Tuesday, March 31, 2009

~ Ke-busy-an~

Salam...

Seperti tajuk yang tertera, kan da kata bz. Poyo x poyo, letak status kat YM, "jangan kacau aku!".
Konon bizi la kan. Betol la. Saya bz betol ni.

Saya ada thesis yang perlu di settle kan. Jadual viva da keluar,kecut perut rasa. Menggigil sampai rasa nak nanges. Doakan yang terbaik untuk semua.

Esok ada test Distributed System. MPI programming. Susah gile namampos. Sape yang buat MPI ni ha? Apesal susah sangat ha? Wish me luck guys. Test ni carry 15 marks kot? Banyak la kan. HUHU~ Hope my friends n I dapat jawab test dengan jayanya. Mengharapkan doa dari kalian. Aminnnn. =)

Owh ye. Esok 1 April kan? Sekejapan masa berlalu. Selamat Tinggal March. Bye! Selamat Datang April! Welcome. Welcome. Sila masuk!

Saya suka April. Sebab? Sebab ada viva Thesis. Sebab ada final exam, final paper. Insyaallah!
Ngeng kepala hotak ku. Hadoi. Kan da cakap, saya suka kena viva thesis. Sukeee sangat sampai rasa nak nanges. =(

Kan da cakap busy kan? Abis tuh, update belog ni kenapa? Suka hati saya la. Belog saya. Lagi busy, lagi update. Itu penyakit yang takda ubat.

Busy kan? blah dulu. Cauuuuu!


p/s: Good Luck!

Monday, March 30, 2009

~BORIA ASKINA~

Salam...

Tadi sebagaimana yang telah di janjikan, telah terpergi ke Dewan Tunku Canselor a.k.a DTC. Sebab hati meronta-ronta nak tgk Boria, maka msg Funna, nak tumpang dia. Dia pon on jek. Baik betul Funna ni. Ececey! Thank You Funna. Sayang awak. Tetibe~ HAHAHA. Mengades kan?

Owh memula plan macam dalam 5-6 orang nak pergi. O.K fine, jalan kaki reramai. Tup2, tgal 2 orang jek nak pergi. Time pergi macam berani lagi lar kalau nak jalan ke bawah kan, tapi time balik nanti, macam seram gila yang amat jek kalau hanya berdua berjalan kaki pulang ke asrama kolej. Erk! Silap2 kami pulang berlima ke apa kan, tambah2 lalu dekat area APM ngan Sc Comp tuh. Kecut perut weyh.

O.k. Lupakan. Jangan ingat kisah hantu ke ape ke. Da tengah malam ni. Teruskan. Tumpang Funna dengan gembiranya. Mas Hidir pon ada jugak.

Sampai-sampai tuh, pertandingan da start da. Dapat tengok separuh jek persembahan Kolej 8. Sebab kami da terlewat. Tak apalah. Tu pon macam da puas hati. Oh, ye! Kepada sesiapa yang ada merecord video Boria tadi, saya nak mintak copy boley? Saya nak tgk full version punya. HEHE~ TQ.

Dan selepas dalam 6 group macam tuh, keputusan pun di umumkan. Aku takdalah expect tinggi sangat. Tapi biasanya, kalau Boria, memang Kolej 8 ni agak terror la jugak. Hiks

Keputusannya:

Tempat pertama: Kolej Kediaman Ke-9
Tempat ke-2: Kolej Kediaman Ke-8 !!!
Tempat ke-3 : Kolej Kediaman ke-12
Tempat ke-4 : Kolej Kediaman ke-5
tempat ke-5 : Kolej Kediaman Ke- 2

Yeaayyy! Tak sia-sia aku datang menyokong. Dapat jugak No.2. Pergi dengan Ainul. Pulang dengan kepuasan. HUHU~

Dan reward kepada diri sendiri, malam ini harus stay up. Kalau mengantuk macam mane? Pergi tidur la. HAHA~

Daa~

p/s: Thank You again Funna sebab sudi tumpangkan pergi dan balik. Hehe

p/s lagi: Sila fokus kepada thesis. Tension kembali! =(

Sunday, March 29, 2009

~Kejadian Sabtu dan Earth Hour~

Salam...

