Tuesday, May 26, 2009

Selamat Pengantin Baru Noen dan Anuar


Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu)
Aktiviti: Pergi wedding Siti Nur'Ain Hamsan dan Anuar
Tempat: Batu 9, Cheras
Ihsan gambar dari: Alwani Fickry, Madey dan Suhaila


Aku sampai dari Kelantan dalam Subuh Sabtu tuh. Then, lepak rumah Sue. Ingat nak tido, tapi tadapat lelap. Sempat lelap kejap jek. Perut sakit la. Tetibe jek perut buat hal. Lepas tuh, Cda siap msg kasik warning lagi suruh bangun pergi mandi. Mencecet lari masuk toilet sebab takot kena sekeh ngan Cda. HAHAHA~


Dalam pukul 12.30, kumpul2 semua dekat rumah Sue dekat Kerinchi ni. Then, gerak ramai2 ke DTC, UM sebab nak amek Che' Pa, Intan dan Yat. Diorang ada pre-employment kat UM.


Before gerak, haruss bergambar dulu! Time ni still dekat UM lagi. Then , gerak la menuju ke Cheras kan. Time ni da confuse2 nak ikot sape neh? Azim n Madey tahu jalan. So, follow la Madey. Sebab Azim nak g amek Wan Nazirul. Konvoi dalam 3 buah kereta. Sumbat sume orang dalam 3 keta ni. HAHA~


Kitorang share hadiah ni dalam 11 orang gitu. Giler ramai kan? O.k lar berbaloi. Kitorang bukan keje lagi. Bajet pon ciput jek. Haruss la share kan. Hananiey tolong belikan hadiah ni. Hadiah terbaeeeeek ! Thank u Hanan Hehehe~


Sebelum gerak tuh, wajib berposing bersama hadiah yang di bawa. Then, budak kecik yang depan 2 orang tuh, nk pikul hadiah 2 orang. Last2 aku tgk macam takda la berat sangat. Then, aku yang kena pikul hadiah itu. Owh, aku di buli.


Sampai2 jek, semua orang macam tgk hadiah itu. Macam besar kot. Mesti dorang bz body nak tahu hadiah apa kan. HAHAHA~ Salam2 sume, kakak Noen kata bilik pengantin penuh sesak. Dia kata pengantin lelaki da nak sampai da. So, dia suruh kitorang makan dulu lar.


Apalaga, makan lar. Beratur macam kat Dewan Makan. Sangat suwitt semua orang. Semua lauk2 dia memang superb sedap namampos! Giler ahh. Cuma nasi dia macam pulut sikit eyh? Tapi canteeekk sebab warna kuning di raja. Air plak, dorang hidang air mata kucing. Giler sedap weyh! Hilang terus dahaga.


Antara lauk-lauk yang ada.


Lepas makan, meja yang kitorang duduk tuh dorang nak kemas2 sebab meja tuh untuk rombongan pengantin lelaki. So, basuh2 tangan and bergegas bangun. Kesian la kan. Dorang kena kemas cepat2.


Lepas tuh, pergi dekat meja yang Madey and the geng duduk. Wanie amek kan gambar kitorang. Semua macam berebut2 sumbat nak masuk gambar. Ye ah weyh! Kamera Wanie bestt kot. Memang terbaeek a!


Hiasan di meja pengantin. Siap ada cupcakes Wanie sponsor. Canteek kan?

Oh, sementara menunggu pengantin bersiap-sedia, kitorang ber-camera-gewdik!


Kebetulan! x plan pon weyh. 3 orang honey madu ni pakai kaler pink! Kalau lah Wan Rai ada, mesti 4 dara pingitan berbusana pink. Suwitt kan? AJ jelesh ! HAHA~


Lepas dah takda arah tujuan,duduk beramai-ramai di tepi longkang rumah makcik mane ntah. Sebab kerusi semua orang nak duduk kan. Haruss la bergedik bergambar bersama mereka. Cantek kan baju Kasturi tuh. Nampak suci jek kaler putih. Well, Kas memang cantek Hihi


Sangat sukeee gambar ni. Semua orang macam duduk mencangkung. Nak letak caption ape eyh? Gadis-gadis ayu mencangkung di tepian longkang. HAHAHA~ Cda as usual,memang takkan tengok camera. HAHAHA~


Owh zoom gambar meja pengantin dari dekat. Nampak sedap lauk-lauk yang di hidang. Yummy!


