Tuesday, October 28, 2008

Terima kasih Insan

Special tribute to diz insan
Terima Kasih Insan

Salam...
Tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Akal sedang berfikir, tapi jari jemari yang mulus ini ligat menari di keyboard Laptop di atas meja.
Ingin membuat luahan sepatah dua kata.

Hati ini sangat pedih, sangat perit untuk membiarkan dia pergi. Tetapi apakan daya. Dia pergi untuk urusan peribadi bukan untuk kepuasan diri.

Entry ni khas untuk insan yang sangat meninggalkan banyak jasa dan insan yang banyak mencoret kenangan buat diri ini. Dia bakal meninggalkan Malaysia untuk ke Australia.

Mahasiswi UM

Adiknya akan menamatkan pengajian setelah 5 tahun mempelajari segala macam ilmu kejuruteraan di sana. Dia terpaksa menghadirkan diri demi membahagiakan hati semua pihak. Si ibu dan ayahnya tidak dapat menghadirkan diri di sana kerana terlalu banyak komitmen untuk adik-adiknya yang masih bersekolah di tanah air ini.

Dia bakal pulang ke Kluang, kg halamannya setelah berhenti kerja pada 8 November 2008 nanti. Dia jua bakal terbang ke sana pada pertengahan bulan November nanti.

Dia juga bakal memulakan hidup di rantau orang. Doa kami di sini, semoga dia berjaya dalam setiap pekerjaan yang di lakukannya.

Secara tulus mulusnya,insan ini sangat pemurah. Sejak dia mula memasuki alam pekerjaan, dia senantiasa membelanja kami ini, adik2 nya di Kolej Kediaman Kinabalu ini. Dia tidak pernak lokek walau sesen pun.

Andai ada ketika dan masa kami berasa sedih dan patah semangat, dia sentiasa memberi kata peransang. sentiasa berfikiran positif dari setiap sudut. walaupun kadang2 dirinya jua punya masalah sendiri, tapi dia tabahkan hati. Pasti nya ada penyelesaian di satu ketika nanti.

with Mimi
Tidak terjangkau dek akal.sungguh pendek pertemuan ini.

Sesunggunhnya, alhamdullilah dan syukur kepada Tuhan kerana mempertemukan kami. walau sekejap cuma, terlalu banyak memori yang terpahat di hati. Memori yang terbina akan terpahat di dalam hati, untuk di kenang saat gembira dan sunyi.

Jika ada mereka yang mengatakan saya mempoyokan diri, apa saya peduli. ini blog diri sendiri. tidak perlu anda sibuk dan patah hati.

Saya meluahkan perasaan sendiri. perasaan dari dalam hati. yang telah lama terpendam selama ini. sebagai tanda penghargaan kepada insan yg suci hati nya ini.

Insan yang di maksudkan adalah Roselinda Bt. Lazim

Senyuman yg bakal dirindui


kepada Ceq Ros,

semoga kamu selamat pergi dan selamat kembali
Insyaalah, kalau di panjang kan umur dan jodoh serta rezeki, pasti kita akan bertemu kembali.

akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.

Terima kasih untuk segalanya...
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih..

=(


Penulis terpaksa berhenti di sini. kerana air mata tidak dapat di tahan lagi. Mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi. Mencurah bagai menyiram air ke daun keladi. Mengenangkan sungguh banyak jasa dan kata peransang dari insan ini.


Saat indah bersama

Akhir kata, jangan lupakan kami di sini. Doa kami untuk kamu, semoga sentiasa di rahmati serta dilindungi.

P/s: Terima Kasih di ucapkan sekali lagi dari hati yang tulus mulus lagi suci murni.

4 comments:

hananiEy said...

ek? mc long. cik rose nk dok sane tros ke nk tgk adik dye grad je ke ape??


heh

;)

~ilyanie_usyuk~ said...

oh, dia kena tgk adik dia grad..
pas tuh, dok sana dalam 3 bulan lebih la kot.
then , x sure alek Malaysia bila.

pasni, dia x keje KL da. so cam agak susah nk jumpa..

tuh yg kite sedih nan..

=(

hananiEy said...

ohooo. u jgn sedey2 mc long. i kn ade.

ihihhihih ;P

muahx!~

hehehe

~ilyanie_usyuk~ said...

Hananiey

Owh ai takan sedih sebab tahu u sentiasa ada untuk ai
Ecewah~