Showing posts with label blogger. Show all posts
Showing posts with label blogger. Show all posts

Friday, September 18, 2009

Hanis Zalikha dan biskut raya

Salam...

Last Sunday, pergi rumah Hanis Zalikha. Ockey, kalau sape yang tak kenal dia nih, sila klik link yang tersebut. Dia famous kot, takkan la tak kenal. Belog dia best. Macam bila korang tension kan, korang g baca blog dia kan, mesti tergelak terbahak-bahak. Chumel sungguh.Hihihi~

Mula2 macam tkada harapan nak merasa biskut mama Hanis. Tapi Monday before tuh, Auntie Nani call, dia kata ada biskut lebih. Memang buat extra. Sukeeeeeee sgt. Terus tanya kawan2 yang laen, nak order jugak tak. Lepas tuh, deal ngan auntie lar nak brape jenis semua. Of course la I pilih yang Hanis suggest kat blog dia. HIHIHI~

Biskut yang tersebut:


Biskut pertama, Peanut Butter Sandwich



Biskut ke dua, Chocolate crumpy

Owh ya. Gambar kredit to Blog Hanis Zalikha and Auntie Nani.

Hanis ni macam pemalu. tapi chumel. Kalau korang tengok depan-depan kan, siyes Hanis ni cantekkkkkkk giler. Memang layak lah jadi model. Hanis, I tgh puji u neh. Hihihi~

O.k. Letak sebijik gambar ngan dia. Kawan-kawan semua macam pemalu jugak. So that, I sorang jek la bergambar ngan dia HEHEHE~


Hanis chumel giler time nak amek gambar neh. Dia cakap, jom amek gambar kat luar lar. Lighting kat luar lagi best. Lepas tuh, nak angle belah kiri. Kelakar tau Hanis ni. Sebab I lagi tinggi dari dia kan, Hanis pun cakap, "Eyh ni sape yang model ni. U lagi tinggi lar pulak." Wehihihiiii~

Thanx Auntie Nani, Thanx Hanis. Biskut auntie akan saya hidangkan di hari raya nanti. Kawan-kawan semua puji. Espc cokolat crumpy tuh, sangat sedap best amat. =) Memang tak sia-sia lar mencarik jalan ke rumah auntie tuh. Berbaloi-baloi.

Owh ya. Pada sape2 yang nak rasa biskut neh, jemput lah datang ke rumah. Eceyhhh padahal dalam hati nak telan biskut neh sorang2. Muahahahaaha

O.k. Itu saja cerita biskut raya dan Hanis Zalikha.

Tamat.

=)

Friday, August 7, 2009

12:34:56 07/08/09 =)

Salam...

Perkara yang menakjubkan baru berlaku sebentar tadi. Wah, ayat sume nak skema jek. HAHAHA~ Padahal orang laen da bz buat malam tadik. Malam tadik saya tgh tido yang pukul 12:34:56 A.M kan? Kira ockey la saya sempat capture untuk 12:34:56 PM


ON 07/08/09

Sempat print screen jam neh time tuh tengah baca blog ceeramoon. Kak, pinjam jam jap eyh HEHEHE~ Chumel kan? Cuba korang pikir.

12:34:56 07/08/09

Wah gtu! Class kan? Entah bila nombor ni akan kembali lagi. Apetah saya merepek.

Saje jek nak berkongsi perkara menakjubkan. Walla~

p/s: Mau pergi lunch. Daa~

Wednesday, March 25, 2009

~Happy Birthday An-nisa Abriza~



Salam...

Happy Birthday to

An-Nisa Abriza

Sweet-2nd

Semoga pangjang umur dan murah rezeki.

Semoga sentiasa menjadi harapan keluarga.


Okey, saya mulakan dengan bagaimana sejarah saya mengenali belog kak VP.

Saya mengikuti perkembangan belog kak VP sejak dari tahun 2007 lagi. Dan sehingga kini, masih tegar mengikut perkembangan hidup beliau sekeluarga. Bukan sahaja saya, malah rakan-rakan di sekeliling saya juga selesa mengikuti penulisan beliau di blog.