Semalam hari Sabtu kan? 28hb kan? Apa aktiviti anda semalam? HEHE~ Poyo la pulak tetiba.HAHAHA~ Saja tanya apa anda buat semalam. Meh saya cerita apa saya buat semalam. Saya me-lagha-kan diri, padahal thesis x siap lagi. Astagfirullah~

Aktiviti pagi


Bangun pukul 8 pagi, konon nak pergi breakfast. Msg Kak Yana, dia x reply. Oleh kerana mengantuk yang amat lagi, sambung tido semula. Hiks Lepas tuh, pukul 10 bangun, mandi-mandi,bersiap2, pukul 11 lebih baru kuar bilik. Da la semalam macam panas gile kot? Sampai Mid Valley dalam pukul 1 jugak lar. Macam rindu gila dekat Mid. Pusing2 mencuci mata.

Aku da lama x keluar tengok dunia weyh. Asek dok terperap dalam bilik jek. Aku perlukan terapi! terapi! Window shopping la weyh. Aku kan , kalau tak dapat beli pape pon macam x kesah. Sebab window shopping adalah sangat heaven.

Paling best, masuk Carrefour, kan biasa weken jek akan ada promoter promote and bagi makanan free sume kan? Perut kosong, pergi la makan and test semua makanan and minuman. HAHA~ Minum Cokolat Malt Carrefour, Quaker Oat, makan PopCorn ciken, Minum Vitagen, Yakult, Air Jus Oren, Sup Campbell! Perghh kenyang. HAHA~

Dalam hati da berjanji, akan window shopping saja hari ni. Janji hati? Janji! Janji! Tapi kan, dengan tidak sengaja kan, aku telah terbeli dan terembat bedsheet Aussino. Murah giler weyh. Dalam hati, xpelah. Bukan selalu.HAHA~ Dan telah grab 2 hadiah for them. One for you, (Yes, You!) and 1 for my Adik.

After that, pulang dengan senyuman yang terukir di bibir tanda puas hati. Tapi badan lenguh yang amat, dan perut ada rama-rama. x suke! =(


Aktiviti Malam


Perut mengidam Sup Juara dekat Pantai Dalam. Msg Eqi, ajak pergi makan2. HEHE~ Eqi okey jek. Luv u la Eqi. Dan2 sayang kan? Pukul 7 lebih mandi, lepas tuh dengar annoucement suruh tutup lampu pukul 8.30 nanti sebagai tanda sokongan kepada Earth Hour. So, okey jek la kan. Get ready tunggu Eqi sampai semua.

Pukul 8.30. Earth Hour pon bermula. Ada pengumuman countdown untuk Earth Hour. Bermula sekarang! Semua bilik dekat Floor C200 tutup lampu. Bilik aku pon bergelap. Flooer Rep kitorang macam semangat gila kot. Lampu koridor and lampu toilet semua tutup. Semangat weyh! Seronok gila duduk dalam gelap. HAHA~ Macam besh jek kalau ber-candle light dinner. Even aku tengah bersiap nak pakai tudung pun, gila gigih tanak bukak lampu. Pakai tudung dalam gelap. Hebat siot. HUHU~

Nak keluar tu, lalu depan DTC sebab nak pergi bank ape semua kan.Area DTC semua gelap. Bank CIMB pon turut bergelap. x boley nak amek duit kat situ, kena pergi Bank Islam. UM semangat giler la dalam kempen2 macam ni. Terlupa plak nak snap2 gambar. Amek gambar dalam gelap, x nampak ape pon kot eyh?

