Tuesday, March 31, 2009

~ Ke-busy-an~

Salam...

Seperti tajuk yang tertera, kan da kata bz. Poyo x poyo, letak status kat YM, "jangan kacau aku!".
Konon bizi la kan. Betol la. Saya bz betol ni.

Saya ada thesis yang perlu di settle kan. Jadual viva da keluar,kecut perut rasa. Menggigil sampai rasa nak nanges. Doakan yang terbaik untuk semua.

Esok ada test Distributed System. MPI programming. Susah gile namampos. Sape yang buat MPI ni ha? Apesal susah sangat ha? Wish me luck guys. Test ni carry 15 marks kot? Banyak la kan. HUHU~ Hope my friends n I dapat jawab test dengan jayanya. Mengharapkan doa dari kalian. Aminnnn. =)

Owh ye. Esok 1 April kan? Sekejapan masa berlalu. Selamat Tinggal March. Bye! Selamat Datang April! Welcome. Welcome. Sila masuk!

Saya suka April. Sebab? Sebab ada viva Thesis. Sebab ada final exam, final paper. Insyaallah!
Ngeng kepala hotak ku. Hadoi. Kan da cakap, saya suka kena viva thesis. Sukeee sangat sampai rasa nak nanges. =(

Kan da cakap busy kan? Abis tuh, update belog ni kenapa? Suka hati saya la. Belog saya. Lagi busy, lagi update. Itu penyakit yang takda ubat.

Busy kan? blah dulu. Cauuuuu!


p/s: Good Luck!

Monday, March 30, 2009

~BORIA ASKINA~

Salam...

Tadi sebagaimana yang telah di janjikan, telah terpergi ke Dewan Tunku Canselor a.k.a DTC. Sebab hati meronta-ronta nak tgk Boria, maka msg Funna, nak tumpang dia. Dia pon on jek. Baik betul Funna ni. Ececey! Thank You Funna. Sayang awak. Tetibe~ HAHAHA. Mengades kan?

Owh memula plan macam dalam 5-6 orang nak pergi. O.K fine, jalan kaki reramai. Tup2, tgal 2 orang jek nak pergi. Time pergi macam berani lagi lar kalau nak jalan ke bawah kan, tapi time balik nanti, macam seram gila yang amat jek kalau hanya berdua berjalan kaki pulang ke asrama kolej. Erk! Silap2 kami pulang berlima ke apa kan, tambah2 lalu dekat area APM ngan Sc Comp tuh. Kecut perut weyh.

O.k. Lupakan. Jangan ingat kisah hantu ke ape ke. Da tengah malam ni. Teruskan. Tumpang Funna dengan gembiranya. Mas Hidir pon ada jugak.

Sampai-sampai tuh, pertandingan da start da. Dapat tengok separuh jek persembahan Kolej 8. Sebab kami da terlewat. Tak apalah. Tu pon macam da puas hati. Oh, ye! Kepada sesiapa yang ada merecord video Boria tadi, saya nak mintak copy boley? Saya nak tgk full version punya. HEHE~ TQ.

Dan selepas dalam 6 group macam tuh, keputusan pun di umumkan. Aku takdalah expect tinggi sangat. Tapi biasanya, kalau Boria, memang Kolej 8 ni agak terror la jugak. Hiks

Keputusannya:

Tempat pertama: Kolej Kediaman Ke-9
Tempat ke-2: Kolej Kediaman Ke-8 !!!
Tempat ke-3 : Kolej Kediaman ke-12
Tempat ke-4 : Kolej Kediaman ke-5
tempat ke-5 : Kolej Kediaman Ke- 2

Yeaayyy! Tak sia-sia aku datang menyokong. Dapat jugak No.2. Pergi dengan Ainul. Pulang dengan kepuasan. HUHU~

Dan reward kepada diri sendiri, malam ini harus stay up. Kalau mengantuk macam mane? Pergi tidur la. HAHA~

Daa~

p/s: Thank You again Funna sebab sudi tumpangkan pergi dan balik. Hehe

p/s lagi: Sila fokus kepada thesis. Tension kembali! =(

Sunday, March 29, 2009

~Kejadian Sabtu dan Earth Hour~

Salam...

Semalam hari Sabtu kan? 28hb kan? Apa aktiviti anda semalam? HEHE~ Poyo la pulak tetiba.HAHAHA~ Saja tanya apa anda buat semalam. Meh saya cerita apa saya buat semalam. Saya me-lagha-kan diri, padahal thesis x siap lagi. Astagfirullah~

Aktiviti pagi


Bangun pukul 8 pagi, konon nak pergi breakfast. Msg Kak Yana, dia x reply. Oleh kerana mengantuk yang amat lagi, sambung tido semula. Hiks Lepas tuh, pukul 10 bangun, mandi-mandi,bersiap2, pukul 11 lebih baru kuar bilik. Da la semalam macam panas gile kot? Sampai Mid Valley dalam pukul 1 jugak lar. Macam rindu gila dekat Mid. Pusing2 mencuci mata.

Aku da lama x keluar tengok dunia weyh. Asek dok terperap dalam bilik jek. Aku perlukan terapi! terapi! Window shopping la weyh. Aku kan , kalau tak dapat beli pape pon macam x kesah. Sebab window shopping adalah sangat heaven.

