
Tarikh: 23 Mei 2009 (Sabtu)
Aktiviti: Pergi wedding Siti Nur'Ain Hamsan dan Anuar
Tempat: Batu 9, Cheras
Ihsan gambar dari: Alwani Fickry, Madey dan Suhaila
Aktiviti: Pergi wedding Siti Nur'Ain Hamsan dan Anuar
Tempat: Batu 9, Cheras
Ihsan gambar dari: Alwani Fickry, Madey dan Suhaila
Aku sampai dari Kelantan dalam Subuh Sabtu tuh. Then, lepak rumah Sue. Ingat nak tido, tapi tadapat lelap. Sempat lelap kejap jek. Perut sakit la. Tetibe jek perut buat hal. Lepas tuh, Cda siap msg kasik warning lagi suruh bangun pergi mandi. Mencecet lari masuk toilet sebab takot kena sekeh ngan Cda. HAHAHA~

Dalam pukul 12.30, kumpul2 semua dekat rumah Sue dekat Kerinchi ni. Then, gerak ramai2 ke DTC, UM sebab nak amek Che' Pa, Intan dan Yat. Diorang ada pre-employment kat UM.

Before gerak, haruss bergambar dulu! Time ni still dekat UM lagi. Then , gerak la menuju ke Cheras kan. Time ni da confuse2 nak ikot sape neh? Azim n Madey tahu jalan. So, follow la Madey. Sebab Azim nak g amek Wan Nazirul. Konvoi dalam 3 buah kereta. Sumbat sume orang dalam 3 keta ni. HAHA~

Kitorang share hadiah ni dalam 11 orang gitu. Giler ramai kan? O.k lar berbaloi. Kitorang bukan keje lagi. Bajet pon ciput jek. Haruss la share kan. Hananiey tolong belikan hadiah ni. Hadiah terbaeeeeek ! Thank u Hanan Hehehe~

Sebelum gerak tuh, wajib berposing bersama hadiah yang di bawa. Then, budak kecik yang depan 2 orang tuh, nk pikul hadiah 2 orang. Last2 aku tgk macam takda la berat sangat. Then, aku yang kena pikul hadiah itu. Owh, aku di buli.

Sampai2 jek, semua orang macam tgk hadiah itu. Macam besar kot. Mesti dorang bz body nak tahu hadiah apa kan. HAHAHA~ Salam2 sume, kakak Noen kata bilik pengantin penuh sesak. Dia kata pengantin lelaki da nak sampai da. So, dia suruh kitorang makan dulu lar.

Apalaga, makan lar. Beratur macam kat Dewan Makan. Sangat suwitt semua orang. Semua lauk2 dia memang superb sedap namampos! Giler ahh. Cuma nasi dia macam pulut sikit eyh? Tapi canteeekk sebab warna kuning di raja. Air plak, dorang hidang air mata kucing. Giler sedap weyh! Hilang terus dahaga.

Antara lauk-lauk yang ada.

Lepas makan, meja yang kitorang duduk tuh dorang nak kemas2 sebab meja tuh untuk rombongan pengantin lelaki. So, basuh2 tangan and bergegas bangun. Kesian la kan. Dorang kena kemas cepat2.

Lepas tuh, pergi dekat meja yang Madey and the geng duduk. Wanie amek kan gambar kitorang. Semua macam berebut2 sumbat nak masuk gambar. Ye ah weyh! Kamera Wanie bestt kot. Memang terbaeek a!

Hiasan di meja pengantin. Siap ada cupcakes Wanie sponsor. Canteek kan?


Kebetulan! x plan pon weyh. 3 orang honey madu ni pakai kaler pink! Kalau lah Wan Rai ada, mesti 4 dara pingitan berbusana pink. Suwitt kan? AJ jelesh ! HAHA~

Lepas dah takda arah tujuan,duduk beramai-ramai di tepi longkang rumah makcik mane ntah. Sebab kerusi semua orang nak duduk kan. Haruss la bergedik bergambar bersama mereka. Cantek kan baju Kasturi tuh. Nampak suci jek kaler putih. Well, Kas memang cantek Hihi

Sangat sukeee gambar ni. Semua orang macam duduk mencangkung. Nak letak caption ape eyh? Gadis-gadis ayu mencangkung di tepian longkang. HAHAHA~ Cda as usual,memang takkan tengok camera. HAHAHA~

Owh zoom gambar meja pengantin dari dekat. Nampak sedap lauk-lauk yang di hidang. Yummy!

Kek 3 tingkat! Simple tapi nice.



Dan masa yang di tunggu2. Yeahh! Pengantin pun tiba. Cantekk giler Noen dan Nuar. Sama cantek, sama padan. Bagai pinang di belah dua. Ewahh!

Pengantin berarak menuju ke pelamin. Menuju alam bahagia yang akan di bina bersama-sama.

Lepas tuh, nampak tak artis yang dekat tengah tuh, pakai baju kebaya purple tuh, dia da nak alek da. Bergambar bersama artis wajib la kan sebelum dia balik. Artis nak balik da sebab panas berpeluh2, nanti x glemer la nampak baju peluh2 kat belakang. HAHA~ Ampun Wanie.

Gambar ni caption dia adalah : Berebut nak berpeace bagai. =) Cuba kira ada berapa peace!


Last but not least, picture yang sangat perfect! Terpaling sukeee gambar ni. Suke amat sangat lar. Memang suke! Semua muka ceria giler even Intan dan Hananiey terceria lebey. Hihihi~
Thank you guys. Wedding Noen ni macam reunion la pulak kan? Dapat jumpa dorang sume memang bestt lar. Lepas ni tak tahu lagi dapat jumpa ke tak kan. Sebab mostly sume da habis blajar. Tunggu nak konvo jek. Oh, tetibe jek sedih =(
O.k. Entry tamat! Penat dowh menaip ni. Da la lapar. Perut dok teringat makanan dekat Murni ss2. Hadoiii. Madey punya pasal lah ni. Tgk, salahkan orang plak. ilyanie, plz stop Bangauing! =)
Owh, Wanie. Aku curik gambar dari fotopages ko tau HEHE~ TQ beb!
Sue and Madey! Aku pon curik gambar dari facebook korang! TQ jugak! Hiks
p/s: Next, tgu wedding dekat TTDI pulak. Hihihi kata Madey!
p/s lagi: Sila muntah. Kata rindu aku x update kan. Hamek sekalik update, berpukal2 gambar hik3