Berlatar-belakangkan warna merah jambu(pink), penulisan beliau amatlah selesa untuk di baca dan santai sekali. Kalu tidak pasal diri sendiri,kak VP mesti akan cerita pasal En. Laloque, xpon pasal Nisa yang pipi tembam tuh.



Kegembiraan yang di kecapi kadang-kadang di cemburui oleh masyarakat sekeliling lantas mengganggu emosi si ibu hamil ini. Terlalu banyak lalats dan sampah yang suka sgt mengganggu hidup beliau.Namun begitu, itu tidak menghalang beliau dari meneruskan perjuangan dalam penulisan blog. Sebab bagi beliau, balasan untuk mereka itu akan ada di akhirat kelak.

Lagipon, Income nuffnang dia da sama naik dengan kak Red. Tahniah sekali lagi. uhuk uhuk uhuk



Saya juga pernah memenangi contest yang di anjurkan oleyh kak VP sempena menghargai penyokong Nisa untuk contest kat radio Sinar FM menghantar komen dan menjadi pengomen terakhir, even Nisa x menang tapi penghargaan dari kak VP amatlah mengharukan penyokongnya. Ehemssss....

Jasa kak VP bagi hadiah kepada saya tidak akan saya lupakan, akan saya balas suatu hari nanti.

Viruspadu ibarat mentor kepada saya dalam penulisan blog ini. Terima kasih di ucapkan. Terima kasih yang tidak terhingga yang datang dari hati. Tidak di nafikan kadang-kala penulisan saya di bayangi oley tulisan beliau. Ecewahhh!


Mengikuti perkembangan Nisa sejak berumur beberapa bulan, sehingga kini sudah memasuki 2 tahun, sudah cukup mematangkan kami dengan perangai Nisa yang kuat merajuk tuh. Ikut perangai sapa ntah. HAHAHAHA~

Nisa yang pada mulanya, hanya baru-baru saja pandai mensedut air pakai straw, sekarang da pandai minum air pegang gelas sendiri.



Nisa yang dahulunya hanya menulis dan menghasilkan karya di dinding, kini sudah pandai menggunakan meja dan kerusi sambil mengkaler warna kan buku mewarna menggunakan crayon yang di beli di Jusco Seremban.

Nisa yg dahulunya tidak mengerti apa-apa dan hanya hanya tahu minta susu, kini sudah pandai menceriakan, pengubat hati penawar duka En. Laloque dan Viruspadu.

Banyak lagi perangai Nisa yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu.


Gelagatnya yang kelakar setiap hari, membuatkan saya tergelak sengsorang tatkala membaca entry yang terbaru dari kak VP. Siyes hilang tension sekejap sebab tgk memek muka Nisa yang suke wat muka ni. Geram rasa nak cubit jek pipi dia tau.




Dan tidak lama lagi Nisa bakal mendapat adik. Semoga mendapat baby yang chumel macam Nisa jugak, kak VP. HEHE~ Doa dari saya semoga akak dan baby sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.



Amin amin dan Aminnnn... =)


Lalu hadirlah entry ini sebagai tanda ucapan Selamat Hari Jadi untuk An-Nisa tersayang.
O.k. Happy Birthday again Nisa.

Sebenarnya, nak cerita pasal Nisa, tapi apasal ntah tiba2 termasuk cerita kak VP.HAHAHA~
acikk penin...



p/s: kak VP, saya cilok gambar Nisa dari kak VP tau. Harap jangan marah. HEHE~

p/s lagi: Congrates kak VP! x sabar menanti baby gurl tuh =)

Tuesday, March 24, 2009

~Entry ke-100~

Salam....

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah pun masuk entry ke-1oo. Kalau blog ini manusia, mesti da boley masuk Malaysia Book of Records kan? Ahaks berangan lebih.
Okey, fokus! fokus!

Mungkin ramai di kalangan anda sudah lama menjejak kaki ke entry ke-1oo,tapi di sebabkan kerajinan saya yang amat rajin meng-update blog, maka hari ini baru lah tercapai hasrat menjejak kaki ke angka 100.

