Friday, August 28, 2009

~Tonite balik KB~

Salam...

Saya akan pulang ke Kota Bharu pada malam ini. Flight pukul 7.20 PM. Masuk waktu berbuka adalah pada 7.23 PM. Nampaknya berbuka dalam flight lah saya. Dah la makanan dalam tuh mahal, tapi takkan nak biarkan perut lapar? HAHAHA~ Giler bernafsu weyh. Bertahan sejam jek kot. Lepas tuh, melantak la secara mega sale dekat rumah =) Wehiiiiiiiiiiiiii

Apakah perasaan anda?

Perasaan saya sangat excited weyh. Almost 3 months da kot tak balik. Lepas tuh, semalam packing barang macam tak tahu nak packing apa. Mueeeheeee~ Macam da lama jek tak balik. So, macam agak blur di situ. Lepas tuh, da blur, pergi jek tidur. Malas pikir.

Apakah yang ingin anda lakukan di rumah?

Macam-macam weyh. Nak makan macam-macam. Nak g jumpa orang tuh, nak g jumpa orang neh. Nak tengok TV, nak layan Astro. nak tido atas katill. Nak kemas rumah. Fuyooo rajen siot.
dan macam-camam lagi lah.

Apakah harapan anda?

Supaya flight Wanie delay. HAHAHA~ Kecoh seyh minah tuh. Mentang2 lar flight dia pukul 6.20, so that dia sampai Kay Bee dulu, dan mentang2 la aku flight 7.20 PM, daku sampai lambat lar kan for sure. sob sob sob T_________T . Tapi petang2 camneh,cuaca tak berapa elok. So, kemungkinan delay tu ada lar kan. Ekekekekek gelak jahat lagi.

Sahur.

Bangun koi 4 pagi. Lepas tuh, kau suruh aku, aku suruh kau, kau suruh dia, dia suruh aku balik. Last2, aku yang kena. HAHAHA~ Call McD, order 2 Set Spicy Ciken McDeluxe, 1 McChicken, and 1 Quarter Pounder. Lepas tuh, dapat free 20 ketul nugget. Ini semua untuk 4 orang makan ea.

Makan secara lazat sambil tgk cerita Diari Ramadhan Rafiq ek? Entah. Tak ingat tajuk. Sedar2 jek, waktu imsak da nak habes. Makan secara pantas. Lepas tuh, packing. Bersiap nak ke ofis.

Pagi tadik kan hujan dengan lebatnya. Lepas tuh, rasa sejukkkkkkkkk sangat. Lepas tuh rasa nak tido balik jek. Kan korang kan?

O.k. Blog akan berehat selama beberapa hari. Maka, bersabarlah menantikan update terbaru dari saya. Eceyhh, padahal blog ni selalu jek berehat selama seminggu pun takda heran kan?

Korang, please please please, kamu jgn nakal. Ah, taip2 panjang neh, buat start merepek da la neh.

Ockey lar. Nak stop da.


To Madey: Ko nk kirim ape dah? Aku tak tahu la. HEHE~

Hanan: With love from Kota Bharu to Meru

Tamat.

p/s: Selamat berbuka dan bersahur =)

Friday, August 21, 2009

~Salam Ramadhan buat semua~

Salam...

Ramadhan kembali lagi. Menjelang waktu maghrib nanti, pasti semua syaitan akan di ikat selama sebulan. Tak sabar menunggu saat itu. Jangan la kita pulak nak jadi syaitan kan. :)

Dengan itu, saya ingin memohon ampun dan maaf sepanjang persahabatan ini jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa. Ampunkan saya selama kita bersahabat ini ea. Eceyhhh. Ayat semua nak power. Semua tanak kalah. Eyh, mestilah.

Ockey, dengan ini, saya dengan hati yang tulus lagi mulus sucinya ingin meng-wish kepada anda semua:


Pic credit to iluvislam.com

Happy Ramadhan uolss. Puasa jangan tak puasa.

Bengang jugak la dengan Isma sebab dia dapat puasa dekat rumah. Takpe u, takpe. Next week ai alek Keybee, ai nak pow u cukup2 hahaha~ Puasa dekat rumah adalah sangat nikmat kan? Sahur nanti, tak tahulah nak makan apa. Makan koko crunch pon careeee jugak kn?

Jumaat. Hari ini lar.

Ockey, fine. Saya nak bgtau yang hari ini saya telah makan dengan banyaknya. Banyak yang tak terkira.