Kek 3 tingkat! Simple tapi nice.

Owh dapat kotak purple chumel ni. Mula2 dapat doorgift ni kan, macam tgk jek. Agak2 ada apa eyh? Tgk kotak pon da teruja.

Ada memopad yg tulis Majlis Perkahwinan Ain dan Anuar. Ada gula2 and Jelly. Sangat chumel. Nanti aku kawen , nak buat benda2 camni gak ah. HEHEHE~


Dan masa yang di tunggu2. Yeahh! Pengantin pun tiba. Cantekk giler Noen dan Nuar. Sama cantek, sama padan. Bagai pinang di belah dua. Ewahh!


Pengantin berarak menuju ke pelamin. Menuju alam bahagia yang akan di bina bersama-sama.


Lepas tuh, nampak tak artis yang dekat tengah tuh, pakai baju kebaya purple tuh, dia da nak alek da. Bergambar bersama artis wajib la kan sebelum dia balik. Artis nak balik da sebab panas berpeluh2, nanti x glemer la nampak baju peluh2 kat belakang. HAHA~ Ampun Wanie.


Gambar ni caption dia adalah : Berebut nak berpeace bagai. =) Cuba kira ada berapa peace!

Wuwuwuwuw.. Gambar kontroversi terhangat di pasaran. Cameraman tuh suruh buat gaya candid kan. Erk! cane eyh? Noen spontan kiss husband dia. Chumel la Noen ni. Membuatkan hatiku bergelora memberontak nak kawen cepat2. Wakakakaka Nampak sangat gatal!



Last but not least, picture yang sangat perfect! Terpaling sukeee gambar ni. Suke amat sangat lar. Memang suke! Semua muka ceria giler even Intan dan Hananiey terceria lebey. Hihihi~

Thank you guys. Wedding Noen ni macam reunion la pulak kan? Dapat jumpa dorang sume memang bestt lar. Lepas ni tak tahu lagi dapat jumpa ke tak kan. Sebab mostly sume da habis blajar. Tunggu nak konvo jek. Oh, tetibe jek sedih =(

O.k. Entry tamat! Penat dowh menaip ni. Da la lapar. Perut dok teringat makanan dekat Murni ss2. Hadoiii. Madey punya pasal lah ni. Tgk, salahkan orang plak. ilyanie, plz stop Bangauing! =)

Owh, Wanie. Aku curik gambar dari fotopages ko tau HEHE~ TQ beb!

Sue and Madey! Aku pon curik gambar dari facebook korang! TQ jugak! Hiks

p/s: Next, tgu wedding dekat TTDI pulak. Hihihi kata Madey!

p/s lagi: Sila muntah. Kata rindu aku x update kan. Hamek sekalik update, berpukal2 gambar hik3

I'm Back

Salam...

I'm back. Rendu tak? HEHEHE~ Aku da sampai KL subuh Sabtu tu lagi, tapi arini baru berkesempatan nak update blog. Rendu giler kat blog. Sangat banyak cerita yang nak di canang dekat sini tapi malas giler nak taip. Nape eyh? Kenapa hormon malas ni menyerap masuk ke dalam badanku? Oh, tidakkkk!

Selama 5 hari di rumah, aku masih tidak puas! Masih rindu rumah. Masih demam rumah. Uwaaaaaaa nak nasik kukus. nak nasi kerabu. nak sume2 =( Tapi what to do? Keadaan memaksa. Chewah! Lupakan. Nanti menitik lagi air mata rendu-renduan jadi kenangan.

Meh aku ceritakan aktiviti hari semalam dan semalam dan semalam.

Hari Sabtu pergi Wedding Noen kat Cheras. Konvoi reramai. Memula macam tanak pergi, tapi di sebabkan hari Isnin ada interview, alang2 alek la KL terus. Akan diceritakan pada next entry. yeahhh!