Paling best, masuk Carrefour, kan biasa weken jek akan ada promoter promote and bagi makanan free sume kan? Perut kosong, pergi la makan and test semua makanan and minuman. HAHA~ Minum Cokolat Malt Carrefour, Quaker Oat, makan PopCorn ciken, Minum Vitagen, Yakult, Air Jus Oren, Sup Campbell! Perghh kenyang. HAHA~

Dalam hati da berjanji, akan window shopping saja hari ni. Janji hati? Janji! Janji! Tapi kan, dengan tidak sengaja kan, aku telah terbeli dan terembat bedsheet Aussino. Murah giler weyh. Dalam hati, xpelah. Bukan selalu.HAHA~ Dan telah grab 2 hadiah for them. One for you, (Yes, You!) and 1 for my Adik.

After that, pulang dengan senyuman yang terukir di bibir tanda puas hati. Tapi badan lenguh yang amat, dan perut ada rama-rama. x suke! =(


Aktiviti Malam


Perut mengidam Sup Juara dekat Pantai Dalam. Msg Eqi, ajak pergi makan2. HEHE~ Eqi okey jek. Luv u la Eqi. Dan2 sayang kan? Pukul 7 lebih mandi, lepas tuh dengar annoucement suruh tutup lampu pukul 8.30 nanti sebagai tanda sokongan kepada Earth Hour. So, okey jek la kan. Get ready tunggu Eqi sampai semua.

Pukul 8.30. Earth Hour pon bermula. Ada pengumuman countdown untuk Earth Hour. Bermula sekarang! Semua bilik dekat Floor C200 tutup lampu. Bilik aku pon bergelap. Flooer Rep kitorang macam semangat gila kot. Lampu koridor and lampu toilet semua tutup. Semangat weyh! Seronok gila duduk dalam gelap. HAHA~ Macam besh jek kalau ber-candle light dinner. Even aku tengah bersiap nak pakai tudung pun, gila gigih tanak bukak lampu. Pakai tudung dalam gelap. Hebat siot. HUHU~

Nak keluar tu, lalu depan DTC sebab nak pergi bank ape semua kan.Area DTC semua gelap. Bank CIMB pon turut bergelap. x boley nak amek duit kat situ, kena pergi Bank Islam. UM semangat giler la dalam kempen2 macam ni. Terlupa plak nak snap2 gambar. Amek gambar dalam gelap, x nampak ape pon kot eyh?

Ada aktiviti kan dekat DTC semalam tapi aku x join pon. Siap pasang lilin bagai. HUHU~ Keluar UM, tengok la kegelapan kotaraya. X semua tempat pon bergelap kot. Macam rumah dekat Vista Angkasa, ada yang menyokong. Sesetengah rumah tuh nampak la ada yang bergelap. Menara TM pon gelap jek. Bagus betul kan? Owh saya pon nampak rumah orang yang dekat tingkat 15, Flat PKNS tuh gelap. HAHA~

Then,aktiviti kami seterusnya adalah pergi makan. Hiks Makan Sup Juara dekat Pantai Dalam. Sup dia sedap yang amat weyh! Tapi kan, dekat PD semalam, terang-benderang. Macam berpesta lampu pulak dekat sini. Sedih betul tengok. Kalau tutup lampu, bukan kena bayar pun. Tak apalah. Hak masing-masing. Mungkin sebab area kedai makan, agak logik la kalau taknak tutup lampu pon. Kang kalau tercekik tulang ke hape,sape nak tanggung kan?



Btw, Sup Juara dekat Pantai Dalam tuh memang sedap giler la. Makan tanpa ingat dunia. Slurrppp slurppp hirup kuah sup. Even pedas sampai kuar hingus pon, tetap gigih nak habis kan sup sampai ke titisan terakhir. Erk~ Kenyang suda. Tengok jam da pukul 9.30, mesti Earth Hour da habis. Semua da terang-benderang ni.

On da way nak balik tuh, KLCC pon da menyala semuala, Menara TM pon. Semua la da terang-benderang. Macam sekejap sangat je sejam kan? Takpelah. Hanya dengan sejam sahaja, diharapkan ia dapatlah menyelamatkan dunia.

Sekian, ilyanie melaporkan.

Daa~

p/s: Semalam adalah hari yang sangat penat sampai naik mata panda dekat sekeliling mataku. uh!

p/s lagi: Malam ni nak pergi DTC tengok Boria Festival Seni Universiti Malaya. Jom pergi tengok!

Saturday, March 28, 2009

~ Jom bergelap!! ~

Salam...

Masa tengah dengar Hot. FM kan, asek la dengar iklan ni jek. Pas tuh, macam tatau sangat la pasal ape kan. Siap suh turn off lampu bagai. Then, tadi dalam lab DS, terus la bukak websitenya.


Dan2 tuh jugak register. HAHA~ Gila punya semangat la kan. Erm benda senang, gpon macam besh jek kalo tibe2 bergelap selama sejam. Seluruh dunia plak tuh. KLCC Twin Towers pon support earth hour ni. Even lampu kecik yang merah yg dekat KLCC tuh pon kena turn off jugak.