Pagi: Breakfast roti canai dan milo ais yang superb
Tengahhari: Nasi putih + telur masin + ayam kampung
Petang: Nasi lemak sambal kerang
Petang sikit: Roti sandwich + sausage

Banyak tak? banyak tak? Ni dalam kepala tgh fikir jap lagi kat pasar malam nak beli apa. Sebab nak simpan lauk untuk sahur. weyh weyh doakan ai kurus boleyh tak? Apesal makan hari ni macam makan untuk sebulan ea? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Arghhhhhhhhh sendiri mkn banyak, lepas tuh nak mengamuk dekat orang.

Ockey. Selamat bertarawikh semua. Rendu nak tarawikh dekat Kolej 8, UM. Sebab surau dekat dengan bilik. Lepas tuh, boleyh skodeng2 imam da sampai ke belum. :) Owh sangat miss saat itu. Dekat Hillpark, tak sure sangat surau masjid semua dekat mana. Ada jugak aku pergi menapak jalan kaki ke Desa Aman 2 gak kang. Kan Aj kan? Kekekekekeke Lagi jauh tapak kaki menapak ke masjid, lagi banyak dapat pahala kan? :)

Ockey, uolss. Selamat berpuasa dan selamat bertarawikh. Semoga puasa kali ini membawa seribu makna yang lebih mendalam dan bererti buat kita semua. Aminnn

p/s: Selamat bertarawikh semua~

Thursday, August 13, 2009

Rakan FSKTM, Jumpa kamu esok

Salam...

Entry khas. Buat mereka yang terpenting dalam hati.



Di bawah satu bumbung, kita bertemu. Di bawah satu nama, kita berjuang. Kini , tiba masanya meraih kejayaan.

Universiti Malaya,
Kebanggaan kita semua,
Bertambah para ilmuan,
di pelbagai lapangan

Esok, bakal bertambah graduan dalam lapangan Sarjana Muda Sains Komputer. Seramai 77 orang eyh? Kat mana entah aku baca fakta tuh. HAHA~ Da lupa.

Tadi da calling2 Cda, berjanji mahu ketemu esok. Sudah berchatting bersama Intan, mahu berjumpaan esok juga. Linda datang sesubuh esok. Semangat dowh budak skema pipi labuh tuh. HAHA~ Linda, kita rendu awak. Korang, kita breakfast sesame eyh?

Tak sabar weyh. Sangat tak sabar. Even bukan my big day pun, but i want to enjoy with them. Yeaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh~

Tengok betapa excitednya aku. Kalah budak Meru yang serba purple tuh. Hihiks

DTC jadi saksi. Kami melepaskan tensi. Yang tak puas-puas beraksi.

Again, jangan emo esok. Buat-buat cool. Seperti tiada apa yang berlaku. Eceyhhh~

Wanna say congrates in advance to all of u:

Qilah, Hananiey, Yat, Wan Rai, Alisa, Cma, Ainul, Tiger, Shee, ChePa, Farah, AJ, Zarin, Alwani, FunnaDGreat dan mereka yang tidak dapat di sebut secara satu persatu.

Congratulationsss!! Congrates beb. Setelah berpenat lelah, hasilnya akan di raih esok. Naik stage elok-elok, senyum, pastikan gambar yang terbaek. Arghhh, apesal aku pulak yang nervous neh. HAHAHA~ Menggelabah kalah Hananiey ockey. Opssss~ Ampunkan mak noksss...

Kepada budak-budak batch junior, next year, our turn pulak. Sabar. Sabar.

Mari bersakan bergediks bergambar meh. HAHAHA~ Menangis dalam hati. T____T

Sebab lepas tuh, kena masuk ofis balik. Cisssss!

p/s: See uolss tomorrow :)

Pergi tak kembali~

Salam...

Satu lagi kehilangan dalam industri hiburan Malaysia.



Berita di petik dari Berita harian Online.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Berita lebih lanjut, please click here.

Al-fatihah. Semoga roh-Nya sentiasa di cucuri rahmat. Aminnnn

p/s: Pergi tak kembali :(

Tuesday, August 11, 2009

Half Day cukup ke?

Salam...

Nak meluahkan rasa ketidakpuas hatian. Mintak cuti dengan bos. Kitorang mintak 1 hari lar kan. Sebab nak join tengok rakan-rakan ku konvo. Friday neh lar, turn budak FSKTM. Sekali boss bagi setengah hari jek ? Wadehell :(

Bos: U nak mintak cuti kenapa?
Us: UM convocation day

Bos: Aik? Sape konvo? Bukan uolss kan? (Sengal ko bos. Buat aku sentap jek ockey)
Us: Kawan kitorang. Kitorang nak pergi UM lar.