Hari Ahad, pergi Cheras lagi tengok2 tempat praktikal. Singgah Mid kejap, shopping baju. Then, tibe2 ada Gempak Selebriti Astro. Terhenti seketika program. Lepak kat North Court Mid. Layan si artis2 Gempak tuh perform. Paling best, ada Ning Baizura nyanyi lagu terbaru dia. Giler superb ah suara dia. Sedap!

Then, naek train g Bandar Tasik Selatan. Lepas tuh, redah jek naek bus kat Rapid kat situ. Memang tawakkal habis lar. Sbb bus tuh takda tulis nk g mane. Bantai jek. Sekalik pusing2, Damn! x jumpa haha Padahal tempat tuh kena masuk dalam lagi. Aku dengan Sue terkontang-kanting dekat bumi Cheras ni. Rasa nak nanges pon ada weyh. Area cina sume. Company tuh dekat2 dengan Leisure Mall. Last2 pakcik tuh cakap naek bus lagi satu. Bila x jumpa, kitorang pon naek la bus g Stesen LRT balik. Penat weyh!

Hari Isnin pergi interview dekat Cheras lagi. Interview pukul 5. Ingatkan Mr. Sam tuh yang akan interview, rupanya2 kawan dia lagi sorang interview kitorang.sebab Sam tuh stuck kat Putrajaya. Da lah ensem giler mamat tuh. HAHAHA~ Dapat ke x? Insyaallah dapat! hehe

Eyh baru perasan. 3 hari da pergi Cheras hahaha~ Apa la best sangat ngan Cheras eyh? Entah. Orang Cheras, sila promote!

Rindu nak update belog. Ada org tuh suh update beround-round. Padahal dia pon bersawang da blog hikhikhik Eyh apesal takda org update wedding Noen eyh? Biar aku jadik org first lar. confirm dorang ni malas nak menaip hahaha

Jap eyh jap. Aku karang ayat untuk entry seterusnya plak.

Daa~

p/s: Masih homesick lagi =(

Sunday, May 17, 2009

~Pulang ke kampung halaman~

Salam...

Merujuk kepada tajuk di atas, maka dengan ini saya mengumumkan bahawa saya akan pulang ke kampung halaman! Yuhuuuuuuuuuuu eyh da jadi ayat tak rasmi pulak. HEHE~

Petang tadi telah mengumpul peluh bertungkus-lumus pergi ke Hentian Putra membeli tiket bus. Tiket bus saya adalah pada pukul 9.30 malam ini.Naek Transnasional. Alhamdulillah! Macam da lama jek x naek bus. Nak naek Air Asia, da jadik mahal plak. Menyesal x beli siap2 rituh. Tak apalah. Naek bus pon, jadi lah. Asalkan sampai ke rumah.

Kepada yang ada class tuh, yg belajar kat MSU tuh, sila lah belajar ea. Saya pulang dahulu. HAHAHAHHAA~

Saya balik sekejap jek. Nanti Insyaallah hari jumaat saya kembali ke KL semula. Sebab nak menghadiri majlis kenduri kahwen Noen pada hari sabtu nanti. Noen! X sabar nak tgk kamu atas pelamin. HEHEHE~

Selepas itu, saya harap sangat dapat tempat kerja di Cheras bumi yang penuh dengan kesesakkan manusia dan kereta itu. Walaupun jauh, jika takdir Tuhan rezeki saya di situ, saya tetap akan pergi. Doakan saya dapat tempat praktikal di Cheras ea. Aminnn =)

Ada berita gembira dari seorang lecturer subjek malang itu! Alhamdullilah. Walaupon tidak lah seberapa,Tuhan Maha Tahu! Owh tetap alhamdullilah!

Owh ya! Happy Birthday TOMOK! Semoga panjang umur dan murah rezeki. Hihihi

Nanti saya da pulang, saya terusss update o.k. Jangan ada yang jelesh saya pulang ke rumah.
Doakan saya selamat sampai. Aminnn

p/s: Rajin2 klik Nuffnang eyh. TQ~

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru 2009

Salam

Selamat Hari Guru


Buat semua guru yang pernah mendidik saya sejak kecil hingga dewasa:

Guru2 di Sekolah Tabika ABIM, Mersing Johor.
Guru2 di Sekolah Agama Anjung Batu, Mersing Johor.
Guru2 di Sekolah Rendah Kebangsaan Sri Mersing, Johor.
Guru2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Bharu, Kelantan
Guru2 di Kolej MARA Kulim, Kulim Kedah
Guru2 di Faculty Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Universiti Malaya.