Ada aktiviti kan dekat DTC semalam tapi aku x join pon. Siap pasang lilin bagai. HUHU~ Keluar UM, tengok la kegelapan kotaraya. X semua tempat pon bergelap kot. Macam rumah dekat Vista Angkasa, ada yang menyokong. Sesetengah rumah tuh nampak la ada yang bergelap. Menara TM pon gelap jek. Bagus betul kan? Owh saya pon nampak rumah orang yang dekat tingkat 15, Flat PKNS tuh gelap. HAHA~

Then,aktiviti kami seterusnya adalah pergi makan. Hiks Makan Sup Juara dekat Pantai Dalam. Sup dia sedap yang amat weyh! Tapi kan, dekat PD semalam, terang-benderang. Macam berpesta lampu pulak dekat sini. Sedih betul tengok. Kalau tutup lampu, bukan kena bayar pun. Tak apalah. Hak masing-masing. Mungkin sebab area kedai makan, agak logik la kalau taknak tutup lampu pon. Kang kalau tercekik tulang ke hape,sape nak tanggung kan?



Btw, Sup Juara dekat Pantai Dalam tuh memang sedap giler la. Makan tanpa ingat dunia. Slurrppp slurppp hirup kuah sup. Even pedas sampai kuar hingus pon, tetap gigih nak habis kan sup sampai ke titisan terakhir. Erk~ Kenyang suda. Tengok jam da pukul 9.30, mesti Earth Hour da habis. Semua da terang-benderang ni.

On da way nak balik tuh, KLCC pon da menyala semuala, Menara TM pon. Semua la da terang-benderang. Macam sekejap sangat je sejam kan? Takpelah. Hanya dengan sejam sahaja, diharapkan ia dapatlah menyelamatkan dunia.

Sekian, ilyanie melaporkan.

Daa~

p/s: Semalam adalah hari yang sangat penat sampai naik mata panda dekat sekeliling mataku. uh!

p/s lagi: Malam ni nak pergi DTC tengok Boria Festival Seni Universiti Malaya. Jom pergi tengok!

Saturday, March 28, 2009

~ Jom bergelap!! ~

Salam...

Masa tengah dengar Hot. FM kan, asek la dengar iklan ni jek. Pas tuh, macam tatau sangat la pasal ape kan. Siap suh turn off lampu bagai. Then, tadi dalam lab DS, terus la bukak websitenya.


Dan2 tuh jugak register. HAHA~ Gila punya semangat la kan. Erm benda senang, gpon macam besh jek kalo tibe2 bergelap selama sejam. Seluruh dunia plak tuh. KLCC Twin Towers pon support earth hour ni. Even lampu kecik yang merah yg dekat KLCC tuh pon kena turn off jugak.

Lepas tuh, siap boley vote kita nak suruh bangunan mana yang dekat Malaysia ni nak kena turn off dorang nyer light. Aku vote KLCC Twin Towers,Istana Negeri, Tugu Negara, Dataran Merdeka(Bangunan Sultan Abdul Samad). HAHA~

x sabar rasanya nak tengok seluruh Malaysia bergelap pada hari tersebut. JOm weyh same2 sokong earth hour ni. JOmmmmmmmmmm!! =)

Sape2 lagi nak vote, sila lah ke link yang tersebut yer. Senang aje. Just sign up, isi-isi form tu, then finish!



So guys,

Come together to fight global warming. Turn off your light for 1 hour.

8.30 p.m Saturday 28th March 2009


For further information,please


Attention! 28th March bday Intan kan? Ala bergelap sejam kat KFC tuh apalah salahnya kan Intan kan? Hiks

p/s: Sokongan anda sangat2 diperlukan. Bukan kena bayar pon HEHEHE~

Thursday, March 26, 2009

~ Spa Q 2 Episod Akhir ~


Salam...

