Thursday, September 17, 2009

Cerita Minggu ini

Salam...

Rendu tak? Rendu? Tak? Owh kecik hati ah camneh. T____________T Wehiiiiii~

Macam da lama tak update belog. Da 3 days pergi site, follow Juden. Dan 3 days itu jugak lah ada kawan yang memberitahu berita yang tidak enak di dengar di telingaku. Owh tidak mengapa. Ko berkata tidak elok di bulan puasa ini, kau dapat dosa. Dan kadang2 kita kena sentiasa ingat, tak semua orang sukeeee kita. Kan?

Abaikan. Tiada kena-mengena dengan yang hidup mahupun yang dah meninggal dunia. Tapi kan, dalam bulan Ramadhan neh, macam banyak orang meninggal. Sedih. Sebab aku kenal orang yg tersebut. Al-fatihah untuk arwah =(

Diari pergi site.

Monday

Pergi site dekat Ampang n TTDI. Dekat TTDI lar buat kerja paling lama. Tapi takpe. Sebab company tuh arkitek punya, so macam syokkk cuci mata. HAHAHA~ Tak sempat balik rumah, berbuka dekat IKEA. Kitorang terjah jek IKEA tuh. Bapak ramai orang tapi selamat sempat que n amek makanan. Buffet kat IKEA dalam RM15++ kan? Makanan tuh ala-ala jek la. Kira kalau korang lepas makan, akan cakap camneh, "Owhhh harga bayaran setanding dengan makanannya. No wonder lar." Nak kata sedap tuh, takda lah sedap sangat. Biasa2 jek.

Tapi kalau nak try berbuka dekat IKEA, apalah salahnya. Best ada banyak makanan. Nasi, Mee goreng, kari kambing, ayam masak rendang, ayam masak kari, ikan tongkol, kerabu sotong, kuih kasui, kuih tepung talam, keropok, air soya bandung and tebu, pisang, aiskrim cokolat and stoberi.

Tu semua menu time aku pergi hari Isnin tuh lar. Hari laen, tak tahu lar.


Tuesday

Pergi site dekat Mines Waterfront Business Park dan Sri Kembangan. Owh melayan customer yang dekat Mines ini, sangat lah sabar. Tapi takpe. Kita simpan dalam hati. Jangan cerita dekat orang. Tapi bestttt sebab balik tuh dapat singgah The Mines kejap. Window shopping HAHAHA~

Juden siap tolong belikan abang dia CROCS. Eyh CROCS dekat The Mines kan, murah giler weyh. Sila terjah.

Wednesday

Pergi area Jalan Pudu, and TTDI again. Siapkan kerja yang belum siap. Lepas tuh, sambil buat kerja, sambil borak dengan pakcik2 and abang2 dekat situ. Arkitek mostly lelaki kat level tuh. Pompuan yang ada pun, account department. Balik petang tuh, hujan lebat gilerrr. Lencun kot. Juden drop kan dekat Mid Valley. Hujan memang lebat giler ah. hahaha~ Lepas tuh, pergi Bazar Ramadhan dekat Kerinchi, beli roti john yang sedap itu. Sampi rumah, terus makan. Wehihiiiiiiiiiii~

Ockey. Enrty tamat

Wednesday, September 9, 2009

09-09-09

Salam...


09-09-09 at 09:09 PM

Saje nak buat entry tarikh hari nih sebab tarikh hari neh cantek kan? So, macam semua orang pun buat entry pasal tarikh neh, aku pun nak menyibuk jugak la. Hiks

Duit raya.

Yeayyyyyyy. Hari ni bos panggil masuk bilik dia. Dia cakap,you nak good news ke, nak ai marah you? Tercengang la aku. Bila masa lak aku buat salah kan? Dia senyum jek. Gurau rupanya. Actually, nak bagi duit raya. Wehuuuuuuu~ Suke ah bos neh, siap bagi duit raya. Sukeee sangat!