Tak sangka angan2 yang pada mulanya sekadar angan dan suka, menjadi satu hobi tetap saya sehingga ke hari ini. Kalau satu hari x update blog, rasa lain macam jek. Anda penah rasa? Pernah kan? HEHE~ Padahal pernah jek saya x update selama seminggu.

Fuh! Angka 100 yang membawa seribu erti buat semua. Angka 100 yang penuh makna kot? HEHE~ Banyak makna. Banyak kenangan, dan juga banyak pengajaran.


Yeahhhhh! Tak sangka. sekejapan cuma. Dulu2, rasa blog ni biasa saja, tapi bila da hari2 mengadap, even tengah bz buat thesis pon, tapi blog tetap tak dapat dilupakan. Hal ini kerana, di sinilah tempat luahan hati tercatat, di sini lah tempat perasaan gembira tersurat, dan di sini lah juga tempat bermesra-mesraan terikat.

Sesungguhnya, dunia blogging sangat indah dan sangat istimewa. Saya mengenali ramai rakan2 yang sangat superb di alam maya ini. Hanya kerana Blogger. Walaupun Blogger sejak akhir2 ini agak mengong sedikit,akan tetapi berbanyak2 dan berjuta-jutaan terima kasih kepada Blogger kerana membuat saya rasa happy setiap hari. Sudi menjadi tempat meluah rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, rasa meluat dan rasa nak marah. Hiks

Di dunia blogging ini juga, saya mengenali dan membaca tulisan Dieyla, Nieja, Liz, Chika, Viruspadu, Ceeramoon, Hanis Zalikha, PeejBurhan and Redmummy.

Dan dunia blogging ini juga merapatkan hubungan saya dengan mereka2. Antaranya, Sue, Syarq, Hananiey, Madey, Ismafardi, Fara-d,Lea, Ainul, AJ,Funna da Great, Mas Hidir, dan mereka yang tak dapat saya sebutkan satu-persatu.

Terima kasih rakan. Terima kasih kawan. Terima kasih teman. Anda sentiasa berada di sisi saat saya jatuh, saat saya sedih berduka dan saat saya gembira.Tanpa anda siapalah saya. Chewahhhh!

Asal santan dari santan,
Asal minyak dari minyak,
Kalau ada tersilap perkataan,
Mintak maaf banyak2


Akhir kata, teruskan membaca tulisan saya jika mahu. Keluarlah dari sini jika terasa tidak perlu.

Semoga berjumpa lagi di url yang sama, belog yang sama, penulis yang sama, dan terima kasih sama-sama. Dan yang pasti, cerita-cerita adalah yang berbeza.

p/s: Thank you guys. Sayang anda semua =)

Friday, March 20, 2009

~Sekadar renungan~

Salam...

Time tengah tension buat thesis, tergerak di hati nak bace entry dari seorang penulis yang sangat menusuk kalbu gaya bahasa penulisannya. Dapat tahu blog ni dari Hananiey dan dari IbuEmiralisa.

Saat mula membaca dari perenggan pertama, sampai ke perenggan terakhir, dan entry2 seterusnya, air mata tidak penah jemu membasahi pipi. Sedih yang tidak dapat di ungkap dengan kata-kata.

Kalau nak baca, sili klik link di bawah.


Bertambah sedih lagi apabila sahabat tuan empunya blog berkongsi rasa kasih dan rindu dengan mengabadikan gambar-gambar saat terakhir arwah di bumi ini.

Sila klik link di bawah untuk melawat galeri foto tersebut.



Air mata tidak berhenti mengalir saat membaca entry dari beliau. Sesungguhnya, setiap yang hidup pasti akan kembali padaNya.

Andai ku tahu, kapan tiba ajalku,
izinkan aku mengucap kata taubat padamu.

Aku takut akan semua dosa-dosaku,
Aku takut dosa yang terus membayangiku.
Ampuni aku dari segala dosa-dosaku,
Ampuni aku menangis ku bertaubat padaMu.

Semoga beliau tabah dalam menghadapi segala dugaan-Nya.

Al-Fatihah...

=(

p/s: Andaiku tahu...