Thursday, April 30, 2009

Khamis yang bosan

Salam...

Semalam telah pergi ke Bukit Cinta, jalan-jalan menghirup udara segar sambil menskodeng orang berdating HAHAHA~ (Bukit Cinta adalah di dalam area UM, antara Kolej 8 menuju ke Akademi Pengajian Islam, kan ada bukit kan? Ha, tu di panggil Bukit Cinta.Sebab? Tanya la senior sendiri) Lepas tuh, bergambar 2 3 keping. Lepas tuh , balik sebab da senja. Tak manis di pandang orang melihat anak dara terkedek2 pulang senja.

Lepas tuh, ter-stuck dekat depan Kolej 10. Sebab? Banyak gila monyet2 yang belum pulang ke hutan! Ciss buat adrenalin naik jek. Seram giler. berdebar2. Peluh menitik2 hanya Tuhan jek yang tahu. FYI, monyet2 kat sini bukannya manja okey, tapi ganas amat. Silap2 dia boley melompat kat atas ko. Lepas tuh, cakar-cakar ko. Owh scary gilerrr. Pergi depan sikit, bapak besar monyet tuh. Lama kot tunggu jek segerombolan monyet tuh pulang ke tempat asalnya. Lepas tuh, ada lagi 7 8 ekor yang tak reti hahasa nak balik. Kami dengan tidak sabarnya, terus lari-lari ayam. Takot kena terkam ke, kena kejar ke kan. Takot siot. Nasib baik tidak di apa-apakan. Fuh, alhamdullilah.

O.k. Cerita Khamis pulak.

Hari ini sangat kuciwa gila amat. Oley sebab bulan mengambang, maka telah kunci jam pukul 7.30 pagi. Sebab nak pergi makan nasi lemak DM yang super sedap itu. Konon nak makan buat kali terakhir la kan? Akan tetapi, tangan gatal pergi tutup alarm clock tuh. Siottt! Sedar2 jek da pukul 9. Dah terlambat. Adeyhh ! Sedih betul. Rasa sedih amat. Sampai nk cuci baju pon malas tau. Uhuks Tak apalah. Tak ada rezeki kot? =(

Sebagai pengubat hati, petang ni kena pergi IKEA pergi makan meatballs dia. Oh,my~ Lama giler da kot mengidam meatballs yang orang kata sedap sedap sedap. Tak sabar nak tunggu dorang abs exam Network Design petang ni. Korang! Buat betul2 tau. Final paper ni. Good Luck! =) Hihi

Then, mungkin bertambah sedih gila amat sebab tak dapat pergi OIAM. Ingat nak pergi dengan Syarq ngan Sue. Lepas tuh, mak Syarq tak bagi keluar rumah. Boley jek nak naik train, tapi nanti nak pergi Stadium nanti, sume macam Arrrhhh! susah jek. Ajak Juden,tapi dia ada hal ngan parents dia plak. So,decide dengan hati yang maha kuciwa, tak jadi pergi. Aku nak pergi nak sokong sape? Nak sokong TOMOK la weyh! Dari Form 2 kot aku minat giler dekat Newboyz.Okey, gelak lar kalau nak. gelak gelak.Wakakkakakakaaa Tomok! Kenapa saya hantar surat dekat awak,awak tak pernah balas ea? HAHAHAHHAHAHAHAH~ Gelak besar!


O.k2. Nak kemas barang-barang pon da takda mood tau. Burim lar. Rasa macam sedih plak nak tinggalkan kolej ni. 4 tahun kot aku di sini. Tempat jatuh lagi kan di kenang, ini kan pula tempat...


O.k. Selamat berhujung minggu semua. Dan juga Selamat Hari Pekerja. Dan juga Selamat Datang May 2009! Good Bye April.

Selamat pergi Cameron wahai wanita itu. Nanti jangan lupa bawak balik Strawberry untuk ai tau. TQ

p/s: Kalau kita ingat dekat orang, tak semestinya orang akan ingat dekat kita. Ingat! Ingat!

Paper DS

Salam...

Okey. Paper DS, iaitu Distributed System pada hari Monday yang lepas adalah%*$%$#*&%^$*%$#% OMG! Giler susah namampos. O.k. Saya tak mencarut. Cuma meluahkan perasaan dalam bentuk symbol! HAHAHA~ Aku hampir gila dan rasa nak bunuh diri sebab paper DS ni. Unexpected question. Dalam hati macam da ley agak,tapi tapi ntah lar. Susah giler siott...