Cerita 1:


Nak taip entry cepat2 ni. HEHE~ Poyo la kan. Cepat mana la sangat nak menaip dalam keadaan hujan lebat gila namampos siap guruh kilat bagai. uhuk uhuk Bukannya apa, dalam kepala pikir nak tido aje. Pagi tadi lepas subuh aku tak dapat tido la weyh. Lapar. Hihihi~


Petang ni, nak tengok cerita Spa Q episod akhir. Yuhuuuuuuuuuu!! Finally,ada jugak episod akhirnya. Setelah meluat dengan perangai pelakonnya yang ntah pape, tapi tetap tengok jugak, maka hari ini episod last. Kalau boleyh, taknak la miss kan. Even aku ni xdak la peminat tegar Spa Q, tapi kalau episod akhir, nak la jugak tahu kan macam mana ending story ni.


Pergghhh Dia Fadilla ni jahat gila wa cakap lu.Berlakon sebagai Julia. Memang jahat namampos. Dia berjaya buatkan aku benci dengan dia, maka harusss la lakonan dia mantap kan? Tapi kan, dia macam da kurus sikit kan? Apakah petua? taknak di kongsi bersama ke?

Saje jek nak bg informasi terkini dekat korang.

  • Melissa tuh bukan anak Qistina, dia anak Datin Sofiera.
  • Datin Sofiera tuh madu kepada Qistina, tapi Qistina tatau yang dia dimadukan. Kesian =(
  • Dafi macam da insaf sikit. Kalau x, macam gila betol dekat Julia tu.
  • Laki muda tuh macam minat dekat Qistina, tapi ending dia, macam dorang x bersama jek
  • Hari ni Datin Sofiera macam kena tahan ngan polis kot
  • Hari ni episod akhir, maka ramai2 la menyaksikannya k?
  • Malam karang, hapdet lagi. Kita story-mory tau. Tu pon kalau rajin.

Owh ye! Gambar harusss di kredit kepada Google. Ahaks Malas nak terjah sini sana, google jek senang. Aku kan selalu lupa nak kredit bagai, sekali bila makcik ni buat entry ni, terus insaf sekejap. Hiks


Cerita 2:

Semalam tido lewat sampai mata bengkak muka sembap. Buat thesis la kononnya. Kata hidup dan matiku hanya untuk thesis. HAHAHA~ Okey, aku tipu! Aku pergi main Pet Society. Cissss! Mula-mula just nak mandikan Usyuk(nama pet society aku), tapi gila lar la kan. Aku pergi shopping dekat Luxury lar, beli furniture la, pergi race dekat Stadium lar, sedar x sedar, da lewat weyh.

Tapi paling best, time aku maen game tuh, rummate aku pon tengah study jugak, kat side belah dia la kan. Terkejut la jugak. Sebabnya, rummate ku ini adalah stock yang tido awal gile namampos! Tapi semalm almost pukul 2 lebih dia x tido lagi. Apakah? Then, bila aku turn off jek laptop, baring kat katil, bace doa tido apa semua, dia pon x semena2 terus shut down laptop dia juga. HAHAHA~ Takot dowh nak stay up sorang2. Bertambah dengan musim2 ini kan. Dengan tension lagi. Macam2 benda boley berlaku.


Cerita 3:

Pagi tadi aku basuh kain. Lepas subuh jek, terus rendam kain2. Then,pergi breakfast. Perut haruss di isi dahulu. HAHA~ Kalau x, xdak tenaga la weyh.

Owh ku sangkakan panas sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Sob sob sob. Sebenarnya, pagi tadi da ada instinct da, macam rasa akan hujan jek petang nanti. Tu yang aku gigih jugak lepas breakfast nasi lemak kat Dewan Makan, terus basuh kain. Dalam hati, nyanyi lagu Slam ni la, "Ku sangka kan panas berpanjangan, rupanya gerimis, rupanya gerimis mengundang Oh oh oooo". Hamek ko, sekali hujan bebetol2. Menangis dalam hati jek la.

