Friday, April 3, 2009

~Pop Band Feseni 2009~

Salam...

Pada 1 April yang lalu, kami telah terpergi ke Pertandingan Pop Band Festival Seni Universiti Malaya 2009. Kami yang di maksudkan adalah ilyanie, Yat, Qilah dan Suelaiey. Kami merempit menggunakan motosikal yang di pinjam dari rummate masing2. Sebab apa kata terpergi? Sebab mula-mula macam taknak pergi. Lepas tuh, macam besh jek Pop Band kan, plus aku x pernah miss nak tgk Pop Band ni, maka harusss lah pergi dengan keadaan tergesa-gesa.



Ringkasan band-band tersebut adalah seperti di bawah:

Ada penyanyi perempuan dari Kolej Pertama, chumel giler budak ni, nyanyi lagu Sinaran. Mula-mula dengar suara dia, "Er, apasal macam sengau eyh?". HAHAHA~ Lepas da lama-lama kan, suara budak ni sangat unik. Macam x sume orang yang ada suara macam dia. Besh suara dia. Teringat dekat Wawa. Wawa, dulu time ko nyanyi lagu Jendela Hati,aku datang sokong ko tau. Hihi Nasib baik menang kan time tuh?

Then, persembahan dari Band Kolej 8, biasa2 saja. Tapi hebat jugak lar. Ke aku da boring asek dengar lagu yang sama jek ek. Hiks Ada satu group tuh, Kolej 5B. Mula-mula nak start tuh, ada sorang mamat ni, pakai kain key tutup2 mulut dia. Sume orang macam pehal lak mamat ni. Macam Ninja pon ada. HAHA~ ke mulut dia busuk eyh? sebab tuh dia tutup mulut dia. Erk ke dia x tahan dengan asap2 kat atas stage tuh? Kira macam2 andaian la di buat kan. Last2, time lagu ke-2 tuh, dia bukak kain key tuh, dan terserlahlah muka sebenar dia. Ceyhhhh! Muka sejibik macam Faizal Tahir. Sejibik la weyh. Rambut pon ala-ala rebonding gtu. Bajet artis ngko.

Lepas tuh, ada Band dari Kolej 5A kalau tak silap, nyanyi duet lagu Cinta Dalam Hati.Sedap giler wa cakap lu. Suara macam vokalis Ungu. Sedap gila amat. Meleleyh seyh tengok mamat tuh menyanyi. Yang ada lagi satu group tuh, nyanyi lagu Demi Waktu. Lagu kenangan ku. Owh =( .Er apesal sume nak amek lagu Ungu ni eyh?

Then, ada satu group tuh menyanyi lagu Farhana-Jinbara. Memang sedap giler lar. Lagu tuh telah di beri nafas baru kan. So, wa tabik sama lu la weyh. Drummer dia besh! terus hantar msg dekat Funna. Hiks

Tengah syok2 layan band kan, tibe2 kuar lar pakcik Urusetia FESENI 2009. Dia suruh band tuh stop, dan membuat pengumuman secara mengejut. "Minta perhatian! Pertandingan Pop Band terpaksa di berhentikan seketika. Anda semua di minta keluar dari Dewan ini secara senyap atas faktor-faktor keselamatan. Harap maklum. Minta kerjasama semua, sila keluar dari Dewan ini dengan kadar yang segera."


Erk? Segera? Aku pon macam, betol ke pakcik ni? Sue siap cakap lagi, ke April Fool eyh? HAHAHA~ Bila dia cakap atas faktor keselamatan kan, aku terpikir apa nak tahu tak? Eh eh ada bom ke weyh? Macam besh jek. Jom lari kuar cepat2. besh woo. Ko tak rasa besh ke bila ko akan menjadi saksi di tempat kejadian melihat bom meledak kan? Tak semua orang akan rasa experience tuh weyh.

Dan kitorang pon keluar la kan. Amek port yang paling dekat nak masuk dekat Entrance DTC tuh. Sekali, dia suruh berundur lagi. Betol ke ntah ada bom tuh. Biasa lar. Setiap kali ada pop band kan, mesti akan ada orang yang sabotaj. Last year, dorang sabotaj dengan cara, lepaskan gas-gas berbau busuk macam najis. Giler busuk lar. Tapi bertahan jugak duduk dalam tuh sebab nak tgk Pop Band punya pasal. Tahun ni, kisah bom la pulak. Macam-macam Pop Band betol lah.