Start pukul 11.30 p.m. Paper ni 2 jam. 24 marks theory, then 26 marks programming. First tgk name list, nama ada kat MM4. Then, bila masuk, baru jek nak tulis slip kehadiran, Dr.Phang tanya siapa yang tak ambil Network Management.Sebab student yg amek, dia bg lebey masa, sebab paper tuh pagi tadik, so bg chance lah lebey masa. Kami bertiga, aku Syarq dan Intan yang terlalu jujur ni pon angkat tangan. Dia suruh pergi lab MM6. sebab lab tuh macam da crowded gilerr.. Then, sengal tak sengal, takda dari sorang antara kami bertiga ni yang tgk soalan!! Damn!! Kenapa tak tgk? Soalan depan mata kot. Tak selak pon.Haihh! Jujur betul. Kalo tak, boley da kuar , dan tgk2 nota sikit kan. Ahaks Nampak sgt niat tak baik. Hampa betol.

Duduk dalam lab adalah amat sengsara. Lepas da jawab almost 2 hours, da tak tahu nak buat apa da. Nak goreng? Nanti salah plak. Last2, tengok soalan theory, tambah mana patot. Lepas tuh, tgk coding, then, scroll mouse ke atas, scroll bawah, scroll atas balik. HAHAHA~ Macam ape jek. Then, submit!

Then, lepas da abis tuh,ada la nampak beberapa orang muka macam nak nanges. Ada muka yang happy, confirm ah boley jawab tu. HAHAHA~ Muka aku? Toksah cakap la. Rasa nak minum racun jek time tuh. Nak nangis? Mana boley. Control2x. Tahan HAHA~


Then, malam tu YM dengan Suwari. Ehemss ada orang tgh meremang bulu roma. HAHAHA~ Suwari siap cakap lagi. If wari kena repeat, boley balik jumpa McLong lagi. HAHAHA~ See? Wari yang gile terror pon cakap macam tuh? Apatah aku yang tak reti ape2 ni? Sedih weyh. Wari da alek Sabah. Wari yang baik hati giler pandai itu. =(

Ah, lantak kau la subject DS ni. Malas aku nak pikir. Apa akallah bagi soalan susah sangat,sampai otak x ley nak berpikir. Sakit kepala. Tak apa. Cuma berdoa dan berharap yang baik2 sahaja. Dia kasik lepas pon, da cukup alhamdullilah. Da la carry mark ntah pape. Oh, takotnyerrr. Tanak pikir benda yang bukan2. huhu Okey. Mulai sekarang, kena tido awal. Sebab malam karang, kena bangun and solat hajat serta solat sunat tahajud. Mintak petunjuk dari Allah s.w.t. supaya lembutkan hati lecturer yang check paper tuh. Fuh.. Aminn =) HAHAHA~ Kan da cakap, otak aku da senget.

Sampai malas nak update belog. Arini baru mood tu datang balik. Tu pon sebab da tak tahu nak buat ape da. Aduhhh! Hidup semakin membosankan. Dan boley tak kalau org tuh tak dengki dengan aku satu hari pon takpelah. Penat lah hidup kalo orang asyik dengki jek. Pelik kan? Ko tuh lagi cantek kot dari aku, tapi tetap nak dengki dengan apa yang aku ada. Heran betul. Sampai invi kat YM,konon nak menyorok. Ingat aku tak ley detect? Hack karang baru tahu. And I know, u read my blog. TQ! Hiks

Oh, hati mesti baik. Biar orang buat jahat kat kita, jangan kita buat jahat kat orang. And 1 more thing, kalau kita jahat sekalipon, jangan sekat orang nak buat baik. Waalalalalal~ Ting!

p/s: Jommm makan meatball IKEA. Yuhuuuuuuu =)

Sunday, April 26, 2009

Final Paper DS

Salam...


using System.Collections.Generic;
using System.Text;
using MPI;

namespace RingToken
{
class Program
{
static void Main(string[] args)
{
using (new MPI.Environment(ref args))
{
string msg = "Hello to ";

Intracommunicator comm = Communicator.world;
if (comm.Rank == 0)
{
msg += "all";
Console.WriteLine(msg);
}
comm.Broadcast(ref msg, 0);
for(int i = 1; i
{
if(comm.Rank == i)
Console.WriteLine(msg + " from rank " + comm.Rank);
}
}

}
}
}



====================================================================

Salam...