=)

Thanx boss.


Takziah

Salam takziah di ucapkan buat Nadiah serta keluarga di atas pemergian ayahanda yang tercinta. Sesungguhnya, Allah lebih menyayangi arwah. Semoga beliau di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman. Al-fatihah~


Setiap kali teringat dia, mesti aku sedih. Sebab aku tahu, dia tengah sedih. Macam tak dapat teman dia. Dari kejauhan, aku berdoa semoga dia tabah sentiasa.
Terkejut dengar berita kematian tersebut. Sebab arwah tak sakit. Heart attack mungkin. Semoga kau tabah mengharungi dugaanNya. If you need me, just let me know k dear?


Latihan Industri

Praktikal da nak habes. Tapi report pun belum siap. Lecturer da nak datang next week. Wish me luck k? Thanx.

Kerja? Kerja? Kerja. Datanglah kepada saya. HAHAHA~
Semoga dipermudahkan segala urusan. Aminnn

Itu jek. Kalau ada masa, ai update lagi keyh. Ai kan bz kalah CEO. Muahahahaha~

Tamat.

Tuesday, September 1, 2009

Cuti dah tamat :(

Salam...

O.k. Update secara pendek. Sebab kejap lagi nak balik.

Pagi tadi, terpisat2 bangun pukul 4.50 A.M. Anak bertuah ni tak tolong mak dia sediakan sahur langsung. Well, saya kan anak mak. HAHAHA~ Bangun2 jek, basuh muka, terus ngadap meja makan. Makan lauk sahur yang mak masak adalah nikmat. Sangat nikmat lah tak terkira. Lepas tuh, mandi2. Mandi selepas makan akan menyebabkan perut buncit. Betol ke weyh? T_______T Abes la boncit perot I.

Since rumah adalah hanya 5 minit ke Airport, maka 5.45 da gerak dari rumah, check-in, n solat subuh. Flight terbang di angkasaraya, dan selamat mendarat di KLIA tepat jam 7.45 A.M

Naek ERL transit pukul 8.22 gerak, n turun dekat Bandar Tasik Selatan. Hujan dengan rakusnya. Amek cab, sampai ofis pukul 9.05 A.M. Fuh, sampai sama ngan bos besar. Big boss itu tolong bukkan pintu. Lepas say thanx, terus pergi punch card. Theheheehehhee

Weyh kalau macam neh, nak ulang-alek dari KB ke KL hari-hari boleyh tak agak-agak? HAHAHA~

Omaigod, saya masih rendu rumah. Macam mane neh? Cuti 3 hari masih belum memadai. =(

Nanti la. Esok kalau free, saya update lagi k?

Madey: Sila tuntut barang anda hari ni ea

=)

p/s: Selamat hari lahir Kolej kediaman Kinabalu (8th College) , UM on 1st September 2009

Friday, August 28, 2009

~Tonite balik KB~

Salam...

Saya akan pulang ke Kota Bharu pada malam ini. Flight pukul 7.20 PM. Masuk waktu berbuka adalah pada 7.23 PM. Nampaknya berbuka dalam flight lah saya. Dah la makanan dalam tuh mahal, tapi takkan nak biarkan perut lapar? HAHAHA~ Giler bernafsu weyh. Bertahan sejam jek kot. Lepas tuh, melantak la secara mega sale dekat rumah =) Wehiiiiiiiiiiiiii

Apakah perasaan anda?

Perasaan saya sangat excited weyh. Almost 3 months da kot tak balik. Lepas tuh, semalam packing barang macam tak tahu nak packing apa. Mueeeheeee~ Macam da lama jek tak balik. So, macam agak blur di situ. Lepas tuh, da blur, pergi jek tidur. Malas pikir.

Apakah yang ingin anda lakukan di rumah?

