Showing posts with label Ceq ROs. Show all posts
Showing posts with label Ceq ROs. Show all posts

Wednesday, October 29, 2008

Ucapan Hari jadi Buat Mu


Tanggal 23 Oktober 2008
Hari Jumaat yang penuh dengan keberkatan

Tiba2 terasa ingin menyanyi lalalalaa. Lagu siulan rakyat, yang hanya di alunkan setahun sekali bagi setiap insan yang bergelar manusia.



Happy Befday to u
Happy Befday to u
Happy Befday to Ceq Ros
Happy Befday to u

Happy Befday to u... Sweet 23..

Semoga kamu di panjangkan umur dan dimurahkan rezeki

jangan nakal2..kamu sudah tua..hiks

dan doaku, semoga kamu di pertemukan jodoh yang baik2 dan cepat kawen.


Happy Birthday again, my dear sis.

Lots of luv,
ilyanie


p/s: entry ini agak suda basi. lantak la.. =)

Tuesday, October 28, 2008

Terima kasih Insan

Special tribute to diz insan
Terima Kasih Insan

Salam...
Tidak tahu bagaimana untuk memulakan bicara. Akal sedang berfikir, tapi jari jemari yang mulus ini ligat menari di keyboard Laptop di atas meja.
Ingin membuat luahan sepatah dua kata.

Hati ini sangat pedih, sangat perit untuk membiarkan dia pergi. Tetapi apakan daya. Dia pergi untuk urusan peribadi bukan untuk kepuasan diri.

Entry ni khas untuk insan yang sangat meninggalkan banyak jasa dan insan yang banyak mencoret kenangan buat diri ini. Dia bakal meninggalkan Malaysia untuk ke Australia.

Mahasiswi UM

Adiknya akan menamatkan pengajian setelah 5 tahun mempelajari segala macam ilmu kejuruteraan di sana. Dia terpaksa menghadirkan diri demi membahagiakan hati semua pihak. Si ibu dan ayahnya tidak dapat menghadirkan diri di sana kerana terlalu banyak komitmen untuk adik-adiknya yang masih bersekolah di tanah air ini.

Dia bakal pulang ke Kluang, kg halamannya setelah berhenti kerja pada 8 November 2008 nanti. Dia jua bakal terbang ke sana pada pertengahan bulan November nanti.

Dia juga bakal memulakan hidup di rantau orang. Doa kami di sini, semoga dia berjaya dalam setiap pekerjaan yang di lakukannya.

Secara tulus mulusnya,insan ini sangat pemurah. Sejak dia mula memasuki alam pekerjaan, dia senantiasa membelanja kami ini, adik2 nya di Kolej Kediaman Kinabalu ini. Dia tidak pernak lokek walau sesen pun.

Andai ada ketika dan masa kami berasa sedih dan patah semangat, dia sentiasa memberi kata peransang. sentiasa berfikiran positif dari setiap sudut. walaupun kadang2 dirinya jua punya masalah sendiri, tapi dia tabahkan hati. Pasti nya ada penyelesaian di satu ketika nanti.

with Mimi
Tidak terjangkau dek akal.sungguh pendek pertemuan ini.

Sesunggunhnya, alhamdullilah dan syukur kepada Tuhan kerana mempertemukan kami. walau sekejap cuma, terlalu banyak memori yang terpahat di hati. Memori yang terbina akan terpahat di dalam hati, untuk di kenang saat gembira dan sunyi.

Jika ada mereka yang mengatakan saya mempoyokan diri, apa saya peduli. ini blog diri sendiri. tidak perlu anda sibuk dan patah hati.

Saya meluahkan perasaan sendiri. perasaan dari dalam hati. yang telah lama terpendam selama ini. sebagai tanda penghargaan kepada insan yg suci hati nya ini.

Insan yang di maksudkan adalah Roselinda Bt. Lazim

Senyuman yg bakal dirindui


kepada Ceq Ros,

semoga kamu selamat pergi dan selamat kembali
Insyaalah, kalau di panjang kan umur dan jodoh serta rezeki, pasti kita akan bertemu kembali.

akhir kata, jaga diri hiasi peribadi.

Terima kasih untuk segalanya...
Terima kasih
Terima kasih
Terima kasih..

=(


Penulis terpaksa berhenti di sini. kerana air mata tidak dapat di tahan lagi. Mengenangkan perpisahan yang bakal terjadi. Mencurah bagai menyiram air ke daun keladi. Mengenangkan sungguh banyak jasa dan kata peransang dari insan ini.


Saat indah bersama

Akhir kata, jangan lupakan kami di sini. Doa kami untuk kamu, semoga sentiasa di rahmati serta dilindungi.

P/s: Terima Kasih di ucapkan sekali lagi dari hati yang tulus mulus lagi suci murni.

Monday, October 27, 2008

Kisah seekor Teddy

Kisah Mimi yg tidak bertuan

Hai, nama saya Mimi. aweks Kemkem.hiks


Sedang dalam talian...

Ceq ros: hello, wat pe tuh?da mam ke?
Me: da mam da.ngah study n wat thesis.. (ahaks, poyo jek lebih..)


sedang beradu di bilik Nenek


Ceq ros: mclong, mimi da itam la..kamu sayang dia lagi x?

fyi, mimi tu adalah teddy bear yg diberi oleh x-boyfren ceq ros time Couple2 dlu...teddy itu adalah snama dia mimi sbb nama boy tuh ***mi..


so cam nk nmpak manja ckit, kire double kan mi tuh, jadik mimi...hihi


o.k2..sambung cite..

aku menjawab dgn sepenuh keikhlasan di aty...

Say cheeeseeeeeeeeeeeee!


Me: er mesti la sayang..kite rindu sgt2 kat mimi tau..

Ceq ros: er mclong, kite nk bg mimi ni kat mclong.mclong jaga la ek..kite da xnk jaga dia da (dalam nada sedih,tp wat2 gembira)

Me:er memang la kite suke maen ngan mimi tuh, tp kite xnk la jaga dia..kite suke dia ziarah kita jek..harharhar.. (apa ko ingat mimi tuh idup ke ilyanie oiii)


Ceq ros: ala, x kira..kamu kan sayang dia, kite bg kamu ea...
Me: ahaks..namo..namo..xnk lar..kite penat lar tido ngan dia...kite xnk lar ceq ros.. =(

em aku memang xleh tido ngan teddy bear, memang xleh..
da try byk kali da...

tydo o.k jek malam, then pagi bgn, rasa letih yg amat
apakah teddy ituh mahu mengambil nyawaku?

oh, tidak! (selisih malaikat 44 beb)..aihh seram la plak kan...

tp dia tetap nk bg gk..
aku cakap xnk! xnk!...
dia end up kata, ala, kite bg la k..ahahaa

aku tetap ngan pendirian ku, "0.k2 la...xnk! xnk!..o.k2..ceq ros jaga lar k..harharhahr"



Nite2.. sayang kamu semua

laz2, kami gelak jek...

em apa la nasib ko mimi...sape suh tuan ko xnk ko...

apa la nasib kan...huh!


tingat lak time sem lepas,ada la budak gurl tuh, boy dia bg dia teddy bear ape ntah, Singa ke ek. Zirafah, eh cheetah ke, ntah la ape ntah..

dia pon sibuk nak namakan teddy dia lar..
letak nama Fafa kot..gile klakar..x besh pon..
konon nk tiru kot...
xperlu la kot...

ah abaikan kisah dia..STOP!!


p/s: Sekarang ni,mimi masih bersama tuannya..dan mimi mungkin juga akan terbang ke Australia. oh, pasal Australia tuh,nanti hapdet lagi...