Muka yang masih sabar menunggu. Menanti dan terus menanti. Chewah! Dalam hati, Tuhan jek tahu macam mana perasaan nak mintak balik duit tiket sebab kami bayar! RM 3 tuh weyh. Padahal aku da dapat pass percuma. Thanx again Funna da Great!

Sempat lagi dak itu maen PSP. Yelah, nak snap2 gambar, camera da kena curi. HEHE~ Sabar yek Qilah. Awak, nak pinjam camera boleyh? Muahhahhaha saje jek sakitkan hati dia. Mampos aku kena sekeh gak kang.


Orang ramai yang masih setia menunggu mengharap Pop Band akan di sambung semula. Time ni, polis da sampai sume da. Nasib baik FRU semua x datang ke ape kan. Kalau tak, mau meriah jugak DTC ni. huhu Dalam sejam lebey jugak lar, kitorang da nak balik da time tuh. Da amek helmet da, tibe2 orang cakap, Pop Band di sambung semula. Apalaga, masuk la balik weyh.

Lepas da masuk balik semula, amek port yang terbaik punya. Yelah, orang pon da tak ramai kan. Erm masuk2, duduk betul2 depan juri tuh. Memang view dari situ canteeek jek tgk. Aku mintak hp Sue, nak amek gambar juri ni. HAHA~ Juri ni lawak siot. Dia ni dari Group XPDC. Nama dia ape ntah. x ingat. Aku nak amek gambar candid jek. Dia rajin berpeace bagai. Duduk depan juri ni, memang asek tergelak jek. Juri-juri ni macam otak yang gila2 la weyh. Siyes macam budak2. Ingatkan dorang ni type yang siyes ke apa kan.


Tengah layan band, budak muka macam Faizal Tahir tadi masuk duduk depan kitorang. Fulamak! Tengok Faizal Tahir dari dekat weyh. HAHAHA~ Bajet betol budak tuh. Jelesh kat dia sebab dia macam agak glemer jugak malam tuh.

Tapi group yang paling best, group yang last sekali. Band dari Kolej 9. Dorang perform lagu Dalam Diam ku Menyintaimu. Perghh mahsyuk giler la beb. 1 DTC tu nyanyi lagu tuh. Lagu tu lagu lama kan, tapi telah di beri nafas baru. Memang sedap giler la suara mamat tuh. Qilah kan, admire giler dekat guitarist dia. Hensem kot? HAHAHA~ Group kolej 9 ni kan, siap bawak kompang bagai. Kira besh la bagi aku dorang perform ni. Tapi result penuh tatau lar. Sape menang eyh?

Berbaloi jugak la menunggu selama sejam lebih tuh.Group yang last-last tuh perform terbaik punya. Tak sia-sia ai tunggu uols perform tau. Then, balik terus pergi makan-makan dekat BOMBA. Ingat nak pergi Old Town, tapi kitchen da tutup. Boley order bread and drinks jek. Kami mahu makan mar! Sampai bilik da pukul 2.30 pagi. Dieyla, gate UM still bukak lagi la yang. Dia x tutup pon. HEHE~

Da habis taip entry ni, matahari memancar-mancar. Tibe2, ujan turun dengan lebatnya. Hujan panas weyh. Tak sabar nak tengok pelangi kejap lagi. Semoga pelangi itu akan menyinari hidupku jua.

p/s: Sedang berfikir mahu tengok malam Juara-juara atau tidak. Hiks =)

18 comments:

wawa pucca said...

wei

perlu la ada nama aku?

hahah

kau ingat lagi lagu aku nyanyi?
terharu siot!

I.L.Y.A.N.I.E said...

Wawa Pucca

Weyh harusss la ada nama ko jugak.
HAHAHA~
kenangan weyh aku tgk ko nyanyi lagu kat atas stage tuh.
Lepas tuh, siap main-main mata ngan Pak Chop lagi. Wakakakaka
Takan ku lupa.