Ape code kat atas tuh? Entah. HAHAHA~ Hafal jek. Ada yg paham , ada yang tak. Blur blur.
Tika dan saat ini pon tengah paham2 kan. Sumenya pasal MPI.net. Subject? Distributed System. Sistem Teragih. Rasa nak pecah jek kepala study subject ni. Hadoi...

Oh,by the way, tomorrow will be my final paper in UM. Me n rakan2 lar kan.Erm I hope so. After this, no more paper plzzzz. Da tak larat da. HUHU~

Guys, wish me luck k? Doakan kejayaan I dan rakan2. Hope everything will be okey. Sangat mengharap doa dari anda semua. Cukup-cukup la belajar subject ni. Tepu da otak. Cececeyy Hiks Susah weyh. Sape terror? Esok nk tiru! Astagfirullah...

Thank u guys.

Good Luck everyone!

Sue, Syak, Intan, Yat, Judeng, Baya, Wari,Azim, Azahar, Firdaus, Ayep, Wan Nazirul, Faris,Faiz Latiff, Fuad, Renuga(HAHA) ada lagi ke aku x sebut? Sory Hiks Good Luck weyh! Buat betul2. Ni final paper. Fight till the end k! Luv u guys...

N Good Luck again.

=)

Oh, ya. Salam perkenalan dan Welcome to Azlan Abas! HEHE~ Darlingsss. U da terjah belog ai ea? Kantoi lar.Adeyh. Da xley nak ngumpat2 da kat sini. HAHAHA~

Bye.

p/s: Esok exam. Neves neves... huhu~

Friday, April 24, 2009

~Message Friendster~

WTF! %%@(&^&%@*@*(^@##%#

Astagfirullah! Statement di atas bukan aku yg cakap.

Aku bengang betol lar ngan sorang mamat ni kan! Aku add dia kat FS, then aku tak tahu pulak dia reject request aku tuh.
Eyh Hello? If ko tuh bukan bf kawan aku, takda maknanya aku nak add ko. Dan silapaku jugak, pergi add dia. Kesilapan yang besar. Even perangai aku menggeletiks ke, menggatal ke, takda aku lapar kat ko lar.

O.k for me fine lar kan if u taknak approve request ai. Then, bagitau lar elok2. N Hello? Hello? Memang ai tak study kat oversea pon okey? tapi tapi, ai still punya adab dan kata2 yang sopan. Kalau pergi oversea tapi mensumpah seranah macam ni, buat malu mak bapak jek okey? O.k. I am proud to be Malaysian okey? Dan proud jugak sebab study kat UM, dan proud jugak sebab takda mencarut2 macam u la.

Aku bukan ape. kecik betul hati aku bila orang cakap aku macam tuh.Kecik hati yang amat sangattt! Bayangkan dat gurl is my best friend? Then , bila bf dia cakap camtuh, apa ko pikir? Takyah pikir pape. HAHAHA~

I dont know if u read my blog ke tak. Tapi if u tersinggah kat sini, Sory if ai disturb your life ke ape kan? And one thing for sure, i know my self, and I know who am I. Aku sentiasa sedar diri aku siapa! Aku traslate sebab takut ko tak paham. N I Luv my agama, Islam!

Sedih betul ada orang macam tuh. Kalau tak buat kawan pon takpe. Takpe. At least, aku tahu. Tak semua orang baik2 macam my Jimbariannsss. hahaha~ Sempat puji geng sendiri tuh. yelah weyh. Dalam kepala otak,assume semua orang macam baik jek kan? Tibe2 termuncul orang keji2 sikit, terkedu la kejap.

Perkara paling menyesal malam ni: Pergi add dia. Sumpah menyesal! Sampai mati pon aku taknak da add ko.


Then, pergi ngadu dekat Sue. Kekaseh songsangku HAHAHA~ Dia cakap, lantak la apa orang nak kata, janji kita bahagia. Sebab kita ada adab kita, sopan kita. Jangan jadi macam dia. Sebab kalau kita pergi ikut perangai orang cepat perasan ni, nanti kita jadi giler perasan macam dia. Kalau hensem, takpe jugak. Opsss nyah! HAHAHA~

p/s: Sory. Entry ini berciri kecewa. Sebab aku pasal kawan, memang sensitif sikit. sangat sensitif yang amat. =(

~Kisah Si abang~

Salam...