Lepas tuh, siap boley vote kita nak suruh bangunan mana yang dekat Malaysia ni nak kena turn off dorang nyer light. Aku vote KLCC Twin Towers,Istana Negeri, Tugu Negara, Dataran Merdeka(Bangunan Sultan Abdul Samad). HAHA~

x sabar rasanya nak tengok seluruh Malaysia bergelap pada hari tersebut. JOm weyh same2 sokong earth hour ni. JOmmmmmmmmmm!! =)

Sape2 lagi nak vote, sila lah ke link yang tersebut yer. Senang aje. Just sign up, isi-isi form tu, then finish!



So guys,

Come together to fight global warming. Turn off your light for 1 hour.

8.30 p.m Saturday 28th March 2009


For further information,please


Attention! 28th March bday Intan kan? Ala bergelap sejam kat KFC tuh apalah salahnya kan Intan kan? Hiks

p/s: Sokongan anda sangat2 diperlukan. Bukan kena bayar pon HEHEHE~

Thursday, March 26, 2009

~ Spa Q 2 Episod Akhir ~


Salam...

Cerita 1:


Nak taip entry cepat2 ni. HEHE~ Poyo la kan. Cepat mana la sangat nak menaip dalam keadaan hujan lebat gila namampos siap guruh kilat bagai. uhuk uhuk Bukannya apa, dalam kepala pikir nak tido aje. Pagi tadi lepas subuh aku tak dapat tido la weyh. Lapar. Hihihi~


Petang ni, nak tengok cerita Spa Q episod akhir. Yuhuuuuuuuuuu!! Finally,ada jugak episod akhirnya. Setelah meluat dengan perangai pelakonnya yang ntah pape, tapi tetap tengok jugak, maka hari ini episod last. Kalau boleyh, taknak la miss kan. Even aku ni xdak la peminat tegar Spa Q, tapi kalau episod akhir, nak la jugak tahu kan macam mana ending story ni.


Pergghhh Dia Fadilla ni jahat gila wa cakap lu.Berlakon sebagai Julia. Memang jahat namampos. Dia berjaya buatkan aku benci dengan dia, maka harusss la lakonan dia mantap kan? Tapi kan, dia macam da kurus sikit kan? Apakah petua? taknak di kongsi bersama ke?

Saje jek nak bg informasi terkini dekat korang.

  • Melissa tuh bukan anak Qistina, dia anak Datin Sofiera.
  • Datin Sofiera tuh madu kepada Qistina, tapi Qistina tatau yang dia dimadukan. Kesian =(
  • Dafi macam da insaf sikit. Kalau x, macam gila betol dekat Julia tu.
  • Laki muda tuh macam minat dekat Qistina, tapi ending dia, macam dorang x bersama jek
  • Hari ni Datin Sofiera macam kena tahan ngan polis kot
  • Hari ni episod akhir, maka ramai2 la menyaksikannya k?
  • Malam karang, hapdet lagi. Kita story-mory tau. Tu pon kalau rajin.

Owh ye! Gambar harusss di kredit kepada Google. Ahaks Malas nak terjah sini sana, google jek senang. Aku kan selalu lupa nak kredit bagai, sekali bila makcik ni buat entry ni, terus insaf sekejap. Hiks


Cerita 2:

Semalam tido lewat sampai mata bengkak muka sembap. Buat thesis la kononnya. Kata hidup dan matiku hanya untuk thesis. HAHAHA~ Okey, aku tipu! Aku pergi main Pet Society. Cissss! Mula-mula just nak mandikan Usyuk(nama pet society aku), tapi gila lar la kan. Aku pergi shopping dekat Luxury lar, beli furniture la, pergi race dekat Stadium lar, sedar x sedar, da lewat weyh.

Tapi paling best, time aku maen game tuh, rummate aku pon tengah study jugak, kat side belah dia la kan. Terkejut la jugak. Sebabnya, rummate ku ini adalah stock yang tido awal gile namampos! Tapi semalm almost pukul 2 lebih dia x tido lagi. Apakah? Then, bila aku turn off jek laptop, baring kat katil, bace doa tido apa semua, dia pon x semena2 terus shut down laptop dia juga. HAHAHA~ Takot dowh nak stay up sorang2. Bertambah dengan musim2 ini kan. Dengan tension lagi. Macam2 benda boley berlaku.


Cerita 3:

Pagi tadi aku basuh kain. Lepas subuh jek, terus rendam kain2. Then,pergi breakfast. Perut haruss di isi dahulu. HAHA~ Kalau x, xdak tenaga la weyh.

Owh ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sob sob sob. Sebenarnya, pagi tadi da ada instinct da, macam rasa akan hujan jek petang nanti. Tu yang aku gigih jugak lepas breakfast nasi lemak kat Dewan Makan, terus basuh kain. Dalam hati, nyanyi lagu Slam ni la, "Ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang Oh oh oooo". Hamek ko, sekali hujan bebetol2. Menangis dalam hati jek la.

