Saturday, June 20, 2009

Hari sabtu saya berada di ofis

Salam...

Sabtu.

Hari ini adalah hari Sabtu. Maka dengan rasminya, saya menyatakan bahawa saya berada di ofis :( Macam pekerja contoh betul kan? Hari ini kerja half day. Orang laen terbongkang tidur, kita sorang sibuk-sibuk bersiap pergi kerja. Rasa nak pijak2 jek Wane ngan Dayu sebab tidur dengan nyenyaknya. HAHAHA~ Mati lar Lion cute pijak hamster ngan lizard. Lion: Aku. Hamster: Wane. Lizard: Dayu.

Bersiap-siap diri. Pergi kerja dengan tabah hati. Berjalan kaki. Menaiki bus rapid menuju ke Stesen Lrt Universiti. Kemudian, ke Mid Valley. Seterusnya, Komuter BTS, dan menaiki taxi. Sampai ofis, makan megi. HAHAHA~ Sebab bos tengah breakfast kat gerai tuh, takkan nak pergi duduk sebelah dia. Kantoi la datang lewat kan.

Sedang menyiapkan entry. Mata asek melirik ke kanan dan ke kiri. Resah di hati. Kerana perut meronta-ronta minta di isi. Arghhh laparnya. Lalan. Kita lapar. Eyh terpanggil dia plak. HEHEHE~


Masak.

Hari ini akan memasak Nasi Ayam bersama housemate terchenta, Wane dan Dayu. Yeahhh! Nama Nasi Ayam tuh, Nasi Ayam 3 Dara Pingitan. Sebab nak kalahkan Nasi Ayam Cap Dieyla.KAHKAHKAH~ Wane da pergi beli ayam dan bahan-bahan. Nanti hari Isnin, aku update masakan kami yek. Siap da plan nak letak gambar. Sebab da berapa entry da takda gambar kan. Dayu masak nasi, Wane masak ayam, aku masak sup! Muahahhaa giler senang kekentangan.

Tak sabarnya nak balik rumah. :(


Rakan-rakan matriks.

Plan nak jumpa rakan-rakan matriks pada hari Ahad ini. Bermaksud esok harilah. Yuhuuuuuuu! Atirah dan Aisyatul yang ada kat Terengganu tuh, sila jangan jeleshh. Muahahhahaa Da lama kot tak jumpa dorang. Nanti nak bergediks-gediks la ngan dorang.

Ala jumpa biasa-biasa jek. Sekadar melepaskan rendu di hati dan sambut birthday Lin. Lin, nak hadiah. Idah, nak hadiah. Muka tak malu mintak hadiah dengan dorang. =)

Tapi takley meroggeng lama sangat. Sebab Isnin kerja. Uhh, bila pikir kerja jek, mesti pikir lamanya. Penatnya. Penat bukan penat apa. tapi penat tunggu KTM ngan bus rapid KL. Banyak membuang masa menuggu jek. Kan best kalau dapat pergi Cheras naek flight jek. Fuyooo, angan-angan mesti kena lebey! Haisshhh:(


Selamat berhujung minggu rakan-rakan. Hayati hujung minggu anda dengan sepenuhnya. Kerana tidak semestinya kita akan hidup dan dapat menikmati udara segar lagi pada hujung minggu seterusnya. Wallahualam~

p/s: Tidak sabar mahu ketemu rakan-rakan. =)

8 comments:

seri lyana si permaisuri said...

uihhh, jauhnya perjalanan nak sampai ke ofis..
kalau I.. mesti bawak khemah tido teros kat opis x balik-balik dah.. ehehehe

Amazing AJ said...

mane nasi ayam 3 dara pingitan nye wahai ilaynie gadis nalza.

hahaha

Anonymous said...

sy punya opis dekat lrt kerinchi..hehehe

I.L.Y.A.N.I.E said...

Lyana
/n

Uishh tanak la tido kat ofis.
Sejukkk.
plus takot plak tuh HEHEHE~

I.L.Y.A.N.I.E said...

AJ
/n

Ada dalam draft tapi malas nak menaip2.
Nanti2 lar.Hiks

I.L.Y.A.N.I.E said...

Nemo
/n

Owh ye ke?
Apa nama ofis awak Nemo?
HEHE~

Anonymous said...

Good dispatch and this enter helped me alot in my college assignement. Say thank you you as your information.

Anonymous said...

Sorry for my bad english. Thank you so much for your good post. Your post helped me in my college assignment, If you can provide me more details please email me.