Jasamu sentiasa di kenang.
Akan saya balas jasa anda suatu hari nanti.



Selamat Hari Guru teristimewa buat guru yang paling di sayangi, Puan Zakiah Zairani Mat Zin.

Saya sayang cikgu. Jangan kecik hati lagi eyh? HEHEHE~

Owh ya, Selamat Hari Guru juga buat Liz, dan Kak Yah di Sarawak. Sape lagi eyh? Lupa Hihi =)

Terima Kasih kerana tidak pernah jemu mendidik anak bangsa menjadi insan yang berguna.
Terima kasih cikgu!

p/s: Happy Birthday to Mohd. Sufian B. Rosli. Nanti aku alek KB, lanje aku eyh. Tetibe HAHA~

p/s lagi: Esok befday Tomok. HEHEHE~

Thursday, May 14, 2009

ABC Seksyen 2 Shah Alam

Salam...

Kat KL sekarang macam panas bahang giler kan? Kalau nak tido tuh, rasa panassssss jek. Banyak dosakah? Apakah? HAHAHA~

Last Friday, Syarq nak alek umah dia kat Shah ALam da. So ting! Terpikir nak terjah ABC yang Nieja cakap2 kan tu. HEHEHE~ Apalaga, bersiap berdesup ke Shah Alam.

Kami yang terlibat adalah Aku, Sue n Syarq. Menaiki kereta Unser yang di penuhi barang2 Syarq bersama binatang teddy bear Moo-moo.

O.k. Untuk pengetahuan semua, kami telah round bandar Shah Alam tuh sebanyak beratus ribu kali pusing. Dengan perut yang lapar dari pukul 12 lebey tuh, dalam pukul 2 lebey baru dapat makan. HAHAHA~ Time tengah carik2 tuh, orang sume sibuk nak g solat Jumaat. Then, pusing2 lagi. Nak col Nieja, takda plak no fon dia hihihi Lepas orang da alek solat jumaat, pon tak jumpa lagi kedai. Mane ntah. Memula dulu, kedai tuh depan Wetworld kan.

Lepas da keciwa, konon2 nak g makan kat Chinese Muslim yang dekat Tesco tuh. Tapi tetibe lalu depan ofis Naniey, terus msg2 and col dia. Dia memula macam nak join tapi ada meeting dalam pukul 3. Takot x sempat plak kan. Tetibe dia cakap, kawan dia kata, ABC sedapp tuh da berpindah dekat ngan KFC yang baru bukak. Harusss la terus terjah kan. Hiks

Nasib baik tak kempunan. Akhirnya, dapat jugak la makan.



Ni la nama kedai tuh, D' Bubbless Corner, ABC Special.



ABC Special. Harga RM 2.50. Sangat murah dan berpatutan! Siap ada coklat cair tuh, ada anggur n laici lagi.. Sangat sedappp. Berbaloi pusing beribu kali pon. HAHAHA~



Ha ,yang ni kasik zooom sikit. Ada biskut panjang2 tuh. Nikmat gilerrr makan ABC time tengah2 panasss tuh. Perghhhhhh!



Perut lapar, order2 la masakan panas kat situ kan. Nasi goreng dia biasa2 saja. Then, Sue siap tapau ABC tu lagi nak makan kat rumah Syarq. Tumpang solat kat rumah Syarq kat Seksyen 9. Lepas asar, baru la Syarq anta kitorang ke komuter.

Punya lah penat, sampai tertidur2 dalam komuter tuh. Hiks

Tamat lah kisah ABC. Bila tengok gambar ABC tuh, terliur okey. Nak2 kat sini sekarang cuaca panassssssssss giler. Nasib hari ni hujan kan?
Alhamdulillah!

=)


p/s: Rindu dekat Ainul B and Kak Yana. =(

~ Meatball IKEA~

Salam...

Kejadian dalam entry ini berlaku pada 30 April 2009 yang lalu. Ecewah! Siap bagi tarikh tuh. Sangat lama x update blog sebab sibuk mencari rezeki sesuap nasi bagai. Ehemss.