Semalam niat di hati nak diet ke ape, tak tahu lah. Tapi selera betul2 tidak ada. Tak tahu kenapa. Mungkin sebab exam kot. Then, makan jer la roti perisa Blueberry. Sambil makan roti, sambil si adik message abangnya, message2 manja mengadu.

Ehem dan secara magicnyer, semalam abang ada hantar makanan kepada adiknya. Hihi seronok weyh ada abang. Ko ada abang? ada? ada? Takda kan HAHAHA~ Kecoh jek. Macam la dia sorang jek yang ada abang kan?Hihi Aku takdalah mengharap ke apa. Tapi dia nak datang, aku ON aje.

Setelah pass apa yang patot,si abang berpesan kepada adiknya." Study betul2. Jangan main2. Jangan sibuk bercinta.Jawab exam betul2. Jangan malas2. Nanti ko da keje, boley la aku pow ko pulak.(eyh eyh belum aku keje, da ada hati hiks). Eyh ni kan last paper ko? Ala paper yang ko tahun lepas tuh tut tut tut tut! " Ciss sempat lagi kutuk aku tuh HAHA~ Malas nak cakap kenapa. Memeritkan betul.

Tapi tak apa. Sebab abang da menggembirakan hati adiknya, maka si Adik akan belajar bersungguh-sungguh. Walaupun dalam hati malas amat sangat. Dan si adik sempat jugak pow duit gaji abangnya. Hihi ye lah weyh, dari dia abeskan duit kepada aweksnya, maka lebih afdal bagi adik dia wang saku.Seronok betul ada abang ni.

Terima kasih abang. =)


Watak yang tersebut:

Si adik --> ilyanie, aku lah tuh.
Si abang--> Abang kandung aku la weyh. Bukan abang swasta or kerajaan ke ape. Abang sedarah sedaging. Ewahhh

Sebagai kesimpulan, saya sayang abang saya. Hihi

Uish Kenapa eyh? Kalau paper last kan, mesti terasa malas giler. Kenapa? Kenapa? Sebab dalam kepala otak da pikir nak berjimba Hihihi tapi serius weyh, takda mood betul nak study. Kenapa ntah.Mintak-mintak la mood nak study cepat datang.

Owh ye, lagi satu kan, kat kolej aku ni kan, sume tempat macam da tak aman nak study tau. Kat bilik pon rasa mantok jek. Kalau pergi dekat bilik study yang dekat ngan B400 tuh kan, penuh ngan budak API. Okey, fine la kalau kau nak berdiscuss ke hape kan, tapi boley x respect orang laen yang nak study dekat situ jugak? Boley x discuss dengan memperlahan kan suara? Boley tak gunakan kemudahan yang ada bersama? Boley tak kau jangan anggap bilik study tuh mak bapak ko yang punya? Boley x? Lu pikir la sendiri weyh. Macam ko sorang jek yang nak exam. Menyampah betol!

O.k. Tarik nafas.Hembus. Lupakan kisah menyampah.

Erk esok akan ke Kerinchi sekali lagi. Akan masak-memasak. Ceyy padahal bukan aku yang masak. Puan Suhaila yang akan memasak.eyh Puan ke? confuse2. HAHAHA~ Aku akan menyibuk buat cocktail aje. Nanti aku upload cerita tuh eyh?

Sekian. Pergi study semua. Wish me luck too. Neves. Neves ;p

p/s: Best tau ada abang. Ko akan rasa macam protected giler. Siyes!

Sunday, April 19, 2009

Thesis dan penghargaan

Salam...

Kembali lagi setelah hampir 2 minggu kot tak berupdate. Sejuta kemaafan di pohon. Bukan apa. Menumpukan sepenuh perhatian kepada thesis yang terchenta! Ewahh! Dalam hati, memang bernafsu betul nak hapdet blog. Tapi bila pikir alek, oh thesis tak siap lagi, terpaksa melupakan blog buat seketika. Tidur pon tak teratur. Malam plak termimpi2 thesis. Oh, my~

Anda jangan tak tahu, jangan kecil hati, aku selalu terjah belog korang weyh. Setiap kali ada entry terbaru, aku bace, cumanya tak sempat nak komen la kan. Rindu betol dekat belog(bak kata Hanis Zalikha).

Sebenarnya, kat sini nak tempek wish2 yang sempat di capture pada malam sebelum viva. Tarikh daku viva adalah pada 14 April 2009, Selasa. Jadual cakap pukul 4.30, and aku adalah orang last sekali yang di viva dekat Lab MM2.