Bos: Eyh tak boleyh cuti. Uoll got job mar. Mana boleyh cuti? (Sebab ada job la nak cuti. )
Us: Ala boleyh lar. Boleh lah.

Bos: Ockey. Sesi pagi ke ptg? I bagi half day jek. Lepas amek gambar, gelak2, masuk la ofis balik.
Us: Sesi pagi. Half day jek? 1 hari tak boleyh?

Bos: Tak boleyh. Half day jek. Tukar kat form tuh half day jek ockey (Keciwa ahh :( )
Us: Ockey lar. Half day pon, half day lar. Sob sob sob

Bos: Lepas lunch, masuk ofis balik tau.
Us: Lepas lunch tuh, pukul 2 eyh? HAHAHA~

Gelak jek la. Padahal dalam hati, Tuhan jek yang tahu.

Kan? Bos sangat dengki woo. Padahal kat ofis neh, tak terjejas pon kot kalau saya cuti. Bukan nya banyak kerja sangat pun. Bagi jek la cuti sehari.

Bukan apa. Ofis bukan dekat ockey. Ofis jauhhhhh. Kat Cheras nun. Nanti nak balik ofis,makan masa sume. Ada gak nak wat kerja jahat kang. Tanak ah masuk ofis. Mampos la apa nak jadi, jadik lar. Tapi kena jaga nama baik UM. huhuhu~

Arghh tension, kecewa. Patah hati. Nanti dapat berjimba kejap jek. Lepas tuh, kena balik ofis. Haruss saya masuk ofis dalam 3 lebeyh2 hahahaha~ Sape suh tanak bagi cuti. Kan da kena.

Hari ini, tak berapa nak sihat sangat. Melepek jek dekat ofis. Kepala pusing2. Badan seram sejuk. Demam ke ape neh? :(

K la, entry tamat.

Daa~

Monday, August 10, 2009

Konvokesyen UM bermula hari ini

Salam...

Hari minggu yang sangat produktif. Seharian keluar rumah. Pergi rumah Intan, ada akikah anak buah dia. Lepas tuh, pergi Jusco AEON 2, sebab saja nak jalan-jalan. Plus Intan nak beli pencuci muka dia. Then, balik petang tuh, singgah Mid Valley kejap. Qilah nak beli compact powder ZA. Yeahhh! Kami sekarang adalah pengguna ZA. =)

Pagi tadi, naik bus MidValley. Bus Mid masuk UM dulu.

Hati terasa sangat sayu. Sayu melihat suasana konvo. Tahun lepas, dapat ber-huha-huha pergi sana pergi sini dengan mereka. Makan-makan cari barang. Sangat best weyh kalau ada Pesta Konvo. Macam-macam benda kau nak, kau boleyh dapat.

Lepas tuh, dapat makan macam-macam. Banyak gerai dorang bukak. Nak carik Nasi Kerabu, pergi la dekat gerai Persatuan Mahasiswa kelantan. Nak carik nasi dagang, pergilah dekat gerai Persatuan Mahasiswa Terengganu, nak makan laksa sedap, pergi lah dekat gerai Persatuan Mahasiswa Kedah. Arghh semuanya melazatkan lar. Malas cerita panjang, kau pergilah sendiri.


Sebenarnya, hati sangat sayu. Sebab ter-tgk DTC. Eceyh, ayat takley blah cakap ter-tgk tuh. Sayu sebab terfikir, bila lah my turn nak sampai. Nak naek stage tuh jugak. Nak amek scroll jugak =( Takpe. Takpe. Sabar.

Dah lar. Lupakan peristiwa sedih itu.

Rakan-rakan. Mari kita bergumbira pada hari Jumaat nanti. Hananiey, Aqilah, saya akan menyambut ke-keluaran anda dari DTC itu.HAHAHA~ Saya cuma harap satu jek. Saya tidak menanges pada hari tersebut. Cengeng la ko, ilyanie. Iye, sangat berharap tiada titisan air mata pun :(


Hari ini, graduan-graduan PhD punya turn. Then, dak Master plak. Sangat tak sabar tunggu hari Jumaat weyh. Jumaat, budak FSKTM, APM, ngan Law. Yuhuuu~ Marilah kita bergumbira. Tapi nak bergumbira bila? Siang keja, malam? Malam oh malam. Tgk lar.

O.k. Tamat.

p/s: Kenapa rajin update blog? Sebab da tak bz sangat. So relaxxx. Hiks

Saturday, August 8, 2009

Petang Sabtu~

Salam...

Live dari OTWC, Bangsar South.

