran saya. Lalalalaa

p/s: Jom weyh! Aku nk g ari Selasa. Jom jumpa2 di sana. HEHE~


p/s: Nanti2 akan keluar entry londonsale, sesiapa berminat barang2 original from UK, nantikan! =)


Saturday, February 21, 2009

~ Dear Chenta Hati ~

Dear Chenta Hati,

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu



Happy Anniversary to u n me.

Telah banyak dugaan dan cabaran yg dilalui semenjak diri ini mengenali kamu, begitu mencabar perjalanan kisah chenta kita. Akan ku titipkan di dalam diari hidupku.

Semoga panjang jodoh dan berkekalan hendaknya.

Terima kasih kerana buat saya rasa bahagia di sisi kamu.

And again, Selamat ulang tahun sayang. I luv u.

Almost 1 year n still counting. Alhamdullilah =)

p/s: Entry ini dipublish pada 21.02.2009 pada 2.21 p.m

~Selamat ulang tahun sayang~

Salam...

Juz wanna wish my BELOVED adik tersayang:




NORHIDAYAH BT. HASSIM


HAPPY BIRTHDAY TO U

SWEET-19

SEMOGA PANJANG UMUR DAN MURAH REZEKI

Dia la adik tersayang saya. Erk! Sape jek lagi adek aku kan? Dia jek la.

Suka panggil aku moncit. Mana ada. Padahal perot aku kempis apa. HAHA~

Memiliki mata yang agak sepet. Sangat manja dalam keluarga.

Masih belajar di Uitm Machang dalam jurusan Statistik. Suke cakap Machang tuh x besh. HAHA~ Nasib la rezeki ko dok kat ctu.

Kekalkan pointer kamu yg sangat terbaik dari ku itu. Rajin2 belajar,semoga lebih rajin dariku!

Kekalkan keputihan dan ke-amoi-an kamu, supaya x jadi hitam. Jangan main panas,nanti cepat selesema.

Semoga menjadi adik yg baik dan x buli aku selalu. Semoga jugak menjadi anak yg solehah kepada ke dua ibu bapa dan di rahmati Allah sentiasa.

Semoga cepat matang dan tidak ke-kanak-kanak-an lagi. Selamat belajar memasak di umur yg masih muda lagi. Selamat belajar cara2 nk bawak motor sbb nanti boley la suruh mak beli motor baru lagi.



Dan semoga kamu sayang saya setiap hari. Sebab saya sayang kamu sangat2 walau tidak di ucap dengan kata2 kerana ia lahir dari hati ku yg suci murni ini. Luv u sayang =)

Adik saya sangat la manja dalam family. Kira kalau dia x alek weekend tuh, mesti mak n abah da tefon2 da, xnk alek ke? HAHA~ See. Mereka sangat sayang kamu lah bukan. Owh saya jelesh di situ. Nasib baek ko dok kat Machang jek, kalau dok kat Shah Alam nanti, tatau la camne weyh.

p/s: Nanti ai alek bulan 3, ai bg u hadiah ek adeq cayang...Mmmuuaaahhh! =)

Thursday, February 19, 2009

~ Makan2 D'Strawberry Field~

Salam...

Pertama sekali, nk mintak maaf la kalau ada sesiapa yg tgh lapar ke kan? HAHA~ Makan2 ni terjadik pada hari Selasa yg lalu. Dalam tgh hari tuh, Sue msg aku, tanya aku da makan ke belom, aku jawab la, aku x lunch lagi. HEHE~ Bajet nk diet ke apa la kan. Sekali Sue ajak g makan, aku dgr jek nk g Strawberry Field, teros rasa teruja nk pergi. Da lama da Sue cakap Tomyam dia sedap gila. Terkecur ailio aku dgr weyh.HUHU~



Kitorang memang camni. Kalo ada jek tmpat makan baru, pasti akan diterjah satu hari nanti. Dalam kepala, ligat jek pikir nak makan kat tmpat mane yg besh. Siap list bagai. Kalau da pergi, harus la tick kan. hiks x pernahnya nk pikir purse da semakin kempis ke apa. Eyh, tp mak cakap, habes duit utk makan tak apa. Kira okey la kan.