Dan secara jujurnya aku cakap, viva aku sangat tenang. Da takda neves2 da. Sangat di permudahkan segala-galanya. Aku tahu, mungkin ini berkat doa dari ibu bapa dan rakan2. TQ guys.

Dan malam itu, YM semua orang berpesta wish Gud Luck sana sini. Sempat aku capture. Saja untuk buat kenangan. Hihi. Saksikan!



Lepas letak status macam tuh, semua orang macam BUZZ aku dan wish Gud Luck. Makin la aku cuak kan? Hiks Takpe. Doa dari rakan-rakan itu penting.


Masih ingat lagi hari Selasa itu, hati berdebar-debar, tangan terketar-ketar, makan x lalu, tido x lena. Semua penangan viva thesis. Oh, ya! Sebutan viva adalah vaiva! Budak Sains Comp paham la kot eyh? Siyes weyh, dari pagi tuh, aku masih bertungkus-lumus sampai lah ke tengah hari. Then, bila da pukul 3 lebih tuh, aku gerak g fac. Dalam hati, semua doa di baca. Mintak petunjuk dari Allah s.w.t. dan mohon di permudahkan segala urusan. Sampai lab, on PC, get ready untuk di viva. Muka time tuh toksah cakap la. Memang takda darah da kot. Then, aku di viva pada pukul 5 lebey kot? Lama giler tunggu. Pas tuh, panel tuh cakap ada lagi benda dia nak suruh tambah. Then, dia kata, hari Jumaat reviva okey! Dalam hati separuh lega, sebab system macam da o.k, cuma kena tambah part recognition.

Lepas habis viva, hari Selasa malam, pergi makan2 release tension dekat Secret Recipy. Nanti lar update cerita tuh. Hari Rabu, berjimba tgk wayang kejap. Hari Khamis barulah tekun nak ngadap thesis.

Hari Jumaat. Hari yang di nantikan. Viva pukul 10 pagi. Mula2, Firdaus dulu kena viva, then budak Indian tuh, then, baru la aku. Lepas panel tuh tanya2 dan suruh buat apa yang dia suruh tambah2, dia pon kata, "O.k lah. Tu jek. Cukuplah tuh. Saya pon da penat HAHA~ Nanti akan ada future enhancement bla bla bla". Lepas tuh, dia g kat budak sorang lagi. Aku pon tanya lar, er saya da o.k la kan? Da tak viva da kan? Da abes la kan? Then, dia kata, O.K. Da habis da. Terus senyummmmmmmmm meleret! Yeahhh! Sume kesengsaraan sudah tamat! Yuhuuuuuuuuu! Dalam kepala,Alhamdulillah. Jimba jimba jimba. Astagfirullah. =)

Dan ini wish untuk hari Jumaat. Sempat capture pada Khamis malam tuh. Suke sangat tgk. Macam ramai sangat mendoakan kita kan? Hiks



Lepas tuh, Syarq ingatkan aku viva petang, dia wish agak terlambat sikit. Hiks da tgh hari aku alek tuh, nampak wish dia. Chumel betol tau.



Ya Allah! Perit jerih menyiapkan thesis hanya Tuhan saja yang tahu. Setiap kali rasa down giler, pasti akan ada rakan2 yang menaikkan semangat kembali. Air mata tidak pernah lekang dari pipi ini. Air mata akan mengalir hampir setiap hari, setiap malam, sebab terlalu tension dan stress yang amat sangat! =(

Lepas tuh, hantar msg dekat Mak. Mak cakap, boley tuh! Yakin. Jangan kata susah, mesti boley buat. Kata-kata mak terngiang2 di telinga. Dalam hati berazam, taknak kecewakan mak ngan abah. Sebab dorang da banyak berkorban untuk aku. Hanya kata2 itu yg buat aku Go Go Go ilyanie! u can do it! Yeahhhhhhh! Pemangkin semangat yang paling utama adalah abah dan emak. I love u! Love amat sangat! Fight to the finish!