Nasib baik la aku da jemur kain awal pagi tadi, so takda la lembap sangat. Ni kain-kain ni tengah bergayutan di tiup angin sepoi-sepoi bahasa yang x sepoi mana di dalam bilikku ini. Cuaca di luar sana menunjukkan langit gelap yang amat sangat. Maka, harussss la tido sekejap. HAHAHA~

Okey la, sebab nak tido time hujan ni, maka entry ini berakhir di sini.
Daa~

p/s: Aku nak pergi tido la wey. Jommmmmm =)

Wednesday, March 25, 2009

~Happy Birthday An-nisa Abriza~



Salam...

Happy Birthday to

An-Nisa Abriza

Sweet-2nd

Semoga pangjang umur dan murah rezeki.

Semoga sentiasa menjadi harapan keluarga.


Okey, saya mulakan dengan bagaimana sejarah saya mengenali belog kak VP.

Saya mengikuti perkembangan belog kak VP sejak dari tahun 2007 lagi. Dan sehingga kini, masih tegar mengikut perkembangan hidup beliau sekeluarga. Bukan sahaja saya, malah rakan-rakan di sekeliling saya juga selesa mengikuti penulisan beliau di blog.

Berlatar-belakangkan warna merah jambu(pink), penulisan beliau amatlah selesa untuk di baca dan santai sekali. Kalu tidak pasal diri sendiri,kak VP mesti akan cerita pasal En. Laloque, xpon pasal Nisa yang pipi tembam tuh.



Kegembiraan yang di kecapi kadang-kadang di cemburui oleh masyarakat sekeliling lantas mengganggu emosi si ibu hamil ini. Terlalu banyak lalats dan sampah yang suka sgt mengganggu hidup beliau.Namun begitu, itu tidak menghalang beliau dari meneruskan perjuangan dalam penulisan blog. Sebab bagi beliau, balasan untuk mereka itu akan ada di akhirat kelak.

Lagipon, Income nuffnang dia da sama naik dengan kak Red. Tahniah sekali lagi. uhuk uhuk uhuk



Saya juga pernah memenangi contest yang di anjurkan oleyh kak VP sempena menghargai penyokong Nisa untuk contest kat radio Sinar FM menghantar komen dan menjadi pengomen terakhir, even Nisa x menang tapi penghargaan dari kak VP amatlah mengharukan penyokongnya. Ehemssss....

Jasa kak VP bagi hadiah kepada saya tidak akan saya lupakan, akan saya balas suatu hari nanti.

Viruspadu ibarat mentor kepada saya dalam penulisan blog ini. Terima kasih di ucapkan. Terima kasih yang tidak terhingga yang datang dari hati. Tidak di nafikan kadang-kala penulisan saya di bayangi oley tulisan beliau. Ecewahhh!


Mengikuti perkembangan Nisa sejak berumur beberapa bulan, sehingga kini sudah memasuki 2 tahun, sudah cukup mematangkan kami dengan perangai Nisa yang kuat merajuk tuh. Ikut perangai sapa ntah. HAHAHAHA~

Nisa yang pada mulanya, hanya baru-baru saja pandai mensedut air pakai straw, sekarang da pandai minum air pegang gelas sendiri.



Nisa yang dahulunya hanya menulis dan menghasilkan karya di dinding, kini sudah pandai menggunakan meja dan kerusi sambil mengkaler warna kan buku mewarna menggunakan crayon yang di beli di Jusco Seremban.

Nisa yg dahulunya tidak mengerti apa-apa dan hanya hanya tahu minta susu, kini sudah pandai menceriakan, pengubat hati penawar duka En. Laloque dan Viruspadu.

Banyak lagi perangai Nisa yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu.


Gelagatnya yang kelakar setiap hari, membuatkan saya tergelak sengsorang tatkala membaca entry yang terbaru dari kak VP. Siyes hilang tension sekejap sebab tgk memek muka Nisa yang suke wat muka ni. Geram rasa nak cubit jek pipi dia tau.




Dan tidak lama lagi Nisa bakal mendapat adik. Semoga mendapat baby yang chumel macam Nisa jugak, kak VP. HEHE~ Doa dari saya semoga akak dan baby sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.



Amin amin dan Aminnnn... =)


Lalu hadirlah entry ini sebagai tanda ucapan Selamat Hari Jadi untuk An-Nisa tersayang.
O.k. Happy Birthday again Nisa.

Sebenarnya, nak cerita pasal Nisa, tapi apasal ntah tiba2 termasuk cerita kak VP.HAHAHA~
acikk penin...



p/s: kak VP, saya cilok gambar Nisa dari kak VP tau. Harap jangan marah. HEHE~

p/s lagi: Congrates kak VP! x sabar menanti baby gurl tuh =)

Tuesday, March 24, 2009

~Entry ke-100~

Salam....

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah pun masuk entry ke-1oo. Kalau blog ini manusia, mesti da boley masuk Malaysia Book of Records kan? Ahaks berangan lebih.
Okey, fokus! fokus!

Mungkin ramai di kalangan anda sudah lama menjejak kaki ke entry ke-1oo,tapi di sebabkan kerajinan saya yang amat rajin meng-update blog, maka hari ini baru lah tercapai hasrat menjejak kaki ke angka 100.

Tak sangka angan2 yang pada mulanya sekadar angan dan suka, menjadi satu hobi tetap saya sehingga ke hari ini. Kalau satu hari x update blog, rasa lain macam jek. Anda penah rasa? Pernah kan? HEHE~ Padahal pernah jek saya x update selama seminggu.

