Showing posts with label rummate. Show all posts
Showing posts with label rummate. Show all posts

Friday, July 17, 2009

~Masak-memasak di hujung minggu~



Salam...

Da lama kot entry neh hold dalam draft. Sampai Wane pon da bising2 kenapa aku tak update entry HAHAHA~ Aku bz dowh. Big boss nak aku siapkan kerja tuh, complete sume. Hujung bulan dia nak report semua. Arghhh matilar. Separuh nyawa gak la nak buat kan. Tapi takpa, kata pekerja berdedikasi, harusss bersemangat waja siapkan kerja kan? Hiks Poyo betul ilyanie neh.

O.k. Hujung minggu beberapa minggu yang lalu, seperti yg telah di janjikan, saya nak update pasal Nasi Ayam 3 Dara Pingitan. Hiks tapi hari neh baru berkesemaptan. Bizi amat la kononnya.
Maka hari ini, dengan rasa bermurah hatinya, saya pon mengarang entry yang tidak seberapa ini.
Baiklah. Bersedia semua. Tadaaaaaaaaa....

Nasi Ayam 3 Dara Pingitan.

Ini nasi nya yang telah di masak oleyh rummate saya, Idayu. Panggilan mesra, Dayu.


Rasanya sangat hebat dan sangat superb sekali. Makan sekali, rasa nak tambah lagi. Jadi, saya pun tambah la nasi 2 kali. HAHAHA~

Next,
Mempersembahkan... Jeng jeng jeng. Menu utama, yang semestinya bukan di masak oleyh saya.
Rummate saya yang masak. Nama dia Wane. Dia pandai buat ayam goreng berempah. Yummmy~

Owh, nak bgtau jugak bahawa saya lah yang menghias salad and tomato itu ea. HAHAHA~ Sambil di kacau oleyh Dayu.


Rasanya sedap hingga menjilat jari. Even ayam neh banyak ketul tapi rasa macam tak cukup. Next time, kita goreng banyak2 eyh Wane.

Next, sup ayam yang di masak oleyh saya.


Sup neh banyak. Banyak amat. Tak sempat nak hirup sup sebab da kekenyangan. HIHIHI~


Ini sos untuk ayam. Not bad. Sedap jugak. =)

Ockey. Sedia untuk di hidangkan. Sesuai untuk hidangan 5 orang.

Rumah bujang. Siap masak, bentang paper, panggil akak2 makan. Dengan lafaz bismillah, makanlah anak dara 5 orang tuh dengan nikmatnya.

Ockey. Next.

Gambar lauk di bawah adalah pada weekend yang seterusnya. Da tak ingat bila.


Ayam goreng kunyit. Sedap sekali.


Lauk ayam goreng kunyit, enak di makan bersama sayur campur dan serunding.

O.k. Next weekend kami pun memasak sayur campur dan udang sambal. Pedas giler. Memang terangkat lar.



Owh bila tgk gambar ni balik, rasa mengidam yang amat. Saya nak sambal udang lagi plzzzzzzzz :( Sambal udang yang terbaek dari Dayu.



O.k. Bukan entri nak menunjuk makanan ke ape. Cuma sengaja nak di abadikan dalam entry. Lepas tuh, saje jek nak bagi korang terliur. Kejam tak? HAHAHA~


Ni view dari rumah kam. Pantai Hillpark Phase 5i. Perlu ke bagitahu? Hiks Sunflower neh da mati dah. T__________T

Tamat.

Friday, October 24, 2008

Warkah Buat Rakan Sebilik..!!

Salam...

ke hadapan rakan sebilik yang amat ku kasihi dan ku sayangi.

Warkah ini di tujukan khas buat rakan sebilik ku. Harap anda membaca entry saya kali ini. Ini adalah luahan hati dan perasaan saya ketika saya sedang mengong dan tidak dapat berfikir dengan baik. kadang2, sabar seseorang itu ada tahapnya. Saya seorang manusia. saya punya hati dan perasaan. saya juga punya pemikiran. saya juga punya akal.saya juga punya kekasih. ewahhh.. =)

Maka, bahasa kasar pun bermula...

weyh
aku sakit kepala lar.
ari2 camni, kena migrain maunyer aku
sakit jantung pon ada

klo x caye,meh datang bilik aku
sile la rasa kesakitan n keterkejutan hati jantung anda tatkala rummate saya menutup pintu..

"gedegang!".."gedegang!!"

bak kata nisa, "jut","jut"

Di sini, saya ingin memberi sepatah dua kata, ucapan pembuka bicara, di dalam entry yang tidak semena-mena. Saya nk bagi nasihat la yek.

(1) Sila tutup pintu dgn perlahan dan penuh berhemah.

(2) kalo setakat nak ambil wuduk atau nk pergi buang air kecik atau nk g amek air kat water cooler, x perlu lah anda nk menghempas pintu tuh dgn sekuat yg mgkin. tutup la dengan perasaan penuh kasih sayang.

(3) ketika menutup pintu, silalah fikir rakan sebilik anda yang sedang tidur dgn nyenyaknya dan sedang di buai mimpi ekoran melelapkan mata agak lewat kerana menyiapkan tugasan yang di berikan oleh pensyarah pada malam tersebut.

(4) Lu pikir la sendirik beb!


kalau hari-hari yg dulu, mgkin aku masih boleh bersabar. jgn jadikan aku seperti monster, mengamuk x tentu pasal di bilik ini. o.k?

klo ko x bace pon, lantak ko lak.
ada aku pedulik?

yg penting, aku da dapat luahkan perasaan aku di sini...

haaaaaaaaaiiiiiiiissssshhhhhhh!!!!!!

aku cam nk sakit jiwa ni...


tlg la weyh!

aku sekeh gk ko kang!