Now, saya di Old Town White Coffee. Dekat Bangsar South. Takda buat apa. Sekadar melepak dan membuang masa. Saya bersama rummate saya HAHAHA~

Meh nak sidai muka kejap dekat sini.


Abaikan muka tak siap saya ea Hihik Muka tension weyh. Tension bekerja. Hari Sabtu pun kerja. Sape tak tension. Orang laen sedap2 jek tidur kat rumah :(

Erm tension giler duduk dekat ofis rini. Kalau kerja dengan Ca Ya Nun Alif, memang camni lar. Terpaksa dan memaksa. Kerja dia, nk suruh saya buat lar kan.

Pernah last week, kalau tak silap, da penat-penat saya kira ada brape case, n kira total kat semua negeri sume, saya forward la graf tuh ke semua lar kan. Forward ke management atasan. Last2, dia plak g forward lagi skali. Lepas tuh,sesedap rasa jek letak nama dia. Sakit hatiii !! Dia plak yang dapat name. Gila cinabeng lar. Sakit hati dowh.


Pagi tadi pulak, dia ada suruh buat kerja laen lagi. Takpe. Takpe. Hari Isnin nanti, tahu lah saya nak kenakan dia macam mane. Kau tgu,kau tgu. Kau ingat aku takda akal nak kenakan kau balik? HAHAHA~ Gelak jahat penuh makna ockey.

Ockey lar. Malas nak merepek meraban da. Nak pergi beli bahan-bahan nak wat Spaghetti plak. Ngidam dowh. Rummate saya nak masak. Tak sabar nak makan malam kang.

Akhir kata, hidup mesti enjoy. Jangan buat orang menyampah dekat kita. Kelak diri merana.

p/s: 1 Malaysia. HAHAHA~ Tetibe~

Friday, August 7, 2009

12:34:56 07/08/09 =)

Salam...

Perkara yang menakjubkan baru berlaku sebentar tadi. Wah, ayat sume nak skema jek. HAHAHA~ Padahal orang laen da bz buat malam tadik. Malam tadik saya tgh tido yang pukul 12:34:56 A.M kan? Kira ockey la saya sempat capture untuk 12:34:56 PM


ON 07/08/09

Sempat print screen jam neh time tuh tengah baca blog ceeramoon. Kak, pinjam jam jap eyh HEHEHE~ Chumel kan? Cuba korang pikir.

12:34:56 07/08/09

Wah gtu! Class kan? Entah bila nombor ni akan kembali lagi. Apetah saya merepek.

Saje jek nak berkongsi perkara menakjubkan. Walla~

p/s: Mau pergi lunch. Daa~

Thursday, August 6, 2009

Sahabat Bintang Sejatiku~

Salam...

Tiada kata yang dapat di ucap melainkan rasa syukur kepadaNya.

We used to share most of our secret stories before. Now, we share the hot story together again. Even dulu saya hilang seorang kawan baik, tapi kini kawan baik yang laen pula datang. Allah itu Maha Adil. Bila dia tarik yang itu, pasti dia akan anugerahkan yang laen pula.

Alhamdullilah. Syukur kepada Yang Maha Esa. Kini, kami berbaik semula. Komunikasi yang betul itu adalah perlu. Kalau bermasam muka tanpa sebab, tiada faedahnya.

Sebenarnya, tidak ada sebab yang pasti kenapa kami semakin menjauhhhh dulu. Iye. Saya dan dia tidak pasti kenapa kami renggang. Sehingga lah terjadi satu peristiwa pada petang yang damai itu, lebih kurang 4 hari yang lalu. Kami meluah perasaan setelah 5 tahun mendiam diri. Suatu ketika dulu, hanya ber-message pada hari penting sahaja seperti hari lahir atau hari raya.

Petang itu, jari mungil menaip keyboard seraya air mata mengalir kerana kami saling meminta maaf, memohon keampunan. Kesilapan yang tiada hujung pangkalnya. Tidak tahu kenapa. Mungkin Allah s.w.t telah membuka pintu hati kami.

But now, i want to tell the whole world that she is my best friend forever. Yeahhh! Maybe you tak tahu apa yang saya rasa. Memendam rasa selama 5 tahun bukan satu masa yang sekejap. Ia terlalu lama. Terlalu lama sehingga kan hati ini bagai di siat-siat rendu yang tidak tertahan lagi. Macam biasa. Ayat tetap tanak kalah. :)

Kerana dia deskmate saya sejak Form 2 sampai Form 5.
Kerana kami berkongsi segala cerita.
Kerana dia pendorong semangat saya untuk terus berjaya.
Kerana dia seorang sahabat yang sangat baek.