Fuh! Angka 100 yang membawa seribu erti buat semua. Angka 100 yang penuh makna kot? HEHE~ Banyak makna. Banyak kenangan, dan juga banyak pengajaran.


Yeahhhhh! Tak sangka. sekejapan cuma. Dulu2, rasa blog ni biasa saja, tapi bila da hari2 mengadap, even tengah bz buat thesis pon, tapi blog tetap tak dapat dilupakan. Hal ini kerana, di sinilah tempat luahan hati tercatat, di sini lah tempat perasaan gembira tersurat, dan di sini lah juga tempat bermesra-mesraan terikat.

Sesungguhnya, dunia blogging sangat indah dan sangat istimewa. Saya mengenali ramai rakan2 yang sangat superb di alam maya ini. Hanya kerana Blogger. Walaupun Blogger sejak akhir2 ini agak mengong sedikit,akan tetapi berbanyak2 dan berjuta-jutaan terima kasih kepada Blogger kerana membuat saya rasa happy setiap hari. Sudi menjadi tempat meluah rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, rasa meluat dan rasa nak marah. Hiks

Di dunia blogging ini juga, saya mengenali dan membaca tulisan Dieyla, Nieja, Liz, Chika, Viruspadu, Ceeramoon, Hanis Zalikha, PeejBurhan and Redmummy.

Dan dunia blogging ini juga merapatkan hubungan saya dengan mereka2. Antaranya, Sue, Syarq, Hananiey, Madey, Ismafardi, Fara-d,Lea, Ainul, AJ,Funna da Great, Mas Hidir, dan mereka yang tak dapat saya sebutkan satu-persatu.

Terima kasih rakan. Terima kasih kawan. Terima kasih teman. Anda sentiasa berada di sisi saat saya jatuh, saat saya sedih berduka dan saat saya gembira.Tanpa anda siapalah saya. Chewahhhh!

Asal santan dari santan,
Asal minyak dari minyak,
Kalau ada tersilap perkataan,
Mintak maaf banyak2


Akhir kata, teruskan membaca tulisan saya jika mahu. Keluarlah dari sini jika terasa tidak perlu.

Semoga berjumpa lagi di url yang sama, belog yang sama, penulis yang sama, dan terima kasih sama-sama. Dan yang pasti, cerita-cerita adalah yang berbeza.

p/s: Thank you guys. Sayang anda semua =)

Sunday, March 22, 2009

~Blogger sakit ke?~

Salam...

Apesal ntah.
Aku nak wat scheduled entry, tapi dia terus publish.
Ngeng betol lar.

Blogger da bengong ke hape ni?

Semalam pulak, aku nak komen and nak edit post.
Siap xley nak sign in, nak reply komen pon xley.
Asek lar Google Error ajek.
Syarq kata, pakcik Google da tua, sebab tuh da banyak sakit.
Da banyak x betul sangat.

Kesian....


p/s: tension dowh. =(

~Sarapan Pagi~

Salam...

Selamat Pagi Malaysia



Rasa macam da lama jek x buat entry pagi-pagi kan? Saya sejak akhir-akhir ni selalu la jugak bangun awal pagi. Sebab sekarang da x cukup masa da. Masa pon macam cepat jek berlalu. Tup2 hari ni da hari Ahad kan? What? Ahad? Perrgghh! Kecot perot! x sangka. Dan tak lama lagi akan masuk bulan April pulak. Debaran semakin terasa. Hanya mampu doakan yang terbaik.

Uhui, kata da tak cukup masa, tapi sempat lagi hapdet belog. Kan da kata, belog ini ibarat baby saya. Kalo sehari x hadap, rasa x sesempurna mungkin hidup pada hari tersebut.

Sebenarnya, nak cerita pagi tadi saya pergi breakfast di Dewan Makan. Hari ini makan sosej black paper dengan roti. Berangan breakfast burger, sekali turn mgu ni adalah roti ngan sosej. Hampeh betol.

Takpe, hari Ahad mgu depan kena breakfast lar sebab mesti breakfast burger.
Roti tuh letak la jem kaya, marjerin, ataupun jem strawberi.
Bila makan roti ni, aku tringat yang Ainul suke sangat dengan jem strawberi.HEHE~

Tapi puas hati gila sebab dapat amek sosej banyak2. Even makcik India tuh sound yang jangan amek banyak2 dik, amek 4 ketul jek, aku pedulik hape. Orang2 yang before aku tuh,amek banyak gila. Takda plak dia bising. Aku seselamba yang mgkin, amek sosej banyak2, amek roti letak jem, and blah. HAHA~
Cara paling berkesan nak selamatkan diri agar makcik tuh x nampak.

Pergghh kenyang gila namampos. Mengharapkan tgh hari ni akan dapat makan laksa. Tengok2 kena makan bihun sup lagi. Hadeyh! =(

Okey, itu saja untuk entry kali ini. Hanya nak bercerita saya sarapan apa pada hari Ahad yang damai ini sahaja.
Betol la kan? Tajuk entry pon nama sarapan pagi.HAHA~ Kesian korang kena baca entry yang tak berapa berfaedah ni.

