Thursday, July 9, 2009

Pengalaman menaiki bus di pagi hari

Salam...


Lately, mood happy banyak da pergi merantau ke negara lain. Honeymoon mungkin. Sekarang, mood masyam jek yang ada. Rasa nak belasah-belasah and tendang orang jek. Padahal orang tak salah pun. Nak tendang bus pun ada, nak terajang train pun ada. Haisssh, bunyi macam ganas kan, tapi saya ni baekkk, sopan santun, berbudi-bahasa. HAHAHAHAHA~ Takkan mungkin la aku akan berbuat demikian kan.

Dalam minggu ni, da masuk hari ke-3 di tinggalkan bus yang penuh sarat-marat itu. O.k. For your information, rumah aku area Hillpark. So, dari puncak bukit tuh, menapak la ke bawah sampai lah ke bus stop yang depan Restoran Riang-riang tuh kan. Setiap hari, begitulah aktiviti aku. Aku akan tunggu bus Rapid KL 632 Bukit Angkasa-UM.

Hari Isnin yang lalu, aku kuar umah dalam 7.10 gtu lar. First bus yang sampai depan mata aku, penuh. Pakcik bus tuh angkat tangan jek lar. O.k, fine. Then,15 minit kemudian, second bus lalu, penuh jugak!! Takpe lagi. 15 minit lagi, penuh jugak??!! What the F lar kan. Da 3 bus penuh. Baek aku tunggu bus pukul 8. Takyah aku terkocoh-kacah bangun awal sebab nak kejar bus kan. Sape tak sakit hati dowh. Ko tunggu bus dari 7.10, tapi pkul 8 belum tentu lagi bus tuh akan berhenti nak amek ko. Time tengah taip entry ni pon aku sakit hati lagi. Rasa bengkak jek dada aku menahan geram neh tau. Korang mungkin tak rasa apa yang aku rasa. Nak rasa? Jom join aku tunggu bus esok. Baru lah ko tahu betapa peritnya melihat bus berlalu depan mata.

Yang minggu2 lepas, takda ah jadik benda camnih kan. Cuma sejak UM da bukak semester neh, maybe ramai la budak UM yang naek bus Rapid KL ni kan. Penuh dia, bukan penuh yang maen2. Penuh yang sarat-marat sampai ko kena ciyum pintu gtu. Echewah. Eyh aku cakap betul ni weyh. Berhimpit-himpit sampai tersentuh bukan muhrim bagai da lar. Risiko naek bus.

Sape yang tak sakit hati beb. Sampai 3 bus penuh kan. Kalau aku kederat sikit, nak jek aku jalan kaki dari Hillpark ke Stesen U. Kang sampai ofis, da berpeluh2 masam. Tak selesa la plak aku nak kerja kan. Dalam beberapa hari neh, aku asek fikir strategi yang terbaek. Camne nak sampai ofis tepat pada waktunya. Bukan hari Isnin saja, hari selasa pun camtuh, hari ini pon camtuh. Arghhh! Tak tahan la aku. Tekanan perasaan la camnih. :( Asek-asek kena tinggal bus jek tau. Geram betul.

Apa harus aku buat sekarang?? Mood aku hari nih swing lar. Kejap O.k. Kejap tak.

Bila aku sampai Stesen U lambat, maka akan lambat lar aku sampai Mid Valley. Bila aku sampai Mid valley lambat, maka akan lambat lah jugak aku naek Komuter kat Mid tuh. Cerita pasal Komuter takyah cakap ah. Lagi hebat. Bila da sampai kat Bandar Tasik Selatan lambat, maka kami bertiga tak sempat breakfast. Rasa bersalah lar kat Juden kan, sebab dia kena g site. Kalo tak breakfast pagi, memang flat ah kan. Sory juden, my bad. Again, sory :( Uwaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Sory lah kalau Rapid KL nak terasa ke ape. tapi ni luahan hati aku lar kan. Tolong lah tingkatkan mutu perkhidmatan anda. Kalau setiap hari macam ni, saya pun tak tahan. Bukan saya sahaja, malah berduyun-duyun pengguna laen yang nak naek bus anda terpaksa senyum kecewa kelat saat pakcik bus bagi lampu tinggi. Maknanya, sila tunggu bus yang seterusnya.
Oh, alangkah indahnya kalau ada LRT kat Hillpark. Takyah nak berebut bus bagai da. =)

p/s: Esok macam malas nak pergi kerja. Sebab malas nak tunggu bus. Macam orang bodoh tunggu bus penuh lalu depan mata.

8 comments:

hananiEy said...

nak kene rapid kl neyhh!!~

i nk suh PM buat bus byk2 la.. pastu name kan bus tu..


"mc long bus "

kire u je ley naek. org len x ley. kire cm driver dtg amik u la mc long. tp bukn kete, bus ihihi


chilll darling!!~ ;)

auxios said...

time ni le aku teringat...

*"Saya sukaaaaaaaaaa naik bas"

*iklan TV

no no saya tak suka...

beli motor la satu...

nieja said...

weiiiiiiiiii
rendu u la..
ape ni byk n3 u
i ttgal..
nak baceee
pnjangnya.. mata da
ngantok.. bace esok
aci tak? hehe

Amazing AJ said...

kate nak naek U74. jadi ke? Ke tak menjadi gak strategi tu. hahaa

~ilyanie_usyuk~ said...

Hananiey
/n

HAHAHHAAH~
Mclong bus ockey.
mampos orang laen jelshh tau kalo ai sorang jek yg ley naek bus tuh.
Entah la. bila ntah nk ada improvement pasal public transport neh.

=)

Chilll, darlingss

~ilyanie_usyuk~ said...

Pudin
/n

HAHAHAHA~
Bak sini duit.
bagi kat aku.
la neh gak aku g beli motor ockey

=)

~ilyanie_usyuk~ said...

Nieja
/n

HAAHAHAHA~ Ai tahu u tak sihat.
I kan follower blog u.
So, harusss lah tahu kan cerita-ceriti u.
Takpe.
Esok qada' baca k.
TQ

~ilyanie_usyuk~ said...

AJ
/n

Aku da naek da weyh.
Macam2 strategi aku try.
last2, asma jugak U74 tuh sampai KL Sentral pkul 8 jugak.
haisshh bus apa ntah yg ley datang cepat neh.
bus terbang ada tak?
HAHAHA~