Macam-macam weyh. Nak makan macam-macam. Nak g jumpa orang tuh, nak g jumpa orang neh. Nak tengok TV, nak layan Astro. nak tido atas katill. Nak kemas rumah. Fuyooo rajen siot.
dan macam-camam lagi lah.

Apakah harapan anda?

Supaya flight Wanie delay. HAHAHA~ Kecoh seyh minah tuh. Mentang2 lar flight dia pukul 6.20, so that dia sampai Kay Bee dulu, dan mentang2 la aku flight 7.20 PM, daku sampai lambat lar kan for sure. sob sob sob T_________T . Tapi petang2 camneh,cuaca tak berapa elok. So, kemungkinan delay tu ada lar kan. Ekekekekek gelak jahat lagi.

Sahur.

Bangun koi 4 pagi. Lepas tuh, kau suruh aku, aku suruh kau, kau suruh dia, dia suruh aku balik. Last2, aku yang kena. HAHAHA~ Call McD, order 2 Set Spicy Ciken McDeluxe, 1 McChicken, and 1 Quarter Pounder. Lepas tuh, dapat free 20 ketul nugget. Ini semua untuk 4 orang makan ea.

Makan secara lazat sambil tgk cerita Diari Ramadhan Rafiq ek? Entah. Tak ingat tajuk. Sedar2 jek, waktu imsak da nak habes. Makan secara pantas. Lepas tuh, packing. Bersiap nak ke ofis.

Pagi tadik kan hujan dengan lebatnya. Lepas tuh, rasa sejukkkkkkkkk sangat. Lepas tuh rasa nak tido balik jek. Kan korang kan?

O.k. Blog akan berehat selama beberapa hari. Maka, bersabarlah menantikan update terbaru dari saya. Eceyhh, padahal blog ni selalu jek berehat selama seminggu pun takda heran kan?

Korang, please please please, kamu jgn nakal. Ah, taip2 panjang neh, buat start merepek da la neh.

Ockey lar. Nak stop da.


To Madey: Ko nk kirim ape dah? Aku tak tahu la. HEHE~

Hanan: With love from Kota Bharu to Meru

Tamat.

p/s: Selamat berbuka dan bersahur =)

Friday, August 21, 2009

~Salam Ramadhan buat semua~

Salam...

Ramadhan kembali lagi. Menjelang waktu maghrib nanti, pasti semua syaitan akan di ikat selama sebulan. Tak sabar menunggu saat itu. Jangan la kita pulak nak jadi syaitan kan. :)

Dengan itu, saya ingin memohon ampun dan maaf sepanjang persahabatan ini jika ada tersalah kata dan terkasar bahasa. Ampunkan saya selama kita bersahabat ini ea. Eceyhhh. Ayat semua nak power. Semua tanak kalah. Eyh, mestilah.

Ockey, dengan ini, saya dengan hati yang tulus lagi mulus sucinya ingin meng-wish kepada anda semua:


Pic credit to iluvislam.com

Happy Ramadhan uolss. Puasa jangan tak puasa.

Bengang jugak la dengan Isma sebab dia dapat puasa dekat rumah. Takpe u, takpe. Next week ai alek Keybee, ai nak pow u cukup2 hahaha~ Puasa dekat rumah adalah sangat nikmat kan? Sahur nanti, tak tahulah nak makan apa. Makan koko crunch pon careeee jugak kn?

Jumaat. Hari ini lar.

Ockey, fine. Saya nak bgtau yang hari ini saya telah makan dengan banyaknya. Banyak yang tak terkira.

Pagi: Breakfast roti canai dan milo ais yang superb
Tengahhari: Nasi putih + telur masin + ayam kampung
Petang: Nasi lemak sambal kerang
Petang sikit: Roti sandwich + sausage

Banyak tak? banyak tak? Ni dalam kepala tgh fikir jap lagi kat pasar malam nak beli apa. Sebab nak simpan lauk untuk sahur. weyh weyh doakan ai kurus boleyh tak? Apesal makan hari ni macam makan untuk sebulan ea? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Arghhhhhhhhh sendiri mkn banyak, lepas tuh nak mengamuk dekat orang.