Owh tak mungkin kerana sayang,
Cinta kita tak sehaluan,
Lalalallalalalalala

Tengah gila dengar lagu ni.

Alyah- Tak mungkin kerana sayang =)

p/s: Owh saya nampak ada budak yang pergi KFC 2 kali semalam tu bangun awal jugak pagi ni.
Siap letak status morning.HAHAHA~

~Dinner MAK ke-24 ( Part 3 )~


Salam...

Finally, the 3rd part sudah kuar. Maka akan berakhir la entry ini. Jangan marah saya. Marahkan theme dinner ini. hiks Berpinar-pinar mata tengok semua orang in Black & Red. Gambar di atas adalah gambar kami bertujuh. yang 2 orang lagi tuh adalah pasangan kekasih. Erk! Perlu ke aku mention kat sini.


Apasal entah aku macam sengal. Thanx buatkan masquerade ini. Pergi dinner dengan xdak perasaan sangat. Dalam kepala, pikir nak makan jek.


Gambar bersama Na. Da nak abis dinner baru sempat nak amek gambar. Lepas VVIP keluar jek, ada lagi satu persembahan dari BUNKFACE. Before dia start nyanyi tuh, dia panggil lar semua come forward ber lompat-lompatan dengan dia kat atas stage tuh. HAHA~ Teruja weyh nak g depan. Mula2 macam malas, tapi bila tengok ramai da g serbu ke depan, pergi la jugak.

Ketika menyanyi lagu Situasi. Ramai plak melompat terkinja-kinja. HUHU~ Aku bukan minat BUNKFACE sangat pon. Tengok pon macam takda perasaan. Hiks

Antara gambar Bunkface yang sempat di snap. Layannnn!


Lepas tuh,ternampak kak Wahir. Dia ni dulu PM sel aku time first year. Dia ingat2 lupa lar nama aku, muka jek dia still cam. Dia sekarang keja dekat pejabat NC. Makin cantik dia. Bila nak kawen kak? HEHE~ Lepas tuh nampak Farah, rummate Ainul. Amek lagi gambar.

Time tengah teruja yang tak berapa teruja tengok show Bunkface, ternampak plak Funna. Apalaga, teruja macam da lama x jumpa. Yelah, dia keja, jarang la nak terserempak kat kolej ke apa kan. Siap salam ciyum pipi bagai.

Ha, AJ. Ni gambar aku ngan Funna da Great. Tapi time ni dia x pakai handbag putih dia tuh lar. Sorry. HEHE~ Funna memang suka wat muka time amek gambar. Sebaik chumel. Pujian penuh makna. Beb, bila masuk gaji eyh? HEHEHE~


Lepas tuh, jalan2 cari Lea. Sebab da janji nak amek gambar sama kan. Tanya Hana, mana Lea? Dia kata, Lea pun carik jugak. Mana ntah dia. Tup tup suda ada di depan mata. Owh, menjerit ke-happy-an.

Lea adalah my x-rummate. Rummate last year. Dia adalah rummate terbaekkkkkk saya.

Owh, Luv u damn much la dear. Sangat rindu kamu tau. Rindu nak gelak-gelak and cerita2 dengan kamu. Rindu nak tengok kamu nanges. Wakkakakakaka~


Pic from Lea handset. Not bad la yang even 2.0 MP jek. Hehe~

Lepas tuh, jalan-jalan lagi dan ternampak mereka ini. Gambar kiri atas: Me with Lea.

Gambar kiri bawah: Jimah, Me n Jojo. Cantek Jojo pakai tudung macam Dato' Siti.

Gambar kanan atas: Me with Noreen. Beb, kamu punya mask superb lar. Cayalahhhhhhh!

Gambar kakan bawah: Ainul, Ah, Me, Jun, Pah and Wanie.



Ni gambar atas stage. Sebenarnya nak amek gambar backdrop belakang tuh, tapi sebab ramai gila nak amek gambar, terpaksa lah amek sipi2 jek. Boley lar. Budak lelaki yang sebelah tuh tiba2 jek termasuk dalam gambar ni. Hihihi


Owh, ni gambar yang seterusnya plak. Terpaksa combine2 kan gambar sebab takot nanti ter overload gambar pulak.

Gambar kiri atas: Me with Hananeechan. Saya silent reader kamu beb. HEHE~ Mula2 nak amek gambar kan, Hana ni macam terkejut sebab saya nak amek gambar ngan dia. Saja jek nak wat kenangan.

Gambar kiri bawah: (Pengarah MAK) Dayah, Noreen, Lisya, Me, Funna, and Atiqah.

Gambar kanan atas: Bersama makcik jerit a.k.a Kak Long cafe. Kenangan bersama. Makcik ni da kenal muka aku da sebab selalu sangat makan kat kedai dia. HEHE~

Gambar kanan bawah: Me with Ain at Red carpet.


Gambar kenangan bersama. From left: Ainul, Ah, Me, Jun,and Pah.


Owh gambar atas ni adalah gambar bersama rummate saya. Time keluar ballroom tuh, ternampak la dia ngan kembarnya. Apalaga,amek la gambar. Sama x muka dorang? Bila da hari-hari tengok, boley dapat bezakan la dorang ni.