Dia adalah orang yang saya paling percaya. Tidak pernah membocorkan segala rahsia saya. Dia cakap, saya masih seperti dulu. Tidak pernah berubah. Sebab saya kata semalam saya makan banyak. HAHAHAHA~ Dia tahu segala perangai baik buruk saya. Perangai saya yang kuat melantak.

Dia kata, teringin nak tgk saya kurus. I will, my dear. I will. 1 day. U will see the very kurus of me. Eceyhh. Entah bila tak tahu. Tapi kan da kata I will. Maksudnya, S.A.B.A.R! Sabar~ Pray for my ke-kurus-an ockey~ Aminnn.

Buat dia,
Thanx kerana kita kembali seperti dulu.
Thanx kerana memaafi diri ini.
Thanx kerana kamu masih sayang saya.

Kini saya ada sahabat yang saya dapat luahkan segalanya.
Kamu sentiasa sahabat terbaik dalam hati saya.
Tidak pernah ruang hati saya di isi oleh org laen.
Kerana kamu tiada pengganti.

Alhamdullilah

Terima kasih Tuhan =)

This time, kita raya sama-sama tau. Kita pergi kutip duit raya eyh? HEHEHE~
Tak mau nanges2 da. Long sayang Tie.

p/s: Sayangilah mereka selagi ada. Tidak susah untuk mengucap kata maaf. Ucaplah dari dalam hati~

Tuesday, August 4, 2009

KTM sangat chumel pada pagi ini :(

Salam...

Oleyh kerana hari ini saya berpuasa sunat, maka saya akan berkata yang baek-baek sahaja. Kalau tiba2 ada terkasar bahasa, maafkan lah saya. Al-maklumlah, da lama tak update blog, maka macam terlupa sedikit macam mana nak mengarang ayat.

Pagi ini, bangun sahur pukul 5. Makan roti, air horlicks. Solat subuh, lena sekejap. Mandi-manda, tunggu bus Rapid pkul 6.50 A.M. Hari ini berazam nak datang awal. Naek bus g Stesen U pukul 7.20 A.M. Naek bus pergi Mid Valley pukul 7.40 A.M. Sampai Mid, ke empat2 vending machine tiket KTM out of service. ^%*&%*&%@&!!! O.k. Beratur. Panjang. Sampai turn, dengar train ke Seremban da sampai. Lari2 arnab turun tangga, melompat masuk train.

Peristiwa chumel terjadi

Train bergerak dengan pantasnya menuju ke Stesen Seputeh. Selamat. Next station, Salak Selatan. Selamat. Train gerak lagi. Eyh eyh tibe-tibe train berhenti dan mengundur dengan bestnya. Reverse lagi. Lagi. Dan lagi. Dan stop kat tengah2 jalan. Tak Selamat!


Pakcik driver buat annoucement, "Train ini akan berhenti seketika untuk memberi laluan kepada 2 buah train yang menuju ke Rawang. Hal ini kerana, laluan rel dari Serdang ke Salak Selatan, hanya 1 rel saja boleh digunakan". Yeahhhhhhhhh! Train stop tengah jalan, gembira bukan kepalang. Dalam hati tgh istigfar sebab taknak maki2. Dosa.

Dia kata, 2 train kan kena tunggu? Tapi pada hakikatnya, 3 train ockey! Nak tau tunggu dalam brape lama? Tunggu almost 1 hour ockey! Sabar. Sabar. Tgk first train laluan ke Rawang lalu, ockey lagi. Then, tgk train yg next lalu, takpe lagi. Bila da tgk train yang third lalu, saya pun da hilang sabar. Bila nak gerak neh? Apesal side belah Seremban ni plak yang kena tgu? Gilir2 ah weyh.

Tapi hari ni bernasib baek sebab tumpang Nisa. Ofismate yang baek hati lagi cantek sekali. Tumpang dia pergi kerja. Sebab Juden kata, dia tak pergi ofis. Terus g site.

Kenapa entah KTM ni macam tak serasi jek dengan saya. Bila saya lambat, KTM lagi lambat. Bila saya cepat, KTM delay lar,stuck tgh jalan lar, apa lar.

Saya pun tak tahu lar ape kena dengan KTM sejak akhir-akhir ini. Bukan sejak akhir2 neh, dari dulu lagi kot. Perkhidmatan semakin tidak memuaskan. :(

Ikhlas luahan dari pengguna yang kecewa.

p/s: Owh ya. Kalau nak berbuat baik, tak payah la mengharap balasan. Dan tak payah la merungut di kemudian hari. Ockey?