Ucapan terima kasih jugak di tujukan buat My Jimbarianssssss, Sue, Syarq, Cda, Hananiey, Intan, Yat, Che Pa, Wan Rai dan mereka2 yang banyak memberi sokongan dari segi mental dan fizikal.
  • Hanan --> Dia suka BUZZ kat YM, and bagi a big hug.Lepas tuh,suke cakap u can do it Mc Long. Lepas tuh, suruh fokus n blah. HAHA. Chumel giler tau. Kasik gegak gempita ini dunia!
  • Suelaiey --> Siap lukis2 kat kertas dan cakap All The Best, u can do it! Nanti boley la berpoya2 dgn aman, kutu kita pon boley mati sama2. Sue ni kat rumah tak tahu nak buat ape sampai mati kutu!
  • Syarq--> Even dia suke mencuakkan aku, dia tetap bg sokongan suruh siapkan. HAHA~
  • Cda--> Siap ajar aku camne cara-cara tanak tido 3 hari. Lepas tuh cakap, dia yakin aku boley buat. Sangat membagi keyakinan kepada aku. Thanx dak Mini! hiks
  • Yat--> Suka bg sokongan kat YM. Chaiyok2x!
  • Intan --> Bagi sokongan yang tak berbelah bahagi jugak. Dan pasal asimen tuh, TQ again Intan dan Yat! I owe both of u Cadbury Cokolat rite? Later2 eyh.
Dan tak lupa juga terima kasih kepada Idah dan Nadia(Kawan matrixku), Kak Yana, Ainul,Lea,Madey, Wanie Sudin dan Mc Na. HEHE~

And a big big Thank You to Mohd. Firdaus Abd. Rahman, bernombor matrix WEK0600XX(terpaksa di rahsiakan) sebab banyak tolong aku time last2 minit nak kena reviva tu. Tanpa dia, siapalah aku. Hiks Thanx sesangat weyh. Kau lah penyelamatku!

Dan last but not least, jutaan ribuan terima kasih teristimewa buat ehems ehems, si dia yang kini berada si rumah, di Soromban. Thank you darlingsss! Di saat-saat akhir pon dia tetap cakap,yang aku boley buat! Dan kata2 nya betul!

Dan buat skandal tersayang, Juden. HAHAHA! Saje gediks masukkan nama u yang. Mampos kena serang ngan Honey Madu sume. Ahaks kata madu mithali. kan?

Alhamdullilah. Semuanya sudah hampir tamat. Tinggal nak siapkan repot thesis jek. Dan study for final paper, Distributed System. Perjuangan yang akan sampai ke penghujugnya. Syukur sangat amek thesis. Sebab? Thesis membuatkan kita semakin dekat dengan Yang Maha Pencipta. Thesis mengajar erti kesabaran, redha dengan ketentuan, semangat yang tidak pernah putus, dan erti sebuah persahabatan.

Nak rasa macam mane kami rasa? Klik kat UPU online, amek UM, amek Sc Comp, blajar 3 tahun, buat thesis. Rasa la ngko. Hiks Ala semua orang yang buat thesis pon akan rasa banda yang sama. Tapi bila semua da selesai, perasaan bangga dan lega menebal di dalam jiwa. (Ayat tanak kalah!)

O.k lah. Tuh jek. Nak ngadap repot pulak. Daa~

p/s: Bila kita hargai persahabatan, kita akan tau yang sahabat itu hadiah terindah…
Thanx for being my bestfriend…
Love uolss… =)


p/s lagi: Hananiey! Apa macam adeq manis? Puas hati dengan entry kali ni? Jangan bising kata
i x hapdet. Ai hapdet kasik u muntah. HAHAHA~

Friday, April 3, 2009

~Pop Band Feseni 2009~

Salam...

Pada 1 April yang lalu, kami telah terpergi ke Pertandingan Pop Band Festival Seni Universiti Malaya 2009. Kami yang di maksudkan adalah ilyanie, Yat, Qilah dan Suelaiey. Kami merempit menggunakan motosikal yang di pinjam dari rummate masing2. Sebab apa kata terpergi? Sebab mula-mula macam taknak pergi. Lepas tuh, macam besh jek Pop Band kan, plus aku x pernah miss nak tgk Pop Band ni, maka harusss lah pergi dengan keadaan tergesa-gesa.



Ringkasan band-band tersebut adalah seperti di bawah:

Ada penyanyi perempuan dari Kolej Pertama, chumel giler budak ni, nyanyi lagu Sinaran. Mula-mula dengar suara dia, "Er, apasal macam sengau eyh?". HAHAHA~ Lepas da lama-lama kan, suara budak ni sangat unik. Macam x sume orang yang ada suara macam dia. Besh suara dia. Teringat dekat Wawa. Wawa, dulu time ko nyanyi lagu Jendela Hati,aku datang sokong ko tau. Hihi Nasib baik menang kan time tuh?