Lagi aksi gediks from Me and Ain. Ain ini adalah mak sedara kepada Ainul. Dia join dinner kami.


Me and Midah.


Me and budak x tahu nama. HAHA~ Nak amek gambar ngan budak ni sebab dress dia cantek. Plus, budak yang pakai topi tuh, selalu jek belit tudung dia dengan sangat kemas. Sampai tengok rasa nak tercekik la pulak. Kagum dengan kekemasan tudung dia.


Time ni da nak dekat pukul 12 a.m da. Time da nak alek. Orang semua da tangkap gambar untuk last-last pose punya lar.

Gadis gewdiks.


Suasana malam di Sunway Hotel Resort and Spa.


Us with the masquerade berlatar belakangkan harimau apa ntah dekat belakang tuh.


Okey. Gambar yang terakhir untuk tatapan umum. Gerenti korang semua da muntah hijau hitam merah kan? Nasib lar. Setahun sekali jek dinner beb. Itu sahaja untuk entry kali ini. Berakhir la sudah projek untuk sesi 2008/2009 kali ini. Semoga semuanya berjaya lagi pada tahun hadapan.

Kepada penerima-penerima anugerah yang berjaya, tahniah di ucapkan. Memang berbaloi trofi itu milik anda. Segala penat lelah anda selama ini di hargai.

Dan a big BIG biG congrates to Mila sebab memang trofi utama dari Pengetua.Anugerah Sri Kinabalu. Tahniah di ucapkan. Mila menang banyak gila anugerah malam tuh.

Kepada yang tidak berjaya, sila cuba lagi pada tahun hadapan. Jadikan pengalaman hari ini pembimbing anda untuk hari esok. Ecewah! =)

Penat upload gambar. Fuh, nak tido lar. Gud nite semua.

Doakan yang terbaik untuk saya tau. =)

p/s: Mungkin lepas ni da jarang update da. Sorry guys!

Saturday, March 21, 2009

~Dinner MAK ke-24 ( Part 2 ) ~

Salam...

Sambungan kepada entry yang lepas. Kali ni Part 2 pulak. x sabar nak habiskan semua part. Hihi~

Masuk2 jek Grand Ballroom tuh, memang kagum dan cantik. Sambil-sambil tunggu tuh, tengok la orang2 di sebelah kiri kanan atas dan bawah. Nampak lampu ni. Dalam hati berkata, berapa juta la harga lampu ni eyh? cantek gila.


Dan untuk menghilangkan rasa lapar, maka kami berfoto-fotoan. Time ni x ramai orang lagi. Nampak ballroom tuh sangat kosong. Mungkin sebab ada budak yang boikot taknak pergi, sebab ada isu halal haram lar kan. Oppsss saya xnak masuk campur. Saya taknak syubhah. Kalau anda taknak pergi, tak payah kecoh-kecoh. Duduk senyap-senyap sudah. Sebab kami nak makan kenyang-kenyang.


Sebab perut lapar, amek-amek gambar dulu. Tengah nak amek gambar tuh, waiter tuh offer nak tolong amekkan. Erk! terkejut jek tiba-tiba. Bagi jek la kamera kat dia. Punya la lama dia nak amek gambar. Tekan button tuh sudah lar kan. Ni da naek lenguh pipi dok senyum, tapi x sudah2 jugak. Amek gambar ke buat gambar Encik? Kalau x reti, tayah la nak offer diri kan. Eyh x baik kutuk orang yang dah tolong kita. Maafkan sayaEncik. Dan terima kasih once again. Anda sememangnya baik hati. Semoga sentiasa dirahmati Tuhan. = )



Meja kami. 19. Air apa ntah. Sirap campur oren kot? Entah. Tak tahu. Yang tahu,bila lapar jek minum. Bila minum jek lapar. Minum lapar jek bila. Bila jek minum lapar. Nampak sangat tengah lapar. Kepala pon weng weng da.


Bukti meja kami bernombor 19. Sekali lagi, meja tak bertuah. HAHA~


Ini senarai menu. Da namanya Chinese Set Menu, memang banyak gila lar makanan kan. Tambah-tambah perut tengah lapar. Memang semua muka da x sabar da. Kejap-kejap tengok jam. Aduih,lama lagi ke?

Perasmi dinner tersebut adalah YBhg. Tan Sri Dato' Seri Norma Yaakob, Pro-Canselor Universiti Malaya. Sepatutnya Naib Canselor, tapi NC demam dan terpaksa digantikan dengan beliau lar. Apabila beliau masuk jek, semua hadirin di minta berdiri. Eyh, tiba-tiba ayat macam skema. Ah, redahhh jek.

Then, nyanyi lagu UM yang sedap itu. Nyanyi dengan penuh semangat. Sebab tak tahu bila lagi akan nyanyi lagu UM ni. Last sekali, mungkin time konvo nanti la kot? HEHE~

Tan Sri Dato' ni memang sangat sporting sebab pakai baju mengikut tema, Black & Red. Selepas Presiden Kolej berucap, Pengetua pulak berucap. Then, perasmi YBhg. Tan Sri Dato' Seri pulak berucap merasmikan majlis. Siap pukul gendang lagi. Dong Dong Dong!