Nasib baik la aku da jemur kain awal pagi tadi, so takda la lembap sangat. Ni kain-kain ni tengah bergayutan di tiup angin sepoi-sepoi bahasa yang x sepoi mana di dalam bilikku ini. Cuaca di luar sana menunjukkan langit gelap yang amat sangat. Maka, harussss la tido sekejap. HAHAHA~

Okey la, sebab nak tido time hujan ni, maka entry ini berakhir di sini.
Daa~

p/s: Aku nak pergi tido la wey. Jommmmmm =)

Wednesday, March 25, 2009

~Happy Birthday An-nisa Abriza~



Salam...

Happy Birthday to

An-Nisa Abriza

Sweet-2nd

Semoga pangjang umur dan murah rezeki.

Semoga sentiasa menjadi harapan keluarga.


Okey, saya mulakan dengan bagaimana sejarah saya mengenali belog kak VP.

Saya mengikuti perkembangan belog kak VP sejak dari tahun 2007 lagi. Dan sehingga kini, masih tegar mengikut perkembangan hidup beliau sekeluarga. Bukan sahaja saya, malah rakan-rakan di sekeliling saya juga selesa mengikuti penulisan beliau di blog.

Berlatar-belakangkan warna merah jambu(pink), penulisan beliau amatlah selesa untuk di baca dan santai sekali. Kalu tidak pasal diri sendiri,kak VP mesti akan cerita pasal En. Laloque, xpon pasal Nisa yang pipi tembam tuh.



Kegembiraan yang di kecapi kadang-kadang di cemburui oleh masyarakat sekeliling lantas mengganggu emosi si ibu hamil ini. Terlalu banyak lalats dan sampah yang suka sgt mengganggu hidup beliau.Namun begitu, itu tidak menghalang beliau dari meneruskan perjuangan dalam penulisan blog. Sebab bagi beliau, balasan untuk mereka itu akan ada di akhirat kelak.

Lagipon, Income nuffnang dia da sama naik dengan kak Red. Tahniah sekali lagi. uhuk uhuk uhuk



Saya juga pernah memenangi contest yang di anjurkan oleyh kak VP sempena menghargai penyokong Nisa untuk contest kat radio Sinar FM menghantar komen dan menjadi pengomen terakhir, even Nisa x menang tapi penghargaan dari kak VP amatlah mengharukan penyokongnya. Ehemssss....

Jasa kak VP bagi hadiah kepada saya tidak akan saya lupakan, akan saya balas suatu hari nanti.

Viruspadu ibarat mentor kepada saya dalam penulisan blog ini. Terima kasih di ucapkan. Terima kasih yang tidak terhingga yang datang dari hati. Tidak di nafikan kadang-kala penulisan saya di bayangi oley tulisan beliau. Ecewahhh!


Mengikuti perkembangan Nisa sejak berumur beberapa bulan, sehingga kini sudah memasuki 2 tahun, sudah cukup mematangkan kami dengan perangai Nisa yang kuat merajuk tuh. Ikut perangai sapa ntah. HAHAHAHA~

Nisa yang pada mulanya, hanya baru-baru saja pandai mensedut air pakai straw, sekarang da pandai minum air pegang gelas sendiri.



Nisa yang dahulunya hanya menulis dan menghasilkan karya di dinding, kini sudah pandai menggunakan meja dan kerusi sambil mengkaler warna kan buku mewarna menggunakan crayon yang di beli di Jusco Seremban.

Nisa yg dahulunya tidak mengerti apa-apa dan hanya hanya tahu minta susu, kini sudah pandai menceriakan, pengubat hati penawar duka En. Laloque dan Viruspadu.

Banyak lagi perangai Nisa yang tidak dapat saya sebutkan satu-persatu.


Gelagatnya yang kelakar setiap hari, membuatkan saya tergelak sengsorang tatkala membaca entry yang terbaru dari kak VP. Siyes hilang tension sekejap sebab tgk memek muka Nisa yang suke wat muka ni. Geram rasa nak cubit jek pipi dia tau.




Dan tidak lama lagi Nisa bakal mendapat adik. Semoga mendapat baby yang chumel macam Nisa jugak, kak VP. HEHE~ Doa dari saya semoga akak dan baby sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera.



