Thursday, March 26, 2009

~ Spa Q 2 Episod Akhir ~


Salam...

Cerita 1:


Nak taip entry cepat2 ni. HEHE~ Poyo la kan. Cepat mana la sangat nak menaip dalam keadaan hujan lebat gila namampos siap guruh kilat bagai. uhuk uhuk Bukannya apa, dalam kepala pikir nak tido aje. Pagi tadi lepas subuh aku tak dapat tido la weyh. Lapar. Hihihi~


Petang ni, nak tengok cerita Spa Q episod akhir. Yuhuuuuuuuuuu!! Finally,ada jugak episod akhirnya. Setelah meluat dengan perangai pelakonnya yang ntah pape, tapi tetap tengok jugak, maka hari ini episod last. Kalau boleyh, taknak la miss kan. Even aku ni xdak la peminat tegar Spa Q, tapi kalau episod akhir, nak la jugak tahu kan macam mana ending story ni.


Pergghhh Dia Fadilla ni jahat gila wa cakap lu.Berlakon sebagai Julia. Memang jahat namampos. Dia berjaya buatkan aku benci dengan dia, maka harusss la lakonan dia mantap kan? Tapi kan, dia macam da kurus sikit kan? Apakah petua? taknak di kongsi bersama ke?

Saje jek nak bg informasi terkini dekat korang.

  • Melissa tuh bukan anak Qistina, dia anak Datin Sofiera.
  • Datin Sofiera tuh madu kepada Qistina, tapi Qistina tatau yang dia dimadukan. Kesian =(
  • Dafi macam da insaf sikit. Kalau x, macam gila betol dekat Julia tu.
  • Laki muda tuh macam minat dekat Qistina, tapi ending dia, macam dorang x bersama jek
  • Hari ni Datin Sofiera macam kena tahan ngan polis kot
  • Hari ni episod akhir, maka ramai2 la menyaksikannya k?
  • Malam karang, hapdet lagi. Kita story-mory tau. Tu pon kalau rajin.

Owh ye! Gambar harusss di kredit kepada Google. Ahaks Malas nak terjah sini sana, google jek senang. Aku kan selalu lupa nak kredit bagai, sekali bila makcik ni buat entry ni, terus insaf sekejap. Hiks


Cerita 2:

Semalam tido lewat sampai mata bengkak muka sembap. Buat thesis la kononnya. Kata hidup dan matiku hanya untuk thesis. HAHAHA~ Okey, aku tipu! Aku pergi main Pet Society. Cissss! Mula-mula just nak mandikan Usyuk(nama pet society aku), tapi gila lar la kan. Aku pergi shopping dekat Luxury lar, beli furniture la, pergi race dekat Stadium lar, sedar x sedar, da lewat weyh.

Tapi paling best, time aku maen game tuh, rummate aku pon tengah study jugak, kat side belah dia la kan. Terkejut la jugak. Sebabnya, rummate ku ini adalah stock yang tido awal gile namampos! Tapi semalm almost pukul 2 lebih dia x tido lagi. Apakah? Then, bila aku turn off jek laptop, baring kat katil, bace doa tido apa semua, dia pon x semena2 terus shut down laptop dia juga. HAHAHA~ Takot dowh nak stay up sorang2. Bertambah dengan musim2 ini kan. Dengan tension lagi. Macam2 benda boley berlaku.


Cerita 3:

Pagi tadi aku basuh kain. Lepas subuh jek, terus rendam kain2. Then,pergi breakfast. Perut haruss di isi dahulu. HAHA~ Kalau x, xdak tenaga la weyh.

Owh ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sob sob sob. Sebenarnya, pagi tadi da ada instinct da, macam rasa akan hujan jek petang nanti. Tu yang aku gigih jugak lepas breakfast nasi lemak kat Dewan Makan, terus basuh kain. Dalam hati, nyanyi lagu Slam ni la, "Ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang Oh oh oooo". Hamek ko, sekali hujan bebetol2. Menangis dalam hati jek la.

Nasib baik la aku da jemur kain awal pagi tadi, so takda la lembap sangat. Ni kain-kain ni tengah bergayutan di tiup angin sepoi-sepoi bahasa yang x sepoi mana di dalam bilikku ini. Cuaca di luar sana menunjukkan langit gelap yang amat sangat. Maka, harussss la tido sekejap. HAHAHA~

Okey la, sebab nak tido time hujan ni, maka entry ini berakhir di sini.
Daa~

p/s: Aku nak pergi tido la wey. Jommmmmm =)

14 comments:

chikteh said...

errr...pembetulan..tuh lagu Slam ockey?? hahahha.. ;p

~ilyanie_usyuk~ said...

Chikteh

HAHAHA~

Okey, thank u.
Confuse mar


Lalalaaaaa

nieja said...

i lagi la,
dlu x layan pon spa q
sbb mcm ntah pape je
lastweek start tgk sket2..
tau2 arini da last
hahaha..

~ilyanie_usyuk~ said...

Nieja

A'ah Nieja.
sama la ngan ai.
Baru start nak layan mgu lepas.

Tup2 arini episod akhir.
nasib baik.

Tapi macam akan ada sambungan jek kan?
huhu

=)

chikteh said...

lorrr...tgk 2 episod je..baik tayah tgk mcm ai..hahahha

~ilyanie_usyuk~ said...

Chikteh

Ahaks
episod akhir harusss tgk beb.

=)

Redbloodsnow said...

a'ah si dia fadila dlm spa-q mmg jaat giler. tp aku suke tgk die tuh jek dlm spa-q tuh jek. ppuan chantek mmg mantap di bg blakon watak jaat..kahkahkha

:D

caNNyGurl said...

weh ape ending spa Q???

aku x lyn sgt since blk keje lmbt tp aku mcm nak tau gak r ape ending dia

cepat cite!!

haha

~ilyanie_usyuk~ said...

Redbloodsnow

A'ah kan kak.
Pompuan cantek meletops memang sesuai jadik jahat
huhu

~ilyanie_usyuk~ said...

Cannygurl

HAHAHA~
Nanti aku cite eyh.
If rajin lar.
Malas dowh.
Tolong buat thesis aku

=(

nieja said...

episod dpan2 x prlu tgk
kot tgk yg last2 sudey
hahaha..

a'a tu la..
cm de smbungan je..

~ilyanie_usyuk~ said...

Nieja

A'ah.
Tgk yang last2 sudeyh lar kan.
tak perlu buang masa tgk kontroversi ntah hape2.
HAHA

rasanya akan ada Spa Q 3 jek kan
hoho

=)

Anonymous said...

eh. Dia Fadilla ke tu? bukanke Farahdhiya? errrkk.

IdzaRis79 said...

itu bukan dia fadilla la...

itu farah dhiya...

jangan terkonpius yer..heheheh!!!