Thursday, April 30, 2009

Khamis yang bosan

Salam...

Semalam telah pergi ke Bukit Cinta, jalan-jalan menghirup udara segar sambil menskodeng orang berdating HAHAHA~ (Bukit Cinta adalah di dalam area UM, antara Kolej 8 menuju ke Akademi Pengajian Islam, kan ada bukit kan? Ha, tu di panggil Bukit Cinta.Sebab? Tanya la senior sendiri) Lepas tuh, bergambar 2 3 keping. Lepas tuh , balik sebab da senja. Tak manis di pandang orang melihat anak dara terkedek2 pulang senja.

Lepas tuh, ter-stuck dekat depan Kolej 10. Sebab? Banyak gila monyet2 yang belum pulang ke hutan! Ciss buat adrenalin naik jek. Seram giler. berdebar2. Peluh menitik2 hanya Tuhan jek yang tahu. FYI, monyet2 kat sini bukannya manja okey, tapi ganas amat. Silap2 dia boley melompat kat atas ko. Lepas tuh, cakar-cakar ko. Owh scary gilerrr. Pergi depan sikit, bapak besar monyet tuh. Lama kot tunggu jek segerombolan monyet tuh pulang ke tempat asalnya. Lepas tuh, ada lagi 7 8 ekor yang tak reti hahasa nak balik. Kami dengan tidak sabarnya, terus lari-lari ayam. Takot kena terkam ke, kena kejar ke kan. Takot siot. Nasib baik tidak di apa-apakan. Fuh, alhamdullilah.

O.k. Cerita Khamis pulak.

Hari ini sangat kuciwa gila amat. Oley sebab bulan mengambang, maka telah kunci jam pukul 7.30 pagi. Sebab nak pergi makan nasi lemak DM yang super sedap itu. Konon nak makan buat kali terakhir la kan? Akan tetapi, tangan gatal pergi tutup alarm clock tuh. Siottt! Sedar2 jek da pukul 9. Dah terlambat. Adeyhh ! Sedih betul. Rasa sedih amat. Sampai nk cuci baju pon malas tau. Uhuks Tak apalah. Tak ada rezeki kot? =(

Sebagai pengubat hati, petang ni kena pergi IKEA pergi makan meatballs dia. Oh,my~ Lama giler da kot mengidam meatballs yang orang kata sedap sedap sedap. Tak sabar nak tunggu dorang abs exam Network Design petang ni. Korang! Buat betul2 tau. Final paper ni. Good Luck! =) Hihi

Then, mungkin bertambah sedih gila amat sebab tak dapat pergi OIAM. Ingat nak pergi dengan Syarq ngan Sue. Lepas tuh, mak Syarq tak bagi keluar rumah. Boley jek nak naik train, tapi nanti nak pergi Stadium nanti, sume macam Arrrhhh! susah jek. Ajak Juden,tapi dia ada hal ngan parents dia plak. So,decide dengan hati yang maha kuciwa, tak jadi pergi. Aku nak pergi nak sokong sape? Nak sokong TOMOK la weyh! Dari Form 2 kot aku minat giler dekat Newboyz.Okey, gelak lar kalau nak. gelak gelak.Wakakkakakakaaa Tomok! Kenapa saya hantar surat dekat awak,awak tak pernah balas ea? HAHAHAHHAHAHAHAH~ Gelak besar!


O.k2. Nak kemas barang-barang pon da takda mood tau. Burim lar. Rasa macam sedih plak nak tinggalkan kolej ni. 4 tahun kot aku di sini. Tempat jatuh lagi kan di kenang, ini kan pula tempat...


O.k. Selamat berhujung minggu semua. Dan juga Selamat Hari Pekerja. Dan juga Selamat Datang May 2009! Good Bye April.

Selamat pergi Cameron wahai wanita itu. Nanti jangan lupa bawak balik Strawberry untuk ai tau. TQ

p/s: Kalau kita ingat dekat orang, tak semestinya orang akan ingat dekat kita. Ingat! Ingat!

6 comments:

Liz said...

nak gelak sbb u suke tomok je...
ahahahahahhahhwhakakakawkkanjajkdkjhdkjkkkkakakakakakakakehuhuhuhu
ok cukop..
*astaghfirullahalazimm..
kenape aku arini..*

I.L.Y.A.N.I.E said...

Liz /n

Ha, gelak lah banyak2.
gelak. gelak. geget kang
HIHIHI~
Besh la weyh Tomok.
Oh, Tomok!

Lepas da gelak,istigfar o.k.
Chumel giler
Ahaks

Dieyla said...

eyh,
sure la ni u penah anta surat kat tomok?
biya betik weh?
ok jom gelak ramai2.
MUAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA~



dan lagi satu.
monyet mmg jahat.
saya tak suke monyet.
heh~

I.L.Y.A.N.I.E said...

Dieyla /n


Wah jahat u. Betik la weyh.
Gelakkan ai.
Jom gelak same2. Wkakakakakakakaaa

Yup. Monyet suke curik makanan saya.
HAdoi.. =D

chikteh said...

aku rela reply pkai hp..pakai opera mini pn..sbb aku xnk lpskn pluang nk gelak bsr ni..kekekeke.. hoi..tomok! nape u xreply surat yg gf ai ni hntr! huh..kn dh hlg vote..mencik tomok! wakakaka.. kelakar la long..serius klakar ockey! haha

I.L.Y.A.N.I.E said...

Chikteh /n

Cisss! U memang tau. Kalau bab nak kutuk ai, memang no 1. Muahahhahaa

Ntah la Tomok ni, nape ntah tada reply surai ai pon tau. HAHAHA~

Heyp heyp sudah sudah lah tuh gelakkan ai okey. Menyampah noksss

=)