Amin amin dan Aminnnn... =)


Lalu hadirlah entry ini sebagai tanda ucapan Selamat Hari Jadi untuk An-Nisa tersayang.
O.k. Happy Birthday again Nisa.

Sebenarnya, nak cerita pasal Nisa, tapi apasal ntah tiba2 termasuk cerita kak VP.HAHAHA~
acikk penin...



p/s: kak VP, saya cilok gambar Nisa dari kak VP tau. Harap jangan marah. HEHE~

p/s lagi: Congrates kak VP! x sabar menanti baby gurl tuh =)

Tuesday, March 24, 2009

~Entry ke-100~

Salam....

Sedar tak sedar, pejam celik pejam celik dah pun masuk entry ke-1oo. Kalau blog ini manusia, mesti da boley masuk Malaysia Book of Records kan? Ahaks berangan lebih.
Okey, fokus! fokus!

Mungkin ramai di kalangan anda sudah lama menjejak kaki ke entry ke-1oo,tapi di sebabkan kerajinan saya yang amat rajin meng-update blog, maka hari ini baru lah tercapai hasrat menjejak kaki ke angka 100.

Tak sangka angan2 yang pada mulanya sekadar angan dan suka, menjadi satu hobi tetap saya sehingga ke hari ini. Kalau satu hari x update blog, rasa lain macam jek. Anda penah rasa? Pernah kan? HEHE~ Padahal pernah jek saya x update selama seminggu.

Fuh! Angka 100 yang membawa seribu erti buat semua. Angka 100 yang penuh makna kot? HEHE~ Banyak makna. Banyak kenangan, dan juga banyak pengajaran.


Yeahhhhh! Tak sangka. sekejapan cuma. Dulu2, rasa blog ni biasa saja, tapi bila da hari2 mengadap, even tengah bz buat thesis pon, tapi blog tetap tak dapat dilupakan. Hal ini kerana, di sinilah tempat luahan hati tercatat, di sini lah tempat perasaan gembira tersurat, dan di sini lah juga tempat bermesra-mesraan terikat.

Sesungguhnya, dunia blogging sangat indah dan sangat istimewa. Saya mengenali ramai rakan2 yang sangat superb di alam maya ini. Hanya kerana Blogger. Walaupun Blogger sejak akhir2 ini agak mengong sedikit,akan tetapi berbanyak2 dan berjuta-jutaan terima kasih kepada Blogger kerana membuat saya rasa happy setiap hari. Sudi menjadi tempat meluah rasa kasih, rasa sayang, rasa rindu, rasa meluat dan rasa nak marah. Hiks

Di dunia blogging ini juga, saya mengenali dan membaca tulisan Dieyla, Nieja, Liz, Chika, Viruspadu, Ceeramoon, Hanis Zalikha, PeejBurhan and Redmummy.

Dan dunia blogging ini juga merapatkan hubungan saya dengan mereka2. Antaranya, Sue, Syarq, Hananiey, Madey, Ismafardi, Fara-d,Lea, Ainul, AJ,Funna da Great, Mas Hidir, dan mereka yang tak dapat saya sebutkan satu-persatu.

Terima kasih rakan. Terima kasih kawan. Terima kasih teman. Anda sentiasa berada di sisi saat saya jatuh, saat saya sedih berduka dan saat saya gembira.Tanpa anda siapalah saya. Chewahhhh!

Asal santan dari santan,
Asal minyak dari minyak,
Kalau ada tersilap perkataan,
Mintak maaf banyak2


Akhir kata, teruskan membaca tulisan saya jika mahu. Keluarlah dari sini jika terasa tidak perlu.

Semoga berjumpa lagi di url yang sama, belog yang sama, penulis yang sama, dan terima kasih sama-sama. Dan yang pasti, cerita-cerita adalah yang berbeza.

p/s: Thank you guys. Sayang anda semua =)