Oh, jendela dari pintu,
menuju ke hati ku.
Oh oh ooo

=)

Dieyla said...

wah~
semangat betol u nih!
semangat uni gitu!
HAHAHA~
bagos2~
student macam ni la yang kita mahu.
sanggup tunggu.
eceh.
tapi ape yg diorang kecoh sgt?
asal nak sabotaj?
sape yg sabotaj?
banyak la pulak tanya kan budak Dieyla ni.
ngeeeeeeee~
tapi betol2 ade bom ke?
gile gempak siyot!
kalau bom meletup glemer la u malam tu!
mana tau masok suratkhabar mangsa rentung ke ape.
eyh eyh.
tak tak.
main2 je.
hehe~

eyh.
gate tak tutup pun eyh?
hampeh betol.
betol2 mainkan perasaan aku lah diorang ni!
HUWAAAAAAAAA~
mati mati aku pecaye!
bodo!
eyh eyh.
tetibe marah.
AGAGAGAGA~
wei i tak marah u tau.
i mrah pak guard.
:P
kang u taknak kawan ngan i lak.
hehe~

(Ape ke panjang sangat komen aku neh.)

yang benar,
dieyla arnab cumel.
:P

hananiEy said...

haaaaaaaaa...

muke mamat cm faizal tahir?

biaaa btikkk ,c long oiyh

;)

Hananeechan said...

org g jugak tgk popband, tapi lepas lagu sinaran tu da balik da..
esoknye dengar pasal bom tu, macam, aiseh, rugi tak tunggu, nak tolong kecoh2 skali. heheh

tapi yg kelakar, malam juara2, siap da pesan, taleh bawak masuk beg galas, atau beg tangan besar2 untuk keselamatan.
huhuhuhu...glamer la UM kalo kene bom.

QiLaH said...

Mc Long!!
Bkn guitarist meh..!!Aku admire kat vokalist dia lor.
Bkn admire lg, aku dh terjatuh chenta siap.uhhhh.
aku dtg melawat blog ko semata-mata membetulkan fakta.
hahahaha.

Redbloodsnow said...

alaaaa..awat x snap pic budak yg bermuke cam faizal tahir tuh ilyanie. nak gak kak zie nengoknyer..kehkehkeh

:P

Amazing AJ said...

apsal x amek gamba budak mcm faizal tahir tu?

Anonymous said...

lorr nape tak amik gmbr dak yg muka cam faizal tahir tu.. =0

Amazing AJ said...

aku jual tudung...

beli beli belii

murah saja

and tlg promote..heee

I.L.Y.A.N.I.E said...

Dieylaperghhhhh gila panjang kot komen u ni. Sampai penin bijik mata bace.
eyh eyh over pulak.


Mana ada bom pon. Aprill fool jek kot Hiks

Erm pergi merayap malam2.Lepas tuh, try la alek lewat sesekali.
Merasa la masuk kena tanya soal sikit2.tuh jek

=)

Dieyla arnab biol hahaha~

I.L.Y.A.N.I.E said...

hananieyhanan teruja lebey bila dengar nama Faizal Tahir.
ehems tuan mata itu mana da eyh?
Hihi

I.L.Y.A.N.I.E said...

hananeechanA'ah. Lawak giler lar.
beg sume da xley bawak masuk da. Dahsyat betol lar. Gempak betol cerita bom tuh Hiks

Rugi kan kamu takda.Kalo x, boley kecoh2 sama. Kecoh mak Enon. Hihi

I.L.Y.A.N.I.E said...

QilahHAHAHAHAHA~ (geak macam Shin Chan)

Semangat seyh ko komen, terkezut mak tau.
AKu pon da terjatuh chenta giler dekat vokalis tuh weyh.
Dalam diam, ku mencintai mu.
Ohhhh

cair meleleh2 mata~

I.L.Y.A.N.I.E said...

RedBloodSnowAla malas nk snap. nanti dia perasan terlebey. Mencik lar.
Padahal dalam hati terkinja2 nak amek gambar budak tuh
HAHAHA~

I.L.Y.A.N.I.E said...

Canny GurlKo pon gediks ek?Hiks

Sila baca komen di atas!

I.L.Y.A.N.I.E said...

nemoSIla bace komen di atas ats.
hihi

I.L.Y.A.N.I.E said...

Canny Gurl
Lawa2 seyh tudung ko.
Tapi aku tgh save ni
sob sob sob