Da lama kot mengidam nak makan Meatball kat IKEA ni. Amat sangat lama mengidam. Dan akhirnya, Judeng yang baik hati itu mengangkot kami semua ke IKEA. Walaupun jammm gila sebab time orang alek keje, tetap redahhh! IKEA kat Malaysia ni ada satu jek kan. Sangat best la cafe dia. Macam sistematik dan teratur jek. Tenang dan damai. Sukeee!


Tengok gambar kat atas ni pon da tahu kan Meatball dia adalah terbaeekkkkk. Sume orang order meatball ni except Intan and Judeng. Harganya adalah seperti berikut:

5 biji = RM 5
10 biji = RM10
14 biji =RM15

Harus lah tamak kan. Sume pakat nak amek 10 biji. Luckily, abang tuh bagi kitorang 12 ketul. Wallaaa.. nikmat giler makan!

Kat set meatball ni kan, dia ada meatball, ada fries and ada jem strawberry. Macam pelik la bagi aku nak kena makan ngan jem tuh. Tapi gravy meatball tuh, terbaekkk! Sedap! nyumnyumnyum


Ni kek Daim Intan tapaukan untuk kekaseh hati dia.Orang kata sedap eyh? Rituh da aim da nak makan. tapi sebab muka da biru2 da kekenyangan makan meatball super sedapp itu, maka batalkan impian nak makan. Laen kali la kita terjah lagi k =)


Ni roti Intan. Ada cheese bagai. Dak tuh memang hantu roti.


Gambar di atas ni, nama dia Yat. Budak ni kurus cekeding. Tapi bab makan? Ya Allah! Subhanallah! Dia la paling banyak makan. Korang tgk aku kuat makan kan? Dia lagi kuat makan. Meatball tu dia ley habiskan semua sekali. Pizza lak dia ley makan 6 slice. Gile x? Mana ntah dia letak makanan yang masuk dalam perut dia tuh Hikhikhik Habes ko aku jual. HAHAHA~


From left: Judeng (ehemss), Intan and me.


Bergambar kat luar ni adalah harusssssssss. Bukti kami telah ke IKEA HEHEHE~

I for Intan
K for kemek yg chumel
E for Embammmm
A for antu kuat makan

HAHAHAHAHA~ gelak jahat!

p/s: Semua peristiwa adalah sangat kenangan. =(

~Secret Recipy Moment~

Salam...

Secret Recipy Moment kat Bangsar South. Depan rumah dorang jek. Lintas jalan kaki sikt da sampai. Budak kat bawah ni teringin nak makan kek Indulgence. Layan kan ajo. Tgk tuh muka happy memanjang dapat makan kek. Hihihihi~


Sila terliur yek dengan gambar di bawah ni. Selamat menjamu selera rakan-rakan.


Cheese Cokolat and Chocolate Indulgence


Pie ape ntah. Inti daging kambing. Qilah punya. Dia suke kambeeeeng!


Tomyam Spaghetti, Intan yang order


Meatball Spaghetti , Syarq punya


Tomyam noodle Sue punya


Tomyam Noodle , aku yang punya. Muahahhahaaa

Cake Chocolate Indulgence, Yat mengidam


Hot Chocolate


Kerepek Tapioca


Ice Lemon Tea, Pepsi



7-up, Sky juice


Lahap x lahap mane la pompuan tuh makan kan? hihihihi habes la letak gambar ko camni. Sape suh tanak pose gedik cun kan. Budak makan lahap tuh hot stuff eyh. ehems ehems Firdaus, tumpang lalu. hihihihi


Owh orang Shah Alam yang belah kanan tuh hampir tersesat di Shah Alam. =)


Owh budak 2 orang yang chumel ni sangat gilerrr dengan Tomyam. Btw, Tomyam tuh sangat superbbb sedap. Dah la banyak giler ayam dia.Kenyang namampos okey.


Chocolate Banana yang di order oley Judeg yang datang dengan muka baru bangun tidonyer.


Hamek ko, licin ! HAHAHA~

Okey. Tamat!

p/s: Jom Secret Recipy lagi eyh. Rendu kek Indulgence lar =(