Ockey. Selamat bertarawikh semua. Rendu nak tarawikh dekat Kolej 8, UM. Sebab surau dekat dengan bilik. Lepas tuh, boleyh skodeng2 imam da sampai ke belum. :) Owh sangat miss saat itu. Dekat Hillpark, tak sure sangat surau masjid semua dekat mana. Ada jugak aku pergi menapak jalan kaki ke Desa Aman 2 gak kang. Kan Aj kan? Kekekekekeke Lagi jauh tapak kaki menapak ke masjid, lagi banyak dapat pahala kan? :)

Ockey, uolss. Selamat berpuasa dan selamat bertarawikh. Semoga puasa kali ini membawa seribu makna yang lebih mendalam dan bererti buat kita semua. Aminnn

p/s: Selamat bertarawikh semua~

Thursday, August 13, 2009

Rakan FSKTM, Jumpa kamu esok

Salam...

Entry khas. Buat mereka yang terpenting dalam hati.



Di bawah satu bumbung, kita bertemu. Di bawah satu nama, kita berjuang. Kini , tiba masanya meraih kejayaan.

Universiti Malaya,
Kebanggaan kita semua,
Bertambah para ilmuan,
di pelbagai lapangan

Esok, bakal bertambah graduan dalam lapangan Sarjana Muda Sains Komputer. Seramai 77 orang eyh? Kat mana entah aku baca fakta tuh. HAHA~ Da lupa.

Tadi da calling2 Cda, berjanji mahu ketemu esok. Sudah berchatting bersama Intan, mahu berjumpaan esok juga. Linda datang sesubuh esok. Semangat dowh budak skema pipi labuh tuh. HAHA~ Linda, kita rendu awak. Korang, kita breakfast sesame eyh?

Tak sabar weyh. Sangat tak sabar. Even bukan my big day pun, but i want to enjoy with them. Yeaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh~

Tengok betapa excitednya aku. Kalah budak Meru yang serba purple tuh. Hihiks

DTC jadi saksi. Kami melepaskan tensi. Yang tak puas-puas beraksi.

Again, jangan emo esok. Buat-buat cool. Seperti tiada apa yang berlaku. Eceyhhh~

Wanna say congrates in advance to all of u:

Qilah, Hananiey, Yat, Wan Rai, Alisa, Cma, Ainul, Tiger, Shee, ChePa, Farah, AJ, Zarin, Alwani, FunnaDGreat dan mereka yang tidak dapat di sebut secara satu persatu.

Congratulationsss!! Congrates beb. Setelah berpenat lelah, hasilnya akan di raih esok. Naik stage elok-elok, senyum, pastikan gambar yang terbaek. Arghhh, apesal aku pulak yang nervous neh. HAHAHA~ Menggelabah kalah Hananiey ockey. Opssss~ Ampunkan mak noksss...

Kepada budak-budak batch junior, next year, our turn pulak. Sabar. Sabar.

Mari bersakan bergediks bergambar meh. HAHAHA~ Menangis dalam hati. T____T

Sebab lepas tuh, kena masuk ofis balik. Cisssss!

p/s: See uolss tomorrow :)

Pergi tak kembali~

Salam...

Satu lagi kehilangan dalam industri hiburan Malaysia.



Berita di petik dari Berita harian Online.

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, di sini, kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Allahyarham yang juga penyanyi utama kumpulan itu dilaporkan pengsan ketika mengendalikan program Syahadah musim kelima di Angkasapuri, sebelum dikejarkan ke hospital berkenaan.

Berita lebih lanjut, please click here.

Al-fatihah. Semoga roh-Nya sentiasa di cucuri rahmat. Aminnnn

p/s: Pergi tak kembali :(