Intan abes class pukul 3 lebih camtuh, n Azim pon nk join. So, pergi la 2 kereta.Intan yg hot stuff tuh, naek keta ngan Azim.HAHA~ Kitorang berempat ni, naek kete Syarq. Pusing 2 kali jugak la nk carik parking tuh.


Syarq n Intan

Sesampai jek, perot memasing da kelaparan. HUHU~ Dan2 tuh, bley plak kedai tuh nak aleh peti ais bagai la kan. Dia kata, order air jek dulu, pas tuh jap g baru order makanan. Kena tgu sejam. Uishh da la cam kelaparan giler tp sbb nk makan punya pasal, tgu jugak lar. Sume minum x hengat, nk ber shake2 jek. Minum air jek da kenyang kan?


Bukti staff dia tgh alih peti dari area belakang ke kedai sebelah tu ha. Nak wat ape ntah.


Konon2 tgk menu, banyak gile menu. Sampai x tahu nk makan yg mane satu. Tp dalam kepale memang da set nk makan tomyam! Yuhuuuu


Kitorang order air chocolate milk shake 3 + watermelon ice blended + strawberry milk shake + lime juice blended. Kira ada bape pasang peace dalam gmbar ni. Peaaceeee!


From left: Azim dan saya

Woii sape cacatkan gambar ni? Baru jek nk posing2 manja ngan Azim. kan Azim kan? Intan jelesh. Siap ber peacee bagai. X ley tgk org laen bahagia lgsung Wahahahhaa

Tengah2 minum air tuh, tibe2 awan Dania mendung semacam. Dan2 tuh terus kilat n ribut2. Memang macam ape lar. Board menu kedai tuh jatoh, daun2 n habuk masuk mata. Kuat betol angin. Sume pasaan cam takot tp cool jek HAHA~

Hujan pon turun dengan lebatnya. Berakhir sudah angin Tsunami tadi. Tibe2, dalam keadaan hujan lebat tuh, Azim tepuk dahi. Adooiiiiii!!

Azim pon teringat yg dia ada jemur kain. Aku terbayang, seorang jejaka berkemban pakai towel, memberus baju di pantry. Chumel kan? tp dia basuh pakai washing machine ajo. Waaaaa basah la kain dia. Da la banyak gile kot. Kain untuk 2 weeks. Rezeki ko Azim, kena basuh 2 kali..hik3


Time ujan ribut petir angin kuat bagai, sume cam pegang gelas memasing. Takot gelas pon terbang HOHO~ Kenangan itu takan di lupa. So sweet...

Lepas tuh, org tuh amek order n tgu la dalam 20 minit jek gtu. kejap ajo dia da siapkan. Very the pantas tau. I loikeee =)


Ni Yat punya.Fish and Chips. Not bad lar.

Azim makan ButterCream Spaghetti, dia kata sedap. Layannn jek la. Sue makan Nasi ngan Ayam sweet sour. Boley tahan jugak la.

Tapi gmbar tuh ada kat henset Sue la plak.Sebabnya enset Syarq memory da full.Hadeyh!

Aku paling admire betol dengan tomyam dia tau. HUHU~


Wahahahha ini yg di tunggu2. Bihun Tomyam! Sedap gile beb. Ada udang, mushroom, sotong banyak gila. Pendek kata, memang sedap namampos! Da la banyak, kuah tomyam dia plak pekat, terhirup2 aku smpai tergeget cili api. Memang berbaloi. Harga sangat berpatutan.

Owh lagi satu, kedai ni Grade A okey,. Aku da check da. Bersih! =)

Sape peminat tomyam n mi kari, aku memang suggest try la pergi sini weyh.

Tamat la sesi makan di situ. Kami pon pulang ke rumah masing2.

p/s: Malam esok ada ngedate ngan Judeng. Bersama wife no 3 nyer, Sue. Wife no1 dia keje, wife bongsu dia alek Penang. Gila ah Judeng, Hot Stuff! =)