Dan tiba lah saat yang di tunggu-tunggu oleh para hadirin. Makan time!! Dum dum dum dum Food Presentation. Yuhuuuuuuuuuuuu!

Sporting gila pihak hotel ni sebab sume waiter yang masuk untuk Food Presentation semuanya pakai masquerade. Cayalahhhh!

Okey. Jom cerita pasal makanan plak. Mempersembahkan, Hidangan pertama:


Sunway Lagoon Chinese Hot and Cold Combination.

Komen: Semua sedappppp. Da kata perut tengah lapar kan, harussss semua sedap.

Hidangan ke-2:


Scallop Soup with Crabmeat and Golden Mushroom.


Komen: Pon sedap. Aku siap tambah dua kali. HAHA~ memang sedap lar, cukup rasa. Rasa nak tambah kali ke-tiga tapi nanti perut kenyang awal2, rugi lar kan. Ada banyak makanan lagi lepas ni.

Hidangan ke-3:


Oven Baked Indonesian Style Chicken with Prawn Cracker.

Komen: Time amek gambar ni, ayam da tinggal separuh sebab macam lupa nak amek gambar. Punya la khusyuk makan. Da separuh jalan, baru teringat nak amek gambar. Snap la satu. Hihi Saya makan ayam ni banyak gila I tell u. Sebab semua macam x berminat dengan ayam ni. Da la banyak gila, saya pon makan dan tambah lagi dan lagi. Sedap dowh, apasal x makan? Then, ada lebey la ayam ni. Time waiter tuh angkat,ayam yang x habis tuh dia letak atas pinggan kecik, dan letak alek kat meja kitorang. Oh, sangat bagus. Macam memahami jek.

Hidangan ke-4:



Fried Sea Bass With Pattaya Sauce.

Komen: Ikan dia biasa saja. Boley lar makan. Nasib baik x hanyir. Sedap la jugak. Makan sikit jek ikan ni sebab perut da mula terasa kenyang. Lagipon nafsu makan tengah taksub dekat ayam. Dia hidang ikan ni, lepas ayam. Mata saya memang nampak ayam jek la kan.

Hidangan ke-5:


Stewed Bean Root with Mushrooms and Vegetables.

Komen: Brokoli dengan mushroom tuh sedap giler. Tapi kalau makan banyak2 pon muak jugak. Orang semua macam da x larat nak makan, tapi saya still laju makan. Sayur maa. Berebut-rebut nak amek brokoli. Sedapppp!

Hidangan ke-6:

Deep Fried Live Tiger Prawn with King of Soy Sauce.

Komen: Hidangan yang paling di tunggu2 sampai lupa nak snap gambar. Gambar ini dicilok dari blog Mila yang menang banyak anugerah tuh. HEHE~ TQ Mila. Ai cilok gambar dari ur blog eyh?

Udang dia weyh, memang sedap gila namati jugak. Aku tatau dia masak macam mane, tapi udang dia besar gila. Kak Yana x makan udang sebab takut naik jerawat banyak. Jadi, sapa jek lagi mampu nak habiskan udang tuh? HAHA~ Paham-paham sudey. Tu pon udang tu ada lebey lagi. Sayang gila tapi nak buat macam mane, perut da kenyang.

Hidangan ke- 7:


Fried Rice "Yong Zhou" Style with Silver Anchovies.

Komen: Sedap jugak. Tapi sebab perut da kenyang, saya makan sikit saja. Hanya satu mangkuk. Makan la jugak. Nasi goreng yang terasa ada jagung dan anchovies.

Hidangan ke-8:


Chiled Sea Coconut in Syrup with Longan.

Komen: Semua orang lupa nak amek gambar sebab da kekenyangan. Kitorang da bersandar kat kerusi da sebab kenyang sangat. X larat. Makan dessert ni pon sikit jek. Nasib baik sedap.

Hidangan ke-9:

Chinese Tea.

Komen: Awal2 lagi da serve Chinese Tea ni kan. Rasa Chinese Tea lar. Takda beza pon. Bau dia wangi. Bagus untuk kesihatan lepas melantak dengan banyaknya.



Semua muka-muka kekenyangan. Muka nak muntah pon ada. Tengok nasi goreng tuh, x luak mana pon. Lebihan ayam dan udang still ada kat atas meja tuh.

Lepas tuh, VVIP pon berangkat pulang. Time nyanyi lagu kolej dan lagu UM tuh, rasa nak muntah jek sebab kenyang gila.

Owh, lupa. Artis jemputan pada malam tersebut adalah Bunkface!! excited? x pon HAHA~ Sebab aku tau lagu dia sebijik jek, iaitu Situasi. Okey la show dia. Not bad!


Edited!! Saya rasa tetiba saya minat Bunkface! Tatau kenapa. Setelah membaca komen dari seseorang, jadik saya tukar pendirian saya bahawa saya minat gila namapos kat Bunkface!
HAHAHA~ Harap gf dia x serang saya.

Okey, tuh jek tok part 2 ni.

=)

Till then, Daa~

p/s: Next entry lagi banyak gambar. Muntah ijo la korang tengok! HAHA~