Then, persembahan dari Band Kolej 8, biasa2 saja. Tapi hebat jugak lar. Ke aku da boring asek dengar lagu yang sama jek ek. Hiks Ada satu group tuh, Kolej 5B. Mula-mula nak start tuh, ada sorang mamat ni, pakai kain key tutup2 mulut dia. Sume orang macam pehal lak mamat ni. Macam Ninja pon ada. HAHA~ ke mulut dia busuk eyh? sebab tuh dia tutup mulut dia. Erk ke dia x tahan dengan asap2 kat atas stage tuh? Kira macam2 andaian la di buat kan. Last2, time lagu ke-2 tuh, dia bukak kain key tuh, dan terserlahlah muka sebenar dia. Ceyhhhh! Muka sejibik macam Faizal Tahir. Sejibik la weyh. Rambut pon ala-ala rebonding gtu. Bajet artis ngko.

Lepas tuh, ada Band dari Kolej 5A kalau tak silap, nyanyi duet lagu Cinta Dalam Hati.Sedap giler wa cakap lu. Suara macam vokalis Ungu. Sedap gila amat. Meleleyh seyh tengok mamat tuh menyanyi. Yang ada lagi satu group tuh, nyanyi lagu Demi Waktu. Lagu kenangan ku. Owh =( .Er apesal sume nak amek lagu Ungu ni eyh?

Then, ada satu group tuh menyanyi lagu Farhana-Jinbara. Memang sedap giler lar. Lagu tuh telah di beri nafas baru kan. So, wa tabik sama lu la weyh. Drummer dia besh! terus hantar msg dekat Funna. Hiks

Tengah syok2 layan band kan, tibe2 kuar lar pakcik Urusetia FESENI 2009. Dia suruh band tuh stop, dan membuat pengumuman secara mengejut. "Minta perhatian! Pertandingan Pop Band terpaksa di berhentikan seketika. Anda semua di minta keluar dari Dewan ini secara senyap atas faktor-faktor keselamatan. Harap maklum. Minta kerjasama semua, sila keluar dari Dewan ini dengan kadar yang segera."


Erk? Segera? Aku pon macam, betol ke pakcik ni? Sue siap cakap lagi, ke April Fool eyh? HAHAHA~ Bila dia cakap atas faktor keselamatan kan, aku terpikir apa nak tahu tak? Eh eh ada bom ke weyh? Macam besh jek. Jom lari kuar cepat2. besh woo. Ko tak rasa besh ke bila ko akan menjadi saksi di tempat kejadian melihat bom meledak kan? Tak semua orang akan rasa experience tuh weyh.

Dan kitorang pon keluar la kan. Amek port yang paling dekat nak masuk dekat Entrance DTC tuh. Sekali, dia suruh berundur lagi. Betol ke ntah ada bom tuh. Biasa lar. Setiap kali ada pop band kan, mesti akan ada orang yang sabotaj. Last year, dorang sabotaj dengan cara, lepaskan gas-gas berbau busuk macam najis. Giler busuk lar. Tapi bertahan jugak duduk dalam tuh sebab nak tgk Pop Band punya pasal. Tahun ni, kisah bom la pulak. Macam-macam Pop Band betol lah.


Muka yang masih sabar menunggu. Menanti dan terus menanti. Chewah! Dalam hati, Tuhan jek tahu macam mana perasaan nak mintak balik duit tiket sebab kami bayar! RM 3 tuh weyh. Padahal aku da dapat pass percuma. Thanx again Funna da Great!

Sempat lagi dak itu maen PSP. Yelah, nak snap2 gambar, camera da kena curi. HEHE~ Sabar yek Qilah. Awak, nak pinjam camera boleyh? Muahhahhaha saje jek sakitkan hati dia. Mampos aku kena sekeh gak kang.


Orang ramai yang masih setia menunggu mengharap Pop Band akan di sambung semula. Time ni, polis da sampai sume da. Nasib baik FRU semua x datang ke ape kan. Kalau tak, mau meriah jugak DTC ni. huhu Dalam sejam lebey jugak lar, kitorang da nak balik da time tuh. Da amek helmet da, tibe2 orang cakap, Pop Band di sambung semula. Apalaga, masuk la balik weyh.

Lepas da masuk balik semula, amek port yang terbaik punya. Yelah, orang pon da tak ramai kan. Erm masuk2, duduk betul2 depan juri tuh. Memang view dari situ canteeek jek tgk. Aku mintak hp Sue, nak amek gambar juri ni. HAHA~ Juri ni lawak siot. Dia ni dari Group XPDC. Nama dia ape ntah. x ingat. Aku nak amek gambar candid jek. Dia rajin berpeace bagai. Duduk depan juri ni, memang asek tergelak jek. Juri-juri ni macam otak yang gila2 la weyh. Siyes macam budak2. Ingatkan dorang ni type yang siyes ke apa kan.


Tengah layan band, budak muka macam Faizal Tahir tadi masuk duduk depan kitorang. Fulamak! Tengok Faizal Tahir dari dekat weyh. HAHAHA~ Bajet betol budak tuh. Jelesh kat dia sebab dia macam agak glemer jugak malam tuh.

Tapi group yang paling best, group yang last sekali. Band dari Kolej 9. Dorang perform lagu Dalam Diam ku Menyintaimu. Perghh mahsyuk giler la beb. 1 DTC tu nyanyi lagu tuh. Lagu tu lagu lama kan, tapi telah di beri nafas baru. Memang sedap giler la suara mamat tuh. Qilah kan, admire giler dekat guitarist dia. Hensem kot? HAHAHA~ Group kolej 9 ni kan, siap bawak kompang bagai. Kira besh la bagi aku dorang perform ni. Tapi result penuh tatau lar. Sape menang eyh?

Berbaloi jugak la menunggu selama sejam lebih tuh.Group yang last-last tuh perform terbaik punya. Tak sia-sia ai tunggu uols perform tau. Then, balik terus pergi makan-makan dekat BOMBA. Ingat nak pergi Old Town, tapi kitchen da tutup. Boley order bread and drinks jek. Kami mahu makan mar! Sampai bilik da pukul 2.30 pagi. Dieyla, gate UM still bukak lagi la yang. Dia x tutup pon. HEHE~

Da habis taip entry ni, matahari memancar-mancar. Tibe2, ujan turun dengan lebatnya. Hujan panas weyh. Tak sabar nak tengok pelangi kejap lagi. Semoga pelangi itu akan menyinari hidupku jua.

p/s: Sedang berfikir mahu tengok malam Juara-juara atau tidak. Hiks =)

Thursday, April 2, 2009

~Sesuatu~

Lumrah kehidupan di dunia.

Saya ada ramai kawan bergelak-ketawa.
Ramai kawan bergembira.
Ramai kawan bersuka-ria.
Ramai kawan bergurau-senda.


Tapi kawan saya menangis??

=( =( =(

Menangislah kau sorang-sorang. Takda sape nak teman. HAHAHA~ Padan muka.

Bukan tak ada. Ada la dalam beberapa kerat. Tapi entah la yek. Penat betul nak jaga hati semua orang. Sehingga hati sendiri di lukai. Kadang-kadang kita tak sedar di saat kita bergurau-senda, ada hati yang terluka. Jadi, bila bercakap tu, biarlah bercakap menggunakan akal fikiran yang di kurniakan Allah s.w.t. Jangan pakai lutut. Sebab kita semua di kurniakan otak serta akal fikiran. Kalau taknak gunakan, samalah tarafnya dengan haiwan.

Dan tak guna juga bertudung litup jika bertalam dua muka. Depan orang, anda senyum. Belakang orang, mulut pong pang pong pang dok mengata-ngata mencanang cerita. Sungguh jelik melihatnya.

Jangan pentingkan diri sendiri. Tengok la juga orang di sekeliling anda. Jika anda berada di atas, tak mustahil suatu hari nanti anda boleh tersungkur jatuh ke bawah juga.

Dan tak guna juga menasihatkan orang jika diri sendiri belum berubah. Kalau da rasa diri sendiri tuh bagus, lantak mampos ko lah. Aku cakap pasal aku la. Ada aku sebut nama sesiapa? Takda kan?

Dah. Kau tak payah nak terasa. Aku bukan cakap pasal kau. Aku cakap pasal kehidupan. Aku bercakap pasal pesanan untuk diri sendiri. Sebab aku banyak kelemahan. Aku tahu.

Thesis betul2 buat saya rasa tertekan. Betul-betul tertekan. Sampai rasa nak cabut kepala, letak kat mane2. =(


